MAKHAMAH RENDAH SYARIAH, KOTA KINABALU 2006.
Tidak pernah sekalipun sepanjang hidup ku terfikir untuk berada disini. Di hadapan Hakim bersama dengan orang yang suatu ketika dulu pernah bersumpah setia untuk sehidup semati dengan ku untuk menyaksikan lafaz cerai.
Perkataan CERAI umpama satu igauan ngeri, mimpi buruk bagi setiap wanita yang sudah berkhawin. Begitu juga dengan aku…pada mulanya. Tetapi aku yang sedang duduk dihadapan Hakim hari ini, tidak lagi berfikiran seperti itu.
Aku yang sekarang, sudah tidak sabar lagi untuk menunggu dia untuk melafazkan perkataan keramat itu. Aku tahu, bercerai itu adalah sesuatu yang dibenci olehNya biarpun dibolehkan, tetapi hanya itu sajalah pilihan yang aku ada.
“Keisha Mea Abdullah, sudahkah kamu mempertimbangkan sehabis-habisnya keputusan kamu untuk menuntut fasakh daripada suami kamu, Haflee Zain?”
“Sudah tuan,”
“Alasan kamu untuk menuntut fasakh?”
“Kami sudah tidak ada persefahaman tuan,”“Keisha Mea, persefahaman itu boleh diwujudkan. Persefahaman itu terhasil daripada perbincangan kamu suami isteri. Mahukah kamu berdua menyelamatkan perkhawinan ini dengan menghadiri kaunseling?”
“Tidak tuan! Saya sudah tidak mahu lagi meneruskan perkhawinan ini. Cukuplah sampai disini saya terseksa. Saya tidak sanggup lagi menanggung derita,”
“Encik Haflee, bagaimana dengan kamu?”
“Saya juga tidak mahu lagi meneruskan perkhawinan ini tuan,”
“Baiklah. Jadi sudahkah kamu berdua berbincang tentang hak penjagaan anak kamu?”
“Sudah tuan. Saya akan menjaga anak kami”“Mampukah kamu memberikan didikan agama kepada anak kamu nanti, memandangkan status kamu yang mualaf?”
“Saya akan cuba sehabis baik tuan. Kalau saya tidak dapat mengajar dia, saya akan hantar dