Bab 2

1.9K 38 0
                                        

SEMUA sudah keluar ke depan. Yang tinggal hanya mereka bertiga. Humaira umpan dengan nescafe. Jadinya, Tuan Rafeq dan Zidan melekat saja di ruang dapur tersebut.

"Kau pandang-pandang isteri aku apa kes?" Tiba-tiba Tuan Rafeq bersuara menegur Zidan.

Dari tadi dia perasan mata Zidan asyik mengerling Humaira. Mereka duduk saling menghadap di meja bar tapi mata Zidan lebih banyak menghala ke arah singki sana, tempat Humaira sedang berdiri membersihkan sudu dan cawan.

Mendengar teguran Tuan Rafeq, pergerakan Humaira terhenti dan dia pantas berpaling.

Zidan pula tegak badan, terkejut bila tiba-tiba disergah begitu. Waktu itu, dia memang tengah terleka memandang Humaira. Lembutnya tingkah Humaira buat dia terpesona.

Momen Humaira mencium tangan ibunya atau mummy dia dan memohon maaf untuk silap yang tak dilakukannya, sangat menyentuh hingga ke dasar hati.

Sudahnya, dia jadi pemuja Humaira dalam diam.

"Pandang jer pun. Lainlah kalau aku cuit." Cuba menutup silap sendiri, itu yang Zidan balas. Muka selamba ditayang. Saki baki nescafe di dalam cawan dihirup rakus.

"Sebab kau pandang tu aku tegur. Kalau kau cuit, aku potong terus tangan kau." Tuan Rafeq berdiri dan melangkah ke arah isteri. Jemari Humaira yang sedang berdiri kaku di tepi singki ditarik dan disulam kemas.

Tak cukup dengan itu, dia tarik Humaira berdiri di belakangnya, agar terlindung dek pandangan mata Zidan.

"Cemburu kau ni, teruk sangat. Macam tak boleh dibawa berbincang." Zidan geleng kepala. Tak sangka sungguh yang si sepupunya akan bertingkah begitu. Macamlah matanya boleh menelanjangkan Humaira.

"Isteri, haruslah cemburu." Balas Tuan Rafeq tegas.

Sambil itu, dia bawa kedua-dua tangan Humaira dilekatkan ke pinggangnya. Nampak macam Humaira memeluknya dari belakang.

Humaira yang terpaksa mengikut apa yang dilakukan sang suami sudah juling mata ke atas. Segan pula dengan Zidan.

"Macam kau sorang atas dunia ni ada isteri." Zidan mencebik.

"Orang lain aku tak mahu ambil tahu. Isteri aku, orang lain tak boleh usik." Kali ini, dia tarik Humaira ke sisinya dan dipeluk erat. Gaya macam Humaira tu anak patung yang boleh diheret dan dipeluk sesuka hati.

Tak peduli wajah Humaira yang sudah memerah menahan malu dipeluk begitu di depan Zidan.

"Isteri kau tu, adik aku. Kau jangan lupa tu."

"Nama jer adik. Tapi sah nikah, kan?"

Zidan terdiam. Memang dia dan Humaira sah nikah. Itu pun kalau Humaira masih belum menjadi isteri orang.

Tapi masalahnya sekarang, Humaira tu dah jadi isteri sepupunya. Mana boleh dirampas.

"Kalau nak tengok pun tak boleh, simpan je la dalam almari. Nak guna baru bawa keluar. Melampau!" Bangkit berdiri, Zidan berpusing untuk keluar ke depan.

"Kalau boleh, memang aku nak simpan. Bukan saja dalam almari, kalau muat, aku nak bungkus masuk dalam poket. Boleh bawa ke mana saja aku pergi."

Zidan tayang muka menyampah. Langkah diatur pergi meninggalkan pasangan dua sejoli. Serius, dia cemburu. Kenapa Humaira tu Tuhan tak tulis sebagai jodoh dia?

"Jom! Sayang." Tuan Rafeq tarik tangan isteri mengikut langkahnya.

"Abanggg..." Lembut dan meleret suara Humaira memanggil sambil menarik tangan Tuan Rafeq agar menghentikan langkah apabila bayang Zidan hilang dari pandangan matanya.

"Kenapa?" Tuan Rafeq angkat kening.

"Nak ke mana?" soal Humaira.

"Naik Bilik!" Tegas jawapan Tuan Rafeq berikan.

"Lainkali, kalau Zidan datang, duduk jer dalam bilik. Jangan keluar." Bibirnya mengomel perlahan, memberi arahan pada Humaira.

Tak kisah kalau nak cop dia cemburu tahap giga sekalipun. Memang dia cemburu. Lebih-lebih lagi bila sekarang ni dia tahu, Humaira dan Zidan itu ada pertalian yang mungkin boleh menjadikan mereka lebih rapat.

Janganlah sejarah hidup keluarga Humaira berulang pada dirinya. Tak sanggup dia nak fikir kalau Humaira meninggalkan dia untuk bersama lelaki lain.

Walau hidupnya tak susah seperti kisah hidup ayah Humaira, dia yakin dia juga akan hidup menderita nanti.

Teruk juga penangan cinta dia pada Humaira yang bermula dari nasi goreng bodoh.

BERIKAN KESEMPATAN 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang