Perlahan-lahan Humaira membuka pintu biliknya lalu menuju ke dapur. Sempat dia mengerling ke arah jam yang tergantung di dinding. Satu pagi. Bagi anak anak muda zaman sekarang, pukul satu pagi masih awal untuk mereka tidur.
Kadangkala waktu begini ada yang masih melepak, ada yang keluar masuk kelab malam tanpa rasa bersalah. Semakin manusia menuju kemajuan semakin banyak manusia lalai dengan dunia.
Humaira Az-Zahra turun ke bawah ini pun terpaksa kerana gara-gara haus. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak mahu keluar dari bilik itu.
Takut bertembung dengan Mikael. Humaira Az-Zahra bukan sengaja mengelakkan dirinya daripada Mikael tetapi dia ada sebab lain. Sebab yang hanya dia sendiri yang tahu.
Buat masa sekarang ni dia tidak mahu lagi bertembung dengan Mikael, Humaira Az-Zahra takut hatinya akan terseksa. Terseksa dengan kerinduan yang menggebu.
Seksa, satu perkataan yang mungkin pada orang lain tidak pernah rasa apa perasaan itu tetapi ianya cukup membawa banyak erti bagi sang gadis yang tersakiti.
Hanya perempuan sahaja yang tahu akan perkataan ini. Banyak perempuan di luar sana sering terseksa dengan permainan dunia dan juga cinta. Cinta yang sentiasa membawa jurang ke arah kedukaan.
Humaira Az-Zahra bukan ingin menunjukkan dirinya seperti mengada-ngada dalam berpuitis tetapi itulah hakikatnya yang lahir dari hati. Mungkin pada yang pernah memendam perasaan pernah mempunyai perasaan sebegini?
Sedang Humaira Az-Zahra mencuci cawan, tiba tiba terdengar bunyi enjin kereta yang baru sahaja dimatikan. Takkan Mikael?
Lambatnya dia pulang. Dia pergi mana? Takkan banyak sangat kerja di pejabat? Pelbagai soalan mula timbul di pemikiran Humaira Az-Zahra. Cepat cepat Humaira Az-Zahra menghabiskan kerjanya sebelum kakinya melangkah ke arah tangga.
Namun belum sempat Humaira Az-Zahra ingin ke biliknya, tiba tiba namanya dipanggil oleh si dia. Humaira Az-Zahra mengetap bibir sebelum mengalihkan badannya memandang wajah lelaki itu.
Terkejut juga Humaira Az-Zahra apabila melihat Mikael sudah pun berada di belakangnya. Humaira mengundurkan sedikit jaraknya lalu menundukkan kepalanya, tidak mahu memandang muka Mikael.
Jarak mereka kini sedikit jauh. Nasib baik, kalau tak, mahu takut Humaira Az-Zahra berbicara. Takut sekiranya Mikael dapat mengesan apa yang dia sembunyikan selama ini.
Kadangkala mata lelaki ni walaupun agak lembap dalam perasaan perempuan tapi apabila bergelar suami semestinya ia dapat menangkap.
"Kenapa Humaira suka buat abang macam ni?" soalnya dengan nada yang lembut. Mikael memandang tepat isterinya yang sedang tertunduk itu.
Dia terlalu rindu. Rindu sangat. Tidak tahu bagaimana hendak Mikael jelaskan gambaran perasaan rindunya ketika ini. Rasa nak peluk cium Humaira tapi Humaira seakan tidak berminat. Dia tak mahu memaksa perasaan Humaira ketika ini.
Lagipun Mikael perlu memahami situasi Humaira Az-Zahra sekarang. Dituduh sebagai seorang pembunuh oleh kawan baiknya sendiri. Tak dapat dibayangkan betapa remuknya hati Amsyar dan Humaira saat itu.
Amsyar dari hari tu lagi tidak habis habis menyalahi Humaira Az-Zahra. Segala cacian dilontarkan kepada Humaira Az-Zahra. Segala kesalahan mesti gara-gara isterinya. Bagi di mata Amsyar, Humaira sememangnya pembunuh yang berpura-pura baik.
Sempat juga Mikael menangkap wajah Humaira itu. Kelihatan tersangatlah pucat. Sedikit hadir perasaan risau. Tidak pernah sekali dalam hidupnya, Mikael melihat wajah sebegitu yang pucat semacam. Isteri dia... sakit ke?
"Buat apa?" soal Humaira Az-Zahra acuh tak acuh. Terpaksa! Terpaksa melayan si dia sebegitu. Perlahan-lahan perasaan rasa bersalah meresap dalam hati. Perasaan yang mampu membuatkan dia rasa berdosa melayan Mikael seperti melayan musuh.
Suara Humaira Az-Zahra yang dingin menyapa gegendang telinga Mikael. Cukup sakit layanan Humaira Az-Zahra kali ini. Dia tersangatlah faham keadaan Humaira itu tetapi sampai bila mereka harus begini? Sampai bila isterinya itu ingin menyeksa hatinya?
"Humaira, awak masih tak boleh lupakan hal tu ke? Maafkan Amsyar. Masa tu dia memang tak dapat kawal emosi diri dia."
Humaira Az-Zahra menelan air liurnya dengan pahit. Perit ingin mengingati kembali kejadian itu. Sakitnya masih belum sembuh. Lukanya masih berdarah.
Tetapi apakan daya. Untuk memaafkan lelaki itu, tersangatlah mudah. Humaira Az-Zahra bukan sejenis yang suka menghukum. Dan bukanlah sejenis yang pendendam. Jika itu berlaku, itu bukanlah dirinya yang sebenar.
"Humaira..."
Melihat Humaira Az-Zahra masih mendiamkan dirinya apabila dipanggil sebegitu, Mikael memberanikan dirinya memegang tangan Humaira namun Humaira menepisnya dengan perlahan.
Kecewa Mikael apabila dilayan sebegitu teruk. Apa lagi yang harus Mikael buat untuk memujuk sang isterinya? Dia seringkali beralah. Mikael rindukan isterinya yang lama. Manja dan periang.
"Humaira minta maaf abang Izz. Hu.. Humaira ada sebab tersendiri. Pasal hal Amsyar tu sudah lama Humaira maafkan. Humaira redha dengan apa yang terjadi. Humaira cuma menganggap ini salah satu dugaan buat Humaira.
Humaira yakin semua ni terjadi ada hikmahnya. Humaira tak berhak nak menghukum Amsyar. Abang Izz janganlah ingat apa yang terjadi semua ni punca Humaira berubah sebegini. Ada sebabnya. Hanya Allah dan Humaira sahaja yang tahu."
Dengan panjang lebarnya Humaira Az-Zahra membalas bersama senyuman nipis. Tiba tiba dia merasakan ada cecair panas keluar melalui hidungnya.
Kepalanya mula berpusing-pusing dan sedikit memberat. Seperti ada batu besar yang menghempap kepalanya. Kenapa ni?
"Sa... sayang okay tak ni?"
Terkejut Mikael melihat darah itu seraya memegang kedua-dua bahu Humaira Az-Zahra agar isterinya itu tidak tumbang. Kabur mata Humaira Az-Zahra apabila dia mula memandang sekeliling.
"Sa... saya nak masuk bilik!"
"Tapi... "
Belum sempat Mikael ingin menghalang, Humaira cepat cepat masuk ke biliknya. Dikuncikan pintu, tidak mahu Mikael masuk ke dalam. Kunci pendua ada pada dirinya. Humaira Az-Zahra cukup cekap untuk melarikan diri.
Sebaik sahaja menguncikan pintu, Humaira Az-Zahra jatuh pengsan di hadapan pintu. Segalanya gelap dan balam.
Mikael mengeluh perlahan. Dipandang pintu bilik Humaira itu. Risau mula bertandang di hati. Perlahan-lahan dia melekapkan wajahnya di pintu itu sebelum berbicara sesuatu.
"Abang harap sangat Humaira jadi seperti dulu. Abang sayang Humaira hingga ke Jannah. Abang rindu sangat dengan Humaira. Rindu sangat sangat. Please jangan seksa hati abang lama lama. Abang cintakan Humaira. Selamanya dengan Humaira."
Usai berkata-kata, Mikael berlalu pergi dengan perasaan yang bercampur baur. Risau, rasa bersalah, kecewa semuanya ada. Namun tanpa Mikael tahu, Humaira Az-Zahra sudah pun pengsan di sebalik pintu itu.
**************************
YOU ARE READING
Dia... Syurga Yangku Cari [EDIT]
RomansaBeautiful Cover by @azleyanaa_ Karya Pertama✔️ #ExanderAdward #ExanderAdward2019 Dia bagaikan kaca terhempas ke batu setelah apa yang berlaku pada malam itu. Malam yang mengajarkan dia erti syukur. Erti dijaga tanpa dia sedari. Malam itu jugalah y...