𝔜𝔬𝔲 𝔠𝔥𝔞𝔫𝔤𝔢𝔡 𝔪𝔶 𝔩𝔦𝔣𝔢 𝔣𝔯𝔬𝔪 𝔞 𝔡𝔦𝔰𝔱𝔞𝔫𝔠𝔢, 𝔦𝔪𝔞𝔤𝔦𝔫𝔢 𝔴𝔥𝔞𝔱 𝔶𝔬𝔲 𝔠𝔞𝔫 𝔡𝔬 𝔦𝔣 𝔶𝔬𝔲 𝔴𝔢𝔯𝔢 𝔧𝔲𝔰𝔱 𝔞 𝔟𝔦𝔱 𝔠𝔩𝔬𝔰𝔢𝔯
Kalau semalam Afyna mendiamkan diri seketika kali ini Qhai pula yang banyak membisu. Tiada perasaan merajuk namun gadis itu perasan yang suaminya tidak berbual seperti selalu. Hanya menjawab apabila ditanya atau disoal.
"Abang ok?"
Habis solat subuh, Afyna duduk menghadap Qhai tanpa sempat lelaki itu mahu menoleh ke belakang.
"Abang ok. Kenapa tanya macamtu? Muka abang nampak pucat eh?" Sambil mengusik setiap inci wajah dengan riak ingin tahu. Dia fikirkan ada yang tak kena dengan kesihatannya.
"Bukan. Abang macam bukan diri abang yang sebelum ni. Sejak Ukail datang abang macam banyak berdiam diri. Abang, kan saya cakap tak usah ajak Ukail masuk,"
"Tak ada apa-apa lah, Fy. Jom lah kita bersiap. Abang nak bawa awak ke satu tempat," Dia bangkit lalu menuju ke arah almari baju. Pakaian ditukar kepada dengan lebih selesa untuk keluar.
Afyna masih termangu di tempatnya sambil menatap belakang Qhai. Dalam hati mengharapkan tiada permasalahan yang bakal berlaku nanti.
Dia akur lalu bangun dan bersiap. 25 minit memastikan yang dirinya telah siap, dia keluar ke ruang tamu.
"Yeay isteri abang dah siap pakai cantik-cantik. Mesti mereka suka tengok Fy nanti," Koyakan senyuman Qhai terlihat sungguh manis. Dia apa kurangnya? Dengan kurta hitam yang dilipat lengan sampai ke siku. Aum sangat!
Mereka? Qhai mahu tunjukkan dia pada seseorang ke?
Afyna berkerut kepelikan namun tiada persoalan yang terpacul keluar. Mungkin Qhai ada sebuah kejutan untuk ditunjukkan kepadanya.
"By ikut?"
"Tak. Dia dah start busy tu,"
Mereka sama-sama berjalan keluar sambil berpegangan tangan. Masih bersabar si isteri menunggu kejutan yang bakal tiba. Mengharapkan ada sesuatu yang berlaku untuk hubungan mereka kekal erat.
20 minit di atas jalan raya, akhirnya Qhai mengilas perlahan stereng kereta ke susur jalan belah kanan. Kawasan yang sunyi dan mempunyai papan tanda besar di atas kepala.
Membuatkan Afyna meremang habis.
"Kenapa kita pergi ke tanah kubur?"
"Apa salahnya? Kan mengingati mati itu penting," Qhai berseloroh walaupun ianya tidak cukup lawak untuk buat Afyna tergelak.
Dicari terletaknya batu nisan sehingga Qhai berjaya ternampak seperti dua kubur yang mempunyai satu liang lahad.
"Assalamualaikum, mama, papa. Qhai datang ni," ujar Qhai dengan lemah lembut. Dicium batu nisan yang berada di hadapannya.
Afyna terpaku dalam kesebakan yang mencengkam saat itu. Ini rupanya 'seseorang' yang Qhai mahu tunjukkan kepada dirinya.
"Ma, pa... Qhai bawa satu-satunya menantu perempuan mama dan papa. Jannahtul Afyna Mardiah namanya; cantik sangat macam bidadari syurga. Kalau mama tengok mesti mama pun suka," ujar Qhai sambil menarik tangan Afyna supaya duduk di sebelahnya.
YOU ARE READING
[ C ] [ EDITED VER. ] | One Chance: My most beautiful Heaven
Romance[ 1st book ]✨ RE-EDIT TO A BETTER STORYLINE VERSION Qhairul Aqmal x Jannahtul Afyna Mardiah ❤️ "Aku sakit. Apa yang aku boleh beri pada kau sebagai kebahagiaan melainkan air mata kesakitan saat nafas aku terhenti di waktu yang tak terduga?" "Keba...