♡3♡
*****WAKTU waktu begini biasanya dia tidak pernah melekat di rumah jika sekala. Syed dia memang suka turun ke sungai tekoh tekoh air sedang pasang di Waktu begini. Bermain air bukanlah suatu yang ganjil bagi dirinya sementelah pula dia semenjak dahulu lagi memang membesar di sini. Dengan membawa sebidang jala dia sambil berperahu perlahan lahan meredah di birai tebing anak Sungai Malayu menuju ke Muka Muara. Dia kebetulan hanya turun berseorangan di pagi ini. Hajatnya dia ingin mendapatkan seekor Mama. Itu pun jika nasib menyebelahinya kali ini. Apa apa pun rezeki milik Tuhan belaka. Getusnya di dalam hati sambil seketika. Dia sudah tak sudah bila Matahari menggalah barulah dia balik. Syed sambil berjalan kelihatan terdapat beberapa ekor Ikan ada dijinjing di Tangannya sambil dibawa pulang ke rumah. Mama atau Ikan Terubok Busu memang sedap kalau dimasak Masakan Pedas atau pun Masak Lemak Gulai Kuning. Jikalau digoreng pun sedap juga. Cadangnya di tengahari nanti dia hendak membawanya sedikit ke Pasar untuk ditolak kepada mana mana Peraih jika ada sesiapa yang hendak membelinya. Bolehlah dia buat berbelanja untuk membeli barang sedikit. Yang selebihnya pula dia ingin memberi kepada Ibunya untuk dimasak masakan tengahari sebentar nanti.
Di dalam keriuhan itu dia cuba mencari beberapa orang yang dikenalinya untuk bertanya. Mana tahu kalau kalau ada yang boleh membantu. Kelihatan beberapa ekor Mama ada dijinjing di Tangannya sambil diikat dengan Dawai. Tiba di sebuah Gerai Peraih ada berdekatan di situ Syed pun lalu bertanya kepada seorang Lelaki Tua berambut botak dengan berkata kepadanya."Man! Mama...murah murah?"
"Kalau engkau nak...Aku kasi sama engkau!"Man kawannya seketika lalu memandang kepadanya sambil memerhatikan Ikan ada di Tangannya.
"Oo...Mama Busu! Mahal juga tu!"
"Berapa...Engkau nak tolak?"Tanya Man kembali kepada Syed sambil sedikit kagum pula melihat gayanya. Syed dia tidak terus berkata apa apa tetapi dia lalu menghampiri kepada Man kawannya itu sambil berkata.
"Ahh! Berapa berapa lahh!"
"Alah! Engkau letak aje...padan padan patut! Aku sama engkau...Apalah sangat!"Jawabnya sambil di dalam Tengkuk sahaja. Dia lagi pun untuk memudahkan ceritanya sahaja. Man seketika dia cuba meneliti Ikan Ikan yang dijinjing Syed sambil ada di Tangannya. Sebentar Man pun lalu berkata.
"Kalau Aku ambek semua sekali...Macamana?"
Tanya Man seraya berkata. Syed tersenyum seketika dia bila mendengar Man berkata begitu. Dia pun lalu berkata kembali kepada Man pula dengan bertanya.
"Boleh juga! Apa tidaknya pulak?"
Balasnya pula seakan bersetuju. Man pun lalu bertanya kepada Syed.
"Kalau Aku letak RM12-00...Engkau terima tak?"
Tanya Man sambil sedikit menduga pula bunyi gayanya.
"Apa...Satu Kilo?"
Tanya pula Syed sambil meminta kepastian.
"Haa! Boleh..?"
Jawab Man seraya bertanya. Syed dia merasa sedikit senang hati bila Man berkata begitu. Tidak disangkanya pula hari ini mudah Rezeki untuknya.
"Kalau begitu...Aku setuju aje!"
"Engkau hendak...Betul?"Jawab Syed dengan bertanya semula kepada Man sambil meminta kepastian daripada kawannya itu sekali lagi.
