Bab 2

1.8K 89 1
                                    

"𝔒𝔯𝔞𝔫𝔤 𝔨𝔲𝔞𝔱 𝔟𝔲𝔨𝔞𝔫 𝔟𝔢𝔯𝔞𝔯𝔱𝔦 𝔦𝔞 𝔱𝔦𝔡𝔞𝔨 𝔭𝔢𝔯𝔫𝔞𝔥 𝔪𝔢𝔫𝔞𝔫𝔤𝔦𝔰 𝔱𝔢𝔱𝔞𝔭𝔦 𝔬𝔯𝔞𝔫𝔤 𝔶𝔞𝔫𝔤 𝔱𝔢𝔯𝔲𝔰 𝔦𝔰𝔱𝔦𝔨𝔞𝔪𝔞𝔥 𝔡𝔞𝔩𝔞𝔪 𝔪𝔢𝔫𝔤𝔥𝔞𝔡𝔞𝔭𝔦 𝔰𝔢𝔱𝔦𝔞𝔭 𝔲𝔧𝔦𝔞𝔫 𝔡𝔞𝔫 𝔤𝔬𝔡𝔞𝔞𝔫."

                 Senyuman tak dapat dia tahan saat terimbau kembali pertemuan pertama secara mata kepala antara dia dan lelaki dalam mimpi tersebut beberapa jam yang lalu.

"Inilah lelaki yang awak nak jumpa tu. Namanya Qhai. Qhairul Aqmal. Qhai, ada pelawat datang ni," ujar By seusai mereka masuk ke dalam wad yang lebih besar sedikit daripada wad biasa. Tersusun perabot yang cukup selesa untuk orang yang melawatinya.

Sofa dan meja kopi terdapat di satu bahagian ruang manakala almari dan meja panjang untuk melakukan kerja memandangkan ada sebuah laptop dan beberapa bahan bacaan seperti novel turut berada di situ.

Bukan itu je. Banyak juga ubat-ubatan dan beberapa mesin yang berdetak bermain di kepala katil pesakit.

Hairan sedikit kerana terlalu selesa bagi pesakit yang hanya sementara di sini.

"Kawan By ke?" Suara garau yang menyentak lamunannya bertanya. Nadanya begitu serak basah seperti ada sesuatu yang menghalang kotak suaranya berfungsi.

Mata bundar Afyna terbuka luas seperti menjumpai sesuatu yang bernilai. Akhirnya...

"Awak..." Afyna menapak mendekati jejaka yang terlantar lemah di atas katil dengan memakai HFNC di lubang hidung.

"Awak macam lelaki dalam mimpi saya," sambung Afyna lagi. Dia tahu By dan Qhai pasti pelik dengan kenyataan yang terkeluar daripada mulutnya.

"Kau ni siapa? Gila eh?"

Lah setepek kena di dahi! Afyna merona kemerahan. Dalam mimpi bukan main senyuman mengalahkan gula kena potong kaki. Lembut sahaja pandangan tapi di hadapannya lain sungguh dengan realiti!

Riak mendatar, suara dingin dan mulut jangan cakap... Macam tak ada insurans!

"Maksud saya awak ke yang selamatkan nyawa saya?"

Kepalanya menyenget ke sebelah seakan tak faham dengan bicara gadis yang baru dia bersua muka.

By seakan dapat mengagak apa yang berlaku sekarang. Dia meminta diri keluar daripada wad bagi memberikan mereka sedikit ruang untuk berborak.

"Tak tahu,"

Ya Allah! Dry betul conversation! Cakap macam malas nak layan.

"Kau salah orang ni," tambahnya lagi.

"Tapi saya rasa awak lah yang sanggup terjun ke laut demi saya. Saya nampak awak, Qhai. Saya ingatkan saya mimpi malam tu rupa-rupanya memang awak yang selamatkan saya. Bukan Daniel,"

"Jangan merepek lah. Siapa pula Daniel tu?" Semakin berkerut wajah Qhai saat disoal siasat oleh gadis yang sedikit sebanyak mendetak lajukan ritma jantungnya.

"Qhai, terima kasih tau. Saya terhutang budi sangat-sangat. Tanpa awak mesti saya dah mati," Afyna merapatkan genggaman tangan bersama sambil tersenyum lebar.

[ C ] [ EDITED VER. ] | One Chance: My most beautiful HeavenWhere stories live. Discover now