No matter how long you've travelled in the wrong direction, you can always turn around 🐇
- rosearefatin⚘⚘⚘
Ktung..ktang..ktung..ktang
" Mamaaa, I'm done!" Ariana Dahlia mencampak apron berwarna hitam itu ke atas meja island putih. Topi tinggi yang biasa digunakan oleh chef terlatih ditanggal dan dilipat-lipat menjadi kecil. Geram, panas dan sebagainya! Walaupun didapur itu telah tersedia dua buah aircond tetapi masih tidak mampu menghakis perasaan geram didalam hati Ariana.
" Cik Rian, cik tak boleh begini. Ada banyak lagi menu yang kita perlu sediakan dalam masa kurang dua jam." seorang wanita dalam lingkungan 40-an yang sedari tadi mengejar langkah Ariana memujuk lembut. Ariana mencemikkan bibirnya, dia tidak sukakan aktiviti ini.
Mengapa dia rasa terkongkong dan tidak bebas ?! Mata bundar itu mengerling wanita disebelahnya, dagu ditongkat dengan telapak tangan kiri.
" Chef Jen, bila kita nak siap? Kaki saya dah lenguh." rengek Ariana menuding ke kaki mulusnya yang terletak elok di atas karpet biru berbulu itu.
Chef Jen tersenyum manis. Haihlah, cik Rian..kalau beginilah gamaknya memang tidak akan siap.
" Cik Rian, Datin kata lagi tiga puluh minit dia turun bawah. Kalau dia nampak cik Rian macam ni, apa kata Datin nanti." balas Chef Jen memujuk lagi. Moga hati anak manjikannya lembutlah setelah mendengar pujukannya. Batu yang keras pun bisa dilembutkan dengan air, apatah lagi hati manusia.
" Alaa, ni bukan mama yang suruh. Ni semua nenda punya pasal." gadis jelita itu merungut pula tidak puas hati. Tangan dibawa memeluk tubuh. Memasak adalah bukan dirinya, dia tidak suka masuk ke dapur.
" Ayah engku hanya nak yang terbaik sahaja untuk cucu dia. Cik Rian sahajalah cucu kesayangan yang dia ada. Sudah, mari." dengan berat hati, Ariana merelakan tangannya ditarik ke ruangan dapur luas itu. Pada saat ini memang dia mahukan kuasa The Flash untuk berlari sepantas kilat kepada abangnya.
Jika abangnya berada disini sudah tentu lelaki itu akan mempertahankannya. Ini tidak, asik kena buli dengan atuk sendiri. Kerana terpaksa, aku relakan...
⚘⚘⚘
Tanaman padi subur yang terbentang luas dihadapannya sungguh memukau pandangan mata. Dari jauh lagi, dia nampak burung enggang sedang mencuri tanaman padi..tidak diendah patung orang-orang yang tercongok dihadapan mereka. Bibir merah itu melukis senyum manis.
" Aisar, menung gapo? ( Aisar, termenungkan apa?) " hempukan yang sedikit kasar dibelakang agak memeranjatkan dirinya. Kepala ditoleh sedikit, Tok Ayoh.
" Dok eh, Tok Ayoh. Mok duduk dimano? Dok napok pun sakni. (Taklah, Tok Ayah. Mok dekat mana? Tak nampak pun tadi.) " tutur bicara berloghat kelantan itu fasih diujar dek Aisar. Tidak kekok langsung dengan bahasa di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
" Ado jo eh atas nung, dok chekak jejok tanoh ni. ( Ada je lah atas sana tu, tak larat nak turun bawah ni.)" balas Tok Ayoh sambil pandangan menghala ke birai tingkap rumah campuran kayu dan batu berwarna merah itu. Pankin dimana mereka duduk ini terletak agak jauh dengan rumah, adalah dalam 300 meter jaraknya. Arman mengangguk sahaja, tiada topik hendak berbual apa.
" Aisar, bakponyo dok rajin kelik sini? Mok tu lah heh, mulut dio jah huduh sikit tapi hati dio baik, sar. Aisar cucu hok paling dio saye. Besar doh. Dok pehe lagi pe'el mok tu. ( Aisar, kenapa tak selalu balik sini? Mok tu, mulut dia je macam tu tapi hati dia baik, sar. Aisar cucu yang paling dia sayang. Besar dah. Tak faham lagi perangai mok tu.)" ujar Tok Ayoh menebar pandangan ke tanaman padi yang menghijau. Dia masih boleh memahami kerjaya cucu sulungnya, gaji besar. Memang susah nak menjenguk kampung ni, tetapi itulah isterinya.
" Tok Ayoh, bukey Aisar tok sey kelik.. muga banyok kijoer di bandar sana nu. Aisar harap sangat mok pehe.( Tok Ayah, bukan Aisar tak nak balik tetapi sebab banyak kerja dekat bandar sana. Aisar harap sangat mok faham)" keluh Aisar, berat terasa apabila nenek sendiri berkecil hati dengannya. Walau senyuman terukir dibibir nenek sewaktu menyambut kehadirannya, tidak mustahil perasaan kecil hati masih ada. Orang tua, mesti suka kita datang melawat.
" Tulah, Tok Ayoh ghoyak doh ke mok. ( Tulah, Tok Ayah cakap dah dekat mok.)" Tok Ayoh menghembuskan nafas seketika sebelum dia mengangkat punggung.
" Aisar, Tok Ayoh pergi dapur dulu deh." Aisar mengangguk sekali sambil tersenyum tawar. Ramai sahaja sepupunya yang duduk berdekatan sini, takkan berat sangat nak tengokkan nenek sendiri. Abang Pie ada, anak-anak Mok Long ramai lagi.
Aisar mengeluh lagi, kepala kusut memikirkan perkara seperti ini.
⚘⚘⚘
Maaf kalau ada kesilapan tatabahasa atau bahasa kelantan yang cacat ke hape. Kalau ada typo tolong bagitahu, yup. Prolog sikit je hehe 👉👈
Feel free to drop your comments? Haa sila
Me need you! ❤
YOU ARE READING
His Dahlia 🌹 {editing}
Storie d'amore" Mana tahu mulut aku masin ke, kau kahwin dengan dia. Kau kena ingat Yana, jodoh tu rahsia tuhan." -Maisara Adelie " Kejap lagi aku tampar kau, ada yang tak berkepala esok." -Ariana Dahlia Pertemuan, insiden, pergaduhan yang secara tak sengaj...