Keesokan harinya.
Truut... Truut...
"Oh adik aku" kata Sofi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Noonaaaa""Iye, ada apa? Salam mana salam?"
"Hehe maaf, assalamualaikum. Excited sangat nak jumpa noona"
"Ngada-ngada"
"Adik noona jugak kan?
"Iyelah iyelah, ada apa call ni?"
"Alamat rumah noona ape?"
"Xxxx, block b, jalan xxxx, apartment la vie en rose"
"Okay, kejap lagi saya sampai"
"Okeyh"
Beep
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Adik aku kata dia sampai kejap lagi," kata Sofi yang memusing ke arah mereka.
Kelihatan Erin, Hannah dan Adlin sibuk memakai mekap.
"WOI KAT RUMAH AKU JE PUN APEHAL NAK PAKAI MEKAP?!" marah Sofi sambil terjerit.
"Ehhhh ofcourse, sebab ni first time jumpa adik kau" kata mereka bertiga.
Sofi mengeluh berat.
"Sukahati korang la. Aku nak pergi buat air dulu" kata Sofi yang pergi ke dapur.
Beberapa minit kemudian.
Ting Tong~!
"Korang!!! Tolong bukakkan pintu!!! Mungkin adik aku dah sampai kot!!!" jerit Sofi dari dapur.
"Aku aku" kata Hannah.
"Ewah, cepat-cepat je nak bukak ek" perli Adlin dan Erin.
Selepas Hannah membuka pintu, tiba-tiba adik Sofi melompat dan memeluk Hannah.
"NOONA!!! SAYA RINDU NOONA!!!" kata adik Sofi dengan gembira.
"Er..."
Hannah terkaku.
"Jeongin?" tanya Sofi yang berada di belakang Hannah.
Adik Sofi perasan bahawa Sofi di belakang Hannah.
"Eh? Noona? Habis ni?" tanya adik Sofi melepaskan pelukannya.
YOU ARE READING
SUAMIKU YANG PELIK LAGI PELIK [✔️]
AcakCerita ini mengisahkan tentang sekawan berempat yang bernama Sofi, Hannah, Adlin dan Erin dan duduk serumah di Korea. Mereka semua harus berkahwin dengan bakal suami mereka yang mempunyai pelbagai perangai yang agak pelik. Adakah mereka akan bahagia...