----------------------------👑-----------------------------
Albert POV"Taruhkan jutaan purnama, kan setia diriku bersamanya mencintanya hingga akhirnya"
Aku tengah layan lagu Jutaan Purnama di Youtube. Lagu tu ada maknanya yang tersendiri. Pada masa tu, aku berada di bilik ICT bersama dengan rakan sekelas. Semasa tengah feeling lagu ni, tiba-tiba Charles menarik headphone. "Tengah feeling ke tu?" tanya Charles dengan senyumannya. "Eh, tak de apa-apa... Cuma, saya ni cuma teringat kat Lilian... Hehehe..." kataku. "Ye ke? Setahu saya awak saja kan..." kata Charles. Aku terasa tersentap bila dia cakap macam tu. "Awak ni..." kataku.
Charles POV
Albert terlalu arif dengan drama. Maklumlah, kaki drama katakan... Namun, Albert ni adalah satu-satunya putera yang paling mementingkan perkara yang formal. Tapi, kenapa hatiku berasa berdebar-debar pulak ni? Adakah aku... "Huh, Albert, awak free tak malam ni?" aku bertanyakan kepada dia. "Free? Hmmm... Kenapa awak tanya?" tanya Albert kepadaku. "Tak de, cuma... Kita nak pergi jalan-jalan tak?" aku bertanya kembali kepada dia. "Hmmm, okeylah... Saya pun nak ajak kau sebenarnya..." kata Albert yang telah menjampikan aku.
"Dan bila kau hadir bagai satu misteri, ternyata diriku bagai sudah dijampi, dan bila kau hambarkan hatiku kembali, ternyata hanya kau harus yang aku cintai"
Di One Plaza, Kuala Selangor
Albert POV
Pada malam tu, Charles mengajak aku ke One Plaza. Huh, walaupun dia tu seorang yang boleh memimpin dunia tapi dia tu seorang yang mempunyai perasaan cinta dengan kami, terutamanya aku. "Albert, awak nak pergi mana? Saya follow je." kata Charles. "Hmmm, mana-mana je lah... Lagipun, tak de apa-apa pun nak buat apa kat sini..." kataku. "Hmmm, macam mana kalau kita tengok wayang?" tanya Charles kepadaku. "Okey jugak. Jom!" kataku. Setelah kami berdua membeli tiket wayang dengan makanan dan minuman, kami masuk ke dalam pawagam dan duduk bersama. Apabila filem itu bermula, aku berasa hatiku ini berdebar-debar. Lalu, Charles menjengukku lalu bertanya "Albert, awak tak apa-apa ke?". Alamak, apa yang aku kena buat ni? Lalu, aku bertanya semula kepada dia " Hmmm, Charles... Awak rasa hati kau tu ada apa-apa tak?". Ketika kami tengah layan filem tu sebab filem tu amatlah seram sekali, tiba-tiba kami terkejut bila hantu tu muncul. Pada masa tu, aku berasa takut sehinggalah air mataku yang suci mengalir keluar.
Charles POV
"Albert? Kenapa ni?" aku bertanya kepada Albert yang sedang ketakutan. "Char.... Charles..... Aku takut... Huhuhu...." kata Albert ketika dia sedang menangis. "Janganlah takut, aku kan ada." kataku sambil mengelap air matanya lalu membelai rambutnya. Tak lama kemudian, dia berasa tenang semula. "Albert, awak tau tak kenapa awak takut pada hantu sampai jadi macam tu?" aku bertanya kepada dia. "Huh? Kenapa awak tanya soalan macam tu?" tanya Albert. "Sebenarnya, kalau awak takut kat hantu maknanya awak terlalu gedik." kataku sambil ketawa. "Pergh! Awak ni.... Tak baik cakap tu kat kita tau..." kata Albert sambil menangis. "Hahahaha... Gurau je lah..." kataku sambil tergelak riang.
Akademi Lelaki Momos
Albert POV
Setelah kami berdua pulang ke akademi, aku berasa gembira bila aku diberi peluang untuk bersama dengan putera dari Amerika. "Charles, boleh tak saya nak cakap dengan kau kejap?" aku bertanya kepadanya. "Boleh, kenapa?" tanya Charles. "Huh, sepanjang kau bersama dengan saya tadi, saya berasa yang kau ni memang seorang yang baik. Tapi, hati saya ni asyik berkata-kata. Pasal hati saya ni terpikat dengan awak. Jadi, saya... Saya..." kataku. "Albert, apa yang kau cakap tu aku pun ada rasa perasaan yang sama. Namun, aku sebenarnya ingin meluahkan perasaan yang aku betul-betul cintakan awak, Albert!" kata Charles. Nampaknya, dia pun cintakan aku jugak. "Hmmm, Charles... Sebenarnya, kita berdua ni ditakdirkan untuk kita bersama walaupun kita ni berbeza negara. Namun, aku pun ingin meluahkan perasaan tu dengan kau tapi tu bukan masanya. Jadi, memandangkan diorang tengah tidur sekarang ni aku sebenarnya nak bagi satu hadiah." kataku sambil tersenyum. Lalu, aku mencium di bibirnya. "Albert..." kata Charles dengan nada yang lembut. Kemudian, aku memegang tangannya dan mengajak ke bilikku untuk tidur bersama.
Charles POV
Setelah Albert menciumku, barulah aku tahu mengapa hatiku selalu berdebar bila bertemu dengannya. Tapi, dia juga ada perasaan yang sama. Albert, aku berjanji akan pastikan agar aku akan menjaga dirimu selama sejuta purnama demi cinta kita berdua.
----------------------------👑-----------------------------
Guyz, macam mana dengan oneshot tadi?
Kalau best, jangan lupa untuk vote, comment dan share, ye... Oh ya, kalau nak request jangan lupa untuk hantar request korang^^
YOU ARE READING
Prince Series : Behind The Scenes
De Todo© KGS / PRINCE SERIES Dari Pulau Momos ke Kuala Lumpur, pastinya anda takkan duduk diam dengan kehadiran putera-putera yang bakal menghiburkan anda! Tarikh mula bersiaran : 7 April 2019 (dikenali sebagai Siri Putera : myPRINCE) Tarikh tamat siaran :...