Chapter 5

296 18 5
                                    

Kringg!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah pun tiba.Ramai pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam cafeteria.

"Wei,korang cari tempat dulu.Biar aku yang belikan makanan"kata Ayana

"Ok"kata Aireena dan terus mencari meja yang kosong bersama Ellyana.

Semasa Ayana beratur,tiba-tiba dia terasa seperti rambutnya ditarik.Dia mengerang kesakitan.Si pelaku hanya tersenyum sinis.

"Hei perempuan.Berani kau malukan aku dengan geng aku kat kelas tadi eh.Hah,rasakan"kata Tania sambil menarik rambut Ayana dengan kuat.Kawan-kawannya,Maila dan Fina,hanya memandang dengan perasaan puas hati kerana mereka juga marah dengan kejadian tadi.

Ayana tidak mahu mengaku kalah,dia terus menarik kuat rambut berkarat Tania.

"Arghh"suara gedik Tania menjerit boleh didengari di seluruh cafeteria

"Tak guna kau,geng,belasah dia"kata Tania

Maila dan Fina berjalan ke arah Ayana yang nampak tenang sahaja

Maila mula cuba untuk menumbuk Ayana tetapi Ayana lebih tangkas,dia menyepak kaki Maila dan

Buk!

Maila terjatuh seperti nangka busuk.Fina dan Tania geram.Mereka berdua terus menyerang Ayana serentak.Tapi,sebelum sempat mereka menyerang,tiba tiba..

Mafia Love StoryWhere stories live. Discover now