Bab 12

1.2K 79 5
                                    


𝔍𝔦𝔨𝔞 𝔨𝔞𝔩𝔦𝔞𝔫 𝔪𝔢𝔫𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞𝔦 𝔄𝔩𝔩𝔞𝔥,𝔪𝔞𝔨𝔞 𝔠𝔦𝔫𝔱𝔞𝔪𝔲 𝔦𝔱𝔲 𝔱𝔦𝔡𝔞𝔨 𝔞𝔨𝔞𝔫 𝔭𝔢𝔯𝔫𝔞𝔥 𝔪𝔞𝔱𝔦



Terkerdip-kerdip mata Afyna saat melihat ruangan rumah Qhai yang baru dia jejaki beberapa langkah ke dalam.

"Dah kenapa tercegat macamtu?" tegur Qhai pelik.

"What a lovely home," Afyna menoleh dengan wajah terpersona.

"You like it?"

"I love it," Meskipun apartment itu kecil yang hanya boleh diduduki kurang daripada 5 orang ahli keluarga, mempunyai dua bilik tidur dan satu bilik air sahaja dan dapur yang boleh kelihatan dari arah ruang tamu dan juga terdapat meja makan kayu minimalist 4 kerusi cukup merasakan keselesaan dalam rumah ini.

Afyna mengorak langkah menuju ke bingkai-bingkai gambar yang terdapat pada atas kabinet kayu 3 tingkat. Dibelek segala gambar lama semasa Qhai dan Ayana masih kecil.

Ini ke arwah mama dan papa? Dua-dua sama cantik dan sama padan. Memang tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Lelaki itu masih tercegat di tempat dia berdiri tadi sambil tekun memerhatikan gelagat Afyna yang masih terpukau dengan keadaan rumah. Matanya bertukar redup. Suara hati sedang berbicara sesuatu.

Jannahtul Afyna Mardiah; cahaya dalam kegelapan, hening dalam keramaian. Dalam setiap tatapan, dia sedar kebahagiaan bukan terletak pada material, tapi pada cinta suci yang gadis itu persembahkan.

Dia adalah hadiah terindah yang Allah titipkan untuk diri yang hina, sumber inspirasi dan kekuatan, dalam setiap langkah kehidupan.

"Abang, comelnya-..." Afyna mahu berpaling ke Qhai sebelum ayatnya tergantung saat dirinya selamat berada di dakapan lelaki tersebut.

Eh? Tergamam seketika Afyna dalam beberapa saat.

"Sayang, abang nakkan awak seutuhnya, selamanya." Ucapan begitu ringkas namun mendapat satu senyuman nyaman yang lebar daripada Afyna.

"Abang, saya juga bersedia untuk menjadi milik abang selamanya," balas Afyna terbuai dalam pelukan hangat suami soleh.

Seusai solat zohor bersama tadi, entah sejak bila dia ketiduran pun dia tak ingat. Kalau dia ingat kali terakhir dia tertidur di sofa.

Afyna bangun daripada perasaan mamai. Dia mengesat tahi mata dan memandang sekeliling.

"Macam mana aku boleh ada di atas katil?" Siap berselimut paras bahu lagi. Siapa yang mengangkatnya? Jangan cakap dia berjalan dalam tidur pula. Tak pernah ada dalam sejarah dia berjalan dalam tidur.

Bunyi bising dari arah luar menarik perhatian dan aroma masakan berterbangan menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Lantas dia bangkit daripada tidur lalu bergegas ke dapur.

"Abang!!"

Qhai baru sahaja meletakkan kuali yang telah digunakan ke dalam sinki. Cepat sahaja bibir itu mengukirkan senyuman manis.

"Dah bangun? Jom makan,"

"Astagfirullah... Abang, kenapa masak? Ini kan kerja saya," Afyna mencebik kesedihan. Apa jenis isteri dia ni? Baru dua hari bergelar isteri dah tunjuk perangai tak senonoh. Dia bantai tidur manakala suami yang sedang sakit pula menyiapkan hidangan.

"Siapa kata ini kerja isteri?" Qhai menyusun hidangan yang telah berada di atas meja. Ditarik isterinya duduk di salah sebuah kerusi.

Pinggan diambil mahu menuangkan nasi putih ke dalam.

[ C ] [ EDITED VER. ] | One Chance: My most beautiful HeavenWhere stories live. Discover now