Chapter 8

268 17 0
                                    

Bunyi deringan telefon membangkitkan dia daripada lenanya.Dia mencapai telefonnya.

Aireena is calling..

"Hello,nak apa?"tanya Ayana mamai

"Hello Ayana,mana kau.Kata nak hang out"kata Aireena geram

Ayana melihat jam,terbuntang matanya apabila melihat jam telah menunjukkan pukul 2:50 p.m.

"10 minit lagi aku sampai"kata Ayana.Dia mematikan telefon dan terus berlari ke bilik air

Aireena pov

"Eii budak ni,suka hati je matikan telefon.Aku tak sempat kata apa-apa pun"bebelku perlahan

"Ayana cakap apa"tanya Ellyana

"10 minit lagi dia sampai"jawabku

End pov

Tidak berapa lama kemudian,kerusi di sebelah Ellyana ditarik.Ayana duduk di sebelah Ellyana

"Awal kau sampai"sindir Ellyana

Ayana hanya memekakkan telinga dan membuat muka tak bersalah.Ellyana mengetap gigi menahan geram

'Budak ni karang.Nasib kawan kalau tak memang aku dah ketuk kepala kau guna cawan'kata Ellyana dalam hati

"Aku tahu kau kutuk aku Ellyana"kata Ayana lalu memandang Ellyana

Ellyana hanya tersengih

"Dah lah,jom jalan-jalan"Aireena bangun daripada kerusi sambil memgang air Starbucksnya

Ayana dan Ellyana juga begitu.Mereka berjalan di sekeliling Midvalley.Ada kalanya mereka masuk ke dalam kedai

Tiba-tiba..

Buk!

Ayana terlanggar seorang lelaki sehingga menyebabkan air ditangannya terkena baju lelaki itu.Ayana jatuh terduduk.Begitu juga lelaki itu.Bajunya juga basah apabila air didalam genggaman lelaki itu terkena bajunya.

Ayana merengus geram.Sebaik sahaja lelaki itu mengangkat muka,Ayana tergamam

Mafia Love StoryWhere stories live. Discover now