"Eh! Apa...tidak pulaknya?"
"Ish! Mesti!"Syed sejurus tiba di rumah jam sudah menunjukkan hampir ke pukul 12.30 tengahari di Waktu ini. Dia sejurus masuk ke rumah terus menuju ke dapur. Diintai Ibunya jika kalau kalau ada di situ. Tiada berkelihatan pula. Dia lalu berjalan ke ruang tamu sambil memerhatikan di situ. Pun tidak juga berkelihatan Ibunya ada di situ. Syed dia duduk seketika di atas Sofa sambil berfikir. Seketika kedengaran suara orang sedang berbual sambil ada di luar sana. Syed dia lekas lekas meluru ke arah muka jendela untuk memerhatikan mereka. Dia dapati Ibunya kelihatan begitu ralik sedang berbual dengan Mak Cik Sarah sambil duduk di atas Bangku ada di luar sana. Syed tertelan liurnya seketika sambil melihat. Mahu tidak mahu terpaksalah dia duduk menunggu buat seketika di situ.
Sambil duduk duduk berehat di Beranda Syed bersandar seketika dia di belebah dinding rumahnya. Ternyata dia begitu berbaloi pula dengan masakan Ibunya di tengahari ini. Tambah pula Kuah Gulai Lemak Rempah Kuning memang kesukaannya sejak dulu lagi. Sejurus kedengaran bunyi jam di dinding sudah menunjukkan telah masuk ke Waktu 2.00p.m di ketika ini. Syed dia ada satu temujanji dengan seseorang pada tepat jam 3.00p.m nanti. Lalu dia bergerak sambil beransur ansur. Setelah mencapai Tuala Mandi dia pun terus berjalan menuju ke bilik mandi. Selesai saja mencuci Badan dia pun bersiap untuk keluar. Syed dia mengenakan sehelai Baju-t serta dipadankan pula dengan sehelai seluar Jeans Biru pada petang ini. Selepas memanaskan enjin kenderaan seketika dia pun terus berlalu pergi. Tidak lama kemudian dia kelihatan sudah berada di tengah tengah kesesakan lalulintas sambil ada di atas jalanraya. Tiba di satu Simpang Empat Syed dia membelok kenderaan yang dipandunya menghala ke kiri jalan sambil menyusul ke arah Jalan Mat Sara. Tiba di hadapan sebuah bangunan lama dia memberhentikan kenderaannya di situ. Syed seketika dia berjalan sambil melintas jalan. Dia kelihatan sedikit berhati hati ketika melintas. Banyak kenderaan sambil berpusu pusu tak ubah seperti sedang berlumba lumba ada di atas jalanraya di ketika ini. Syed dia memastikan keadaan betul betul selamat ketika dia sedang melintas. Dengan laras tubuhnya yang sedap kelih itu Syed dia kelihatan tak ubah seperti seorang Pegawai Petugas Keselamatan pula di waktu ini. Tiba di hadapan Maria Cafe House dia lalu mengangkat seraya melambaikan tangannya kepada seorang kawan yang sedang berdiri ada di situ."Hai! Dah lama menunggu?"
"Sorry...kalau Aku lambat!"Tegurnya. Syed Fauzi yang dipanggilnya Zie saja itu menggelengkan Kepalanya.
"Kenapa tak tunggu di dalam?"
"Aku datang apa?"Katanya lagi sambil merasa bersalah pula dia.
"Alah! Bukannya lama pun!"
"Ha! Jomlah!"Ajak Fauzi kepada Syed. Mereka berdua sebentar kelihatan sama sama duduk di sebuah meja makan kebetulan ada masih kosong lagi di situ.
YOU ARE READING
A YOUNG BOY
Fantasy@Qalby.com @HasanatulQalby.com prevent.com @prevention2008.com mokhtarabdullah@69gmail.com @idsideal.com @metoo.com @same2u.com SAME2U.COM #Flying My Mind Over A Vision. Belinda Mc Sew, gadis yang penuh ketertiban. Dalam lembut dia pula seak...