Try to be a rainbow in someone else's cloud - rosearefatin⚘⚘⚘
" So, let's go home." ujar Mukhriz sambil kaki tidak berhenti ke hulur ke hilir menyumbat barang keperluan adiknya ke dalam beg galas jenama Louis Vuitton. Hampir padat kedua-dua beg galas besar itu dengan segala khazanah Ariana sepanjang seminggu berada di dalam hospital. Ariana hanya memerhati langkah Mukhriz yang kalut mahu balik cepat. Katanya, mama ada masak pelbagai juadah sempena kepulangannya.
" Abang, dah tiada apa dah ni. Jomlah balik. Dari tadi lagi abang cakap let's go home, let's go home. Padahal asyik ke sana ke mari je." bebel Ariana di atas katil. Baju hospital sudah pun ditukar kepada baju biasa. Katil pun sudah Mukhriz rapikan kembali. Mukhriz memang OCD lebih-lebih. Mengalahkan dia yang perempuan ni.
" Haa jom." mereka sama-sama meninggalkan wad VVIP yang selama ini menempatkan Ariana. Bahu Ariana dipaut Mukhriz sambil mereka berbual macam biasa.
Bermula dari hari dia jatuh pengsan, sampailah dia sudah sedar dari pengsan diceritakan oleh Mukhriz.
Fayyad Haikal yang sudah pandai bertatih juga turut disampaikan sekali. Ketawa kecil Ariana apabila abangnya beritahu sehari sudah boleh bertatih sudah timbul benjol dikepala. Macam-macam!
Tengoklah nasib kau nanti Fayyad bila Aunty Yana dapat! Mata-mata jururawat yang meliar memerhati 'pasangan sejoli' itu dapat ditangkap oleh mereka berdua.
⚘⚘⚘
Setibanya dia dirumah, pintu besar itu dibuka dari luar dan tubuh disapa suhu sejuk penghawa dingin dari dalam rumah. Oh rumahku, syurgaku!
" Mama, banyak nya lauk!" bertepuk riang Ariana bila mata dijamu hidangan luar biasa bonda kesayangan. Pipi bersih Datin Syahida dikucup manja sambil leher mamanya dipeluk kejap, tak mahu lepas.
" Yana, mama tak dapat bernafas." tersenyum sahaja melihat keletah manja si anak dara yang sudah menjangkau 24 tahun.
" Ups, sorry mother. I'm super-duper excited! Thank you, mama!" melompat-lompat gadis jelita itu kesukaan. Pembantu rumah yang membantu menghidang ketawa mengekek melihat perangai keanak-anakan Ariana. Itulah Ariana Dahlia, perangai luar dan dalam semula jadi sempurna. Tidak ramai yang tahu dan gadis cantik itu juga sering digelar angkuh sombong. Entah di mana silapnya, mulut orang bukan boleh ditutup.
" Yana, sila naik dulu. Isi barang apa semua, baru turun. Mama nak siapkan sikit je lagi cocktail, your favourite dessert." kata-kata Datin Syahida disambut sorakan maha meriah dari Ariana.
Gamat rumah banglo tiga tingkat itu dengan suara Ariana, penghibur mereka.
Selesai sahaja urusannya menukar pakaian santai dirumah, terus kaki panjang itu melangkah turun bersama dengan Fayyad Haikal yang didukung rapat ke dada. Selena turut mengiringi Ariana sambil sibuk menggoncang susu formula bersama napkin dibahu.
Tipikal seorang ibu.
Fayyad bersama puting memang berpisah tiada, ergh!
" Fayyad! Cakk, uuuu! Cakk! Come to aunty Mai, come! Alalala, comelnya dia... macam aunty lah." Maisara meminta Fayyad daripada Ariana kerana dia mahu mendukung tetapi Ariana enggan menghulurkan bayi itu. Nak termuntah isi perut Ariana apabila kaki mencecah lantai marmar terus disambut suara nyaring Maisara. Bila masa minah ni datang? Mesti nak tuntut asam pedas merah dia.
YOU ARE READING
His Dahlia 🌹 {editing}
Romance" Mana tahu mulut aku masin ke, kau kahwin dengan dia. Kau kena ingat Yana, jodoh tu rahsia tuhan." -Maisara Adelie " Kejap lagi aku tampar kau, ada yang tak berkepala esok." -Ariana Dahlia Pertemuan, insiden, pergaduhan yang secara tak sengaj...