"Apa yang kamu buat ni."tegur Cikgu Airil
"Kamu berdua ikut saya sekarang."tegas Cikgu Airil,guru disiplin sekolah mereka.Nada suara dan riak mukanya jelas menunjukkan bahawa dia sedang menahan marah.
"Hakim kamu pun ikut sekali."suara Cikgu Airil menyentakkan Hakim.
'Asal aku pon kene sekali ni.'gumam Hakim perlahan
Bilik Disiplin
Cikgu Airil merenung tajam ke arah Ayana yang kelihatan selamba dan Tania yang menundukkan kepala.Acah je tu!
Cikgu Airil mengeluh perlahan. "Hakim,it's up to you."Hakim hanya menganggukkan kepala.
Hakim berfikir sejenak lalu tersenyum jahat sambil memandang ke arah Ayana.
"Dua-dua lari 10 pusingan padang."arahan itu terus membuatkan Tania mengangkat muka manakala Ayana masih mengekalkan muka selamba.
Ayana terus melangkah ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.Yelah,takkan nak lari pakai skirt pulak!
Padang
"Lari laju lagi.Cepat!!."jerit Hakim.
Ayana memberhentikan lariannya. "Fuh,habis."
"Pergi larilah."
Ayana menjungkitkan keningnya dan membuat muka seposen. "Aku dah habis larilah.Kau nak apa lagi."
Ayana melihat ke arah Tania yang masih berlari.Baru 3? Seriously?!!Habis satu jam yang lepas dia buat apa.Berjalan?Mengensot?
"Jomlah balik kelas.Tunggu minah ni sampai esok pon tak habis."Hakim melangkah meninggalkan padang dan menuju ke kelas.Ayana mengekori dari belakang.
Baru sahaja mereka mahu mengetuk pintu kelas,pengumuman berbunyi.
Ambil perhatian.Semua pelajar tingkatan 5 sila pergi ke dewan dengan kadar segera.
Kelas 5 Gold 1 bersorak riang kerana mereka tidak perlu belajar Sejarah yang masih lagi berbaki 1 jam lagi.Bosan!
Mereka berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke dewan tanpa mengucapkan terima kasih.
Cikgu Amira tercengang. "Diaorang pergi macam tu je."dia mendongkol geram.
Dewan
Knight dan The Devil sudah berada di atas pentas di dalam dewan untuk membantu guru-guru mengawal pelajar.
Cikgu Airil mengambil microfone dan mengujinya.
"Asalamualaikum dan selamat sejahtera semua.Tujuan saya memanggil kamu ke mari adalah untuk memberitahu kamu semua tentang perkemahan yang akan diadakan tidak lama lagi.Kita akan-"belum sempat beliau menghabiskan kata-katanya,dewan telah bising dengan bisikan dan rungutan pelajar serta sorakan beberapa pelajar.
"Senyaplah!Cikgu tengah cakapkan.Tak reti nak hormat ke?!."jerkah Aireena.Dewan kembali sunyi.
"Ehem!Baiklah sambung.Di mana kita tadi?Oh ya.Kita akan berkhemah selama 3 hari 2 malam."
Seorang pelajar lelaki dari kelas 5 Silver 2,Rafi mengangkat tangan.
"Cikgu kita akan berkhemah di mana."tanya Rafi.Cikgu Airil tersenyum.
"Rahsia."
"Alaaa."
"Ok semua pelajar boleh masuk ke kelas sekarang."dengar sahaja arahan itu,mereka semua terus berjalan ke kelas masing masing termasuk Knight dan The Devil.
Balik
Knight dan The Devil berjalan beriringan menuju ke kereta masing-masing.
"Petang ni hang out jom.Pukul 3.00 Kita cari barang kem."ahli Knight yang lain mengangguk setuju.
Mata Ellyana dan Aireena sudah bercahaya.
"Alaa..malaslah."kata Ayana.
Terus muram wajah Ellyana dan Aireena sebaik sahaja Ayana berkata begitu.
"Alaa,bolehlah Ayana.Bolehlah."pujuk Ellyana.Dia membuat muka comel sambil mata dikerdip kerdipkan.
"Haish!Yalah.Aku chaw dulu."seusai berkata begitu,dia terus memecut laju Ninja Kawasaki hitam miliknya diikuti Knight dan The Devil yang lain.
YOU ARE READING
Mafia Love Story
ActionThe Devil Dianggotai oleh 3 orang gadis yang cantik tetapi ganas.Gadis yang penuh dengan rahsia dan misteri.Anak kepada jutawan terkaya di Malaysia.Mereka juga ialah pemegang rekod disiplin yang terbaik di Malaysia.Mereka telah menubuhkan sebuah kum...