"Okay lepas bapak-"
"Kejap la Sofi, banyak lagi soalan kitorang nak tanya. Jangan kata kau ada buat something dengan dia kan" kata Adlin.
"Aku tak pernah ajar korang benda kuning macam ni"
"Sofi, diorang gurau je. Rileks" kata Chan yang cuba menenangkan Sofi.
"Iyelah"
"Awak tau Sofi ni jenis macam mana waktu kecik?" tanya Adlin.
"Hmm masa dia kecik eh... Masa kecik dia selalu rapat dengan saya sebab saya la yang selalu jaga dia bila mak ayah kitorang kerja. Jadi boleh dikatakan masa kecik dia ni jenis penyayang, manja, comel dan suka peluk orang" terang Chan.
"Tapi sekarang...." kata mereka bertiga.
"Ini yang aku tak suka ni" kata Sofi.
"Sekarang pun comel jugak" kata Chan lalu mencubit pipinya.
Sofi merelakan dirinya dicubit oleh Chan.
"Tapi gemuk" kata Hannah.
Sofi mengambil senduk berada di sebelahnya dan sedia untuk membalingnya ke arah Hannah.
"Sofi Sofi, sabar Sofi, sabarrr. Sabar itu separuh daripada iman" kata Chan.
"Saya dah lama sabar dengan dia dari sekolah rendah, saya tiba-tiba rasa nak buat rendang daging harini"
"Hey hey hey isteri aku" kata Lee Know.
"Tak kisah la isteri kau ke isteri beruk ke, dia ni memang suka cari pasal"
"Sofi, dah" kata Chan lalu memegang kedua-dua bahunya.
Sofi mengeluh dan meletakkan semula senduknya.
"Okay okay okayyyyyy" kata Erin lalu menepuk kedua-dua tapak tangannya.
"Jom kita pergi ke mak kambing pulak"
"Aku? Oh okay, jadi ni suami aku. Nama dia Lee Minho, panggil Lee Know. Umur dia 20....kan?"
"Yep"
"Ha, umur dia 20. Dia memang berasal dari Korea, duduk dekat Gimpo. Dia ada kucing dan dia kerja satu tempat dengan bapak aku dekat bank" terang Hannah.
"Tapi kenapa kerja dekat kedai kasut?" tanya Erin.
"Oh itu nak cari duit tepi je. Duit untuk membazir" kata Lee Know.
"Hah-"
Semua orang terkejut.
"Jadi, kau ada pangkat?" tanya Sofi.
"Ada, assistant bapak dia"
"Assistant????" tanya Hannah.
"Kenapa aku tak pernah nampak muka kau sebelum ni?"
"Sebab saya kene naik pangkat secara tiba-tiba"
"O-oh..."
"Boleh eh?" tanya Erin.
"Dalam dunia ni... Apa je yang tak boleh?"
"Kahwin dengan orang yang kau baru kenal" kata Hannah.
Lee Know menoleh ke arah Hannah.
"Eh heh heh heh heh heh budak ni..."
Lee Know senyum geram lalu mencubit kedua-dua belah pipi Hannah.
"Ahh!!! Sakit sakit!!!"
Hannah memukul tangan Lee Know. Lee Know melepaskan cubitannya.
YOU ARE READING
SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK [✔️]
RandomCerita ini mengisahkan tentang sekawan berempat yang bernama Sofi, Hannah, Adlin dan Erin dan duduk serumah di Korea. Mereka semua harus berkahwin dengan bakal suami mereka yang mempunyai pelbagai perangai yang agak pelik. Adakah mereka akan bahagia...