HD||4

1 0 0
                                    


It is never too late to be what you might have been. - George Eliot

⚘⚘⚘

Nenda Yusuf dan nenda Rahimah menyambut kedatangan cucu kesayangan mereka dengan gembira. Plastik beg yang penuh dengan lauk-pauk diserahkan pada pembantu rumah. Ariana menikmati pemandangan Vila Sufimah dengan tenang. Bunyi air terjun dari belakang  menambah keterujaan Ariana yang memang meminati alam semulajadi.

   " Rian kenapa dah lama tak singgah sini?  Ayahanda dah lama tak jumpa cucu ayahanda ni. Cantik dah sekarang." pipi mulus itu berona kemerahan. Malu apabila dipuji oleh atuk sendiri.

   " Rian duduklah sini sehari, dua. Ada burung baru nenda tempah, untuk Rian. Cantik, warna putih salju." cerita nenda dengan riak teruja, Ariana dan nenda Rahimah memang berkongsi minat yang sama iaitu meminati haiwan. Terutamanya, haiwan berbulu!

   " Ya ke, nenda? Alah, tak dapatlah nak duduk lama-lama. Mai tengah tunggu dalam kereta tu, segan nak jumpa nenda dengan ayahanda. Next time lah kut." Ariana mengeluh sebentar, dia mahu melihat dan bermain dengan si 'penghuni baru' taman Dahlia, taman yang dibina sempena hari jadinya yang ke 12 tahun. Taman yang dilengkapi gazebo, air terjun buatan dan anak sungai kecil.

   Tika gadis itu berusia 12 tahun, Ariana meminta untuk memiliki taman bunga sendiri. Dia tidak meletakkan harapan yang menggunung untuk mama dan papa memenuhi ciri-ciri mengarut yang disenaraikan lagi. Nak cakap pun dia rasa malu. Memang menakjubkan, apabila dia dijemput ke rumah nenda yang tersayang pada lewat malam dan dipertontonkan dengan taman haiwan dan rumah kaca yang berbentuk diamond itu disebalik pokok pesar yang berjuntaian.

   Mengimbas nostalgia lama, apabila dia merajuk ataupun tersinggung dengan mama dan papa, tempat inilah yang dituju dulu-dulu. Berseronok tanpa memikirkan apa-apa. Hanya menikmati dan terus menikmati. Rumah kaca yang juga dikenali sebagai Vila Dahlia tersorok tempatnya. Dikelilingi oleh hutan simpan harta persendirian datuk dan neneknya.

   Vila Sufimah dan Dahlia hanya terpisah dengan sebatang anak sungai yang bersambung dengan air terjun buatan. Dalam perjalanan ke sana perlu berjalan di atas batu marmar dan sampai ke sebatang pokok tua yang berjuntai daunnya. Apabila diselak terserlah lah Vila Dahlia yang tersergam indah. Kagum bercampur terharu bila dihadiahkan dengan hadiah semewah ini.

   " Tak apalah kalau macam tu. Senang-senang datang lah singgah rumah. Ajak Mai tu sekali. Nenda dah anggap dia macam cucu sendiri, apa yang nak malunya. " nenda bersenda dengan suara yang lembut mengalukan kedatangan sahabat baik cucunya. Ariana tersenyum segaris sambil duduk bertinggung ingin mengikat tali kasutnya.

   " Yelah, nanti Rian sampaikan pada dia. Nak balik dah ni, nenda. Ni, lupa nak pesan. Nanti nenda dengan ayahanda jemputlah makan lauk-pauk tu. Sedap mama masak. Pergi dulu." tangan ayahanda dan nenda dikucup dan tubuh tua itu kedua-duanya didakap erat. Sayang kalian berdua!

   " Hati-hati, Rian." ujar ayahanda beserta tangan besar itu mengusap kepala Ariana yang berlapis tudung. Ariana mengangguk laju, mematuhi pesanan datuk yang sentiasa berdoa akan keselamatannya. Datuk yang dahulu sering mengikut telunjuknya, diturutkan selagi mampu.

   Pintu kereta dibuka dan punggung dilabuhkan ke atas kerusi pemandu. Gear diturunkan dan kereta perlahan-lahan berundur melepasi pintu pagar kayu jati import. Seterusnya meninggalkan perkarangan rumah itu, menyusuri kawasan hutan simpan yang kaya dengan flora dan fauna.

   " Yana, esok kau dah nak start kerja as secretary ke?" tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari mulut Maisara. Pemandangan yang indah dengan tumbuhan hijau disekitarnya dihayati Maisara. Bagus betul nenda Ariana yang lebih gemar menghabiskan masa tua mereka di kawasan seperti ini. Tidaklah sesak dengan bandaraya Kuala Lumpur yang suasananya tidak pernah tidur.

His Dahlia 🌹 {editing}Where stories live. Discover now