Selesai makan malam.
Pukul 11.00 malam.
"Wei Sofi, kau taknak tidur ke?" tanya Erin.
"Kejap lagi aku tidur. Aku ada banyak assigment nak kene buat." balas Sofi
"Oh okay" kata Erin.
Sofi merupakan orang yang paling sibuk di kalangan mereka. Dia perlu membuat assigmentnya sekurang-kurangnya hingga pukul 3 pagi. Ramai juga pensyarah menjadikan Sofi sebagai role model untuk semua pelajar.
"Andd the last word. Alhamdulillah, dah siap!!" kata Sofi lalu merenggangkan badannya.
Sofi melihat jam di dinding.
4.00 a.m.
"Tidur je la, lagipun Hannah kejut pukul 6" monolog Sofi lalu masuk ke dalam bilik tidur mereka berempat.
Keesokan harinya,
Kami semua dikejut seperti biasa dan bersiap-siap untuk pergi ke universiti.
"Ha wei, ape jadi kat kau semalam? Kata nak cerita harini" tanya Hannah.
"Oh cerita semalam? Ceritanya macam ni, pada suatu zaman dahulu..."
---------------------------------------------------------
Situasi Erin.Semasa Sofi dan Hannah pergi ke kerja, Erin tiba-tiba berasa hendak berjogging di taman berdekatan apartment mereka. Erin cuba mengajak Adlin.
"Wei Adlin, jom kita jog kat taman" pelawa Erin.
"Mm... Kau pergi la sorang-sorang, mood jogging aku tak ada lagi" balas Adlin.
"Mood tak ada ke nak tidur?" perli Erin.
Adlin mengendahkan persoalan Erin.
Erin segera bersiap-siap untuk pergi ke taman berseorangan dengan motorsikalnya yang berjenama y15zr.
Tiba di taman.
Erin membuat pemanasan diri sebelum memulakan joggingnya. Dia juga tidak lupa untuk memakai headphone untuk lebih menikmati joggingnya.
Sedang Erin menghayati joggingnya sambil mendengar lagu Kill This Love dari Blackpink. Tiba-tiba dia merasai seseorang berjalan melepasinya.
Erin menjadi tidak puas hati lalu mengejar seseorang itu dan seseorang itu pula mengejar Erin.
Mereka berlumba bersama-sama bagaikan mereka berada dalam acara merentas desa, orang awam pelik melihat mereka berlari-lari bersama-sama.
Semasa mereka berlumba lari, Erin menolak seseorang itu sehingga dia terjatuh. Erin tidak perasan bahawa dia menolak seseorang itu sehingga terjatuh.
"Aduh!!" kata seseorang itu.
"Eh!! Maaf maaf!! Saya tak sengaja!!" Erin segera memeriksa seseorang itu.
"HAHA KENE TIPU" seseorang itu bangun lalu lari pecut.
"EH DASAR JANTAN TAK GUNA" Erin mengejar seseorang itu.
Akhirnya mereka berlumba bersama-sama sehingga mereka penat.
---------------------------------------------------------"Oh yang kau tolak tu lelaki?" tanya Sofi.
"Yezza" balas Erin.
"Dengan lelaki pun boleh ajak gaduh" kata Adlin.
"Dia yang cari pasal dengan aku, aku balas" kata Erin.
YOU ARE READING
SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK [✔️]
RandomCerita ini mengisahkan tentang sekawan berempat yang bernama Sofi, Hannah, Adlin dan Erin dan duduk serumah di Korea. Mereka semua harus berkahwin dengan bakal suami mereka yang mempunyai pelbagai perangai yang agak pelik. Adakah mereka akan bahagia...