Perutusan Pengetua Evan Semperna Bulan Ramadan

151 6 0
                                    

RAMADAN : SATU PERJUANGAN

Fuh, penatnya hari ni... Baru hari pertama puasa dah penat. Bukan apa, Pulau Momos sekarang ni tengah mengalami gelombang haba yang tak terjangka suhunya. Yang paling menambahkan buruknya cuaca panas ni, ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia ni... Arrrrgghhh! Geramnya aku! Haih, tapi bukan saya je yang kena, tapi semua orang termasuk Alex. Yang teruknya, *Putera Gion disahkan mengalami positif COVID-19 sebab pergi balik kampung. Dah tau sekarang ni tengah pandemik, kau buat tak tau pulak ye Gion?! Buang sekolah baru tau... Hahahaha! Apa pun, inilah apa yang tengah berlaku sekarang ni... Kita diuji dengan penularan virus Korina... Eh, Korona yang mana ni semua salah Shao Long sebab menjangkiti virus tu kat orang lain... Harap-harap walaupun dalam pandemik, tapi payment tetap dibayar walaupun di dalam bulan Ramadan sebab nak bayar zakat fitrah.

     Bagi saya, sambutan bulan Ramadan pada tahun 2020 memang moi num moi sebab kita tak boleh bersembahyang secara berjemaah. Kalau korang tengok rancangan yang menunjukkan babak solat berjemaah, kita pasti akan merinduinya sebab dulu korang mana nak pergi masjid atau surau. Maklumlah, bila ada musim tertentu macam bila penceramah VIP berhalaqah kat tempat korang ke solat jenazah ke... Kalau korang nak datang ke pulau ni jangan risau sebab saya belum lagi nak sponsor buat masjid.

     Di samping tu, kita dapat mengurangkan pembaziran makanan. Setiap tahun masa majlis tari menari, semua pelajar tak kisahlah Momosusu ke Poposisi ke diorang buat derk je pasal lebihan hidangan. Apa yang diorang selalu busy adalah... Menari menari menari... Termasuklah putera-putera kita ni. Dasar nak kahwin awal! Masa krisis tak de sayur tuhan bagi balasan sebab perangai kita yang suka membazirkan sumber ekonomi yang ada, sampai Alex pun lari. Sayur je pun, bukannya air tapi apa yang saya bimbang adalah kalau krisis tak de sayur ni tak berlaku disebabkan diorang tak kacau kebun para petani tu gerenti saya, Godfreg dengan Alex takkan disumbat ke dalam lokap SPRM.

     Selain dari tu, saya berasa happy sebab kuarantinkan diri dengan amal ibadah sangat~ Saya nak share sikit pasal rutin harian putera-putera kita ni... Kalau selalunya Leon dengan Felix akan tengok K-Pop bersama-sama tapi kali ni diorang berjarak sepanjang bulan puasa ni sebab Felix tak nak menyakitkan hati Leon yang sedang menatap gambar Felix pada masa hadapan. Itu pun kalau masa tu dia akan berjumpa dengan Felix sebab ajal takkan tunggu kita kan? Kalau Albert dengan Charles pulak kali ni diorang jual kuih raya dan hasil jualan tu digunakan untuk mendirikan masjid diorang... Kesian kat Lilian dengan Carla kan? Kejap! Kalau Ciel pulak... Dia ni asyik mendandankan rambut emas panjang dia tu dari waktu subuh sampailah waktu maghrib... Sapa nak lelaki yang berambut emas, kahwinlah dengan orang Eropah termasuklah Perancis ye? Kalau Livio pulak, dia sibuk dengan latihan kecergasannya. Katanya, dia nak tingkatkan amal ibadah dengan melakukan aktiviti yang berfaedah macam buat bicep curl ke, sixpack ke... Maklumlah, tahun ni hari jadi dia kan jatuh bulan Ramadan. Kalau jatuh pada malam lailatul qadar pulak, Livio pasti akan jadi orang yang paling suci sekali... Tapi, takkan sampai tahap tu kan? Gion pulak dia nak buat benda yang baharu macam belajar baca Al-Quran dengan belajar menulis Jawi. Bagus, macam ni barulah mak mertua membodek mak awak... Shintarou pulak sibuk buat dron sebab katanya dia nak tengok kemeriahan bulan Ramadan di Malaysia ni termasuklah rumah Dato' Sri Alif Syukri. Kalau yang lain malaslah nak cerita nanti korang boring pulak kan...

     Seterusnya, ia dapat mengukuhkan hubungan antara satu sama lain. Bila dah kena pandemik ni barulah nak sedar betapa pentingnya semangat perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Zaman sebelum kemerdekaan kita bertarung berhabis-habisan kerana kita menentang penjajah. Kita sanggup berkorban demi negara, dan kita seharusnya menghargai jasa-jasa wira negara tak kiralsh yang ada pangkat mahupun sebaliknya. Zaman sekarang ni semangat perpaduan semakin kukuh walaupun terdapat ada pihak yang cuba merobohkannya. Di bulan Ramadan ni, kita sepatutnya bersatu untuk melawan Natsu Dragneel a.k.a. hawa nafsu kerana hawa nafsulah membuatkan diri kita selalu membuat maksiat. Tapi yang peliknya, benda ni berkaitan ke dengan ucapan saya ni?

     Di samping tu, Ramadan merupakan sekolah kepada seluruh umat Islam di dunia kerana ia merupakan bulan pendidikan hati dan jiwa yang suci murni ni. Sebab tu lah apabila kita menjalani pelbagai amal ibadah ia ibarat kita mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan awam macam UPSR, PT3 dan SPM manakala menahan lapar, dahaga dan perbuatan yang membatalkan puasa ibarat subjek peperiksaan. Kalau 1 jam mempunyai 60 soalan subjektif perlu dijawab dengan jawapan yang memerlukan puasa yang sah. Apabila kita menyambut hari raya Aildilfitri, kita meraikannya ibarat meraikan keputusan yang cemerlang ataupun keputusan straight A dalam peperiksaan walaupun tak ada slip keputusan. Jadi, ambilah masa yang ada untuk mendapatkan pahala yang dilipatgandakan.

     Akhir kata dari saya sebab nak pergi tandas kejap lagi, saya Evan, pengetua daripada Akademi Momos ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat, khususnya kepada para pembaca Siri Putera : myPRINCE. Semoga amal ibadah yang korang buat ni diterima oleh Allah SWT. Puasa betul-betul tau!

Salam sayang dari pemilik Pulau Momos,
Evan

* = Tu saja je nak tulis...

Prince Series : Behind The ScenesWhere stories live. Discover now