There is a difference between giving up and knowing when you have had enough
- rosearefatin⚘⚘⚘
Ariana menutup sliding door yang memisahkan antara biliknya dan balkoni. Langsir jarang berwarna putih ditarik bagi menutupi kaca sliding door diikuti dengan langsir tebal berwarna merah jambu lembut. Sudah lama dia tidak merasa angin pagi di tanah air sendiri setelah lima tahun setengah merantau di negara orang. Degree sudah, Master juga sudah.
Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan pembelajarannya dalam bidang business dan kembali semula ke tanah air dengan pencapaian yang sangat memberangsangkan. Dialah gadis yang digelar ' beauty with brain'. Ariana melilit selendang berona coklat dipadankan dengan baju berwarna cream dan seluar jeans putih. Foundation jenama Mac menghiasi wajahnya dan lipmatte dioles sedikit pada bibir. Natural.
Langkah dibawa ke arah lift berwarna emas ditengah-tengah banglo. Punat bertanda G ditekan sekali sambil menilik Iphone ditangan. Ting!
Ariana keluar dari perut lift untuk menuju ke ruang makan. Disitu, abangnya sedang menyapu jem ditemani oleh isteri dan anak tercinta. Pipi tembam Fayyad Haikal dicubit melepas geram lalu dicium. Fayyad merengek sambil mengunyah biskut beras kepunyaannya.
" Yana, makan?" sapa Mukhriz mengangkat sekeping roti bakar sebagai pelawaan. Ariana akur sahaja lalu menarik kerusi perak dihadapan Selena lalu melabuhkan tulang punggungnya. Beberapa sudu mee goreng basah diletak ke dalam pinggan.
" Abang, Yana nak pergi Putrajaya. Ada hal kat sana. Dalam pukul 2 macam tu baru balik. Tapi, Yana ingat nak terus pergi KLIA, tengok Mai fly. Nanti apa-apa Yana call abang." air teh O panas disisip perlahan lalu diletak semula di atas meja. Mukhriz merenung Ariana sekejap sebelum menjamu selera semula.
" Okey, make sure kalau ada apa-apa call terus. Jangan tangguh. Take care, budak." pesan Mukhriz mengangkat kedua-dua keningnya dan terhasillah kerutan di dahi lelaki itu.
" I'm not your kids anymore, abang. Please..." mata dijulingkan ke atas, menyampah tahap petala. Memang dulu abangnya selalu sahaja menjadi tempatnya berlindung tetapi bukan sekarang. Lelaki itu sudah punyai isteri dan sekarang anak pula. Ariana tidak mahu menyusahkan abangnya lagi.
" Who knows, if anything bad happened to you. Dia tak kira, Yana tu kecil ke besar. Asal dapat organ untuk dijual je." Mukhriz cuba menakut-nakutkan Ariana lalu tangan kecil Selena naik menampar bahunya.
" Riz.." tajam mata Selena bagi isyarat supaya jangan cakap merapu lagi. "Yaa, yaa. I'm not." pasrah sahajalah dengan isteri sendiri.
Ariana ketawa kecil, suka melihat kemesraan diantara suami dan isteri itu. Nampak comel sahaja kedua-duanya. Setelah selesai menjamah makanan pagi, terus dia berdiri untuk salam abang dan kakak iparnya lalu segera keluar dari rumah agam tersebut.
Butang on ditekan sekali dan kereta jenama Mini Cooper two series itu berbunyi, klik!
" Hai baby cooper, macam mana enjin? Hehe, I miss you!" Ariana berkata sendirian sambil tangan didepa gaya ingin memeluk. Lantas bahagian depan kereta yakni bumper dipeluk. Haih Ariana, dengan barang yang tak bernyawa pun boleh berborak. Setelah puas memeluk bumper kereta, pintu belah kanan dibuka dan tubuh dibawa membolosi kereta tersebut.
I'd climb every mountain,
And swim every ocean,
Just to be with you,
And fix what I've broken..Iphone yang berada didalam beg tangan menjerit pinta untuk diangkat. Ariana meraba-raba gadjet tersebut lalu segera mengeluarkannya dari beg.
YOU ARE READING
His Dahlia 🌹 {editing}
Romance" Mana tahu mulut aku masin ke, kau kahwin dengan dia. Kau kena ingat Yana, jodoh tu rahsia tuhan." -Maisara Adelie " Kejap lagi aku tampar kau, ada yang tak berkepala esok." -Ariana Dahlia Pertemuan, insiden, pergaduhan yang secara tak sengaj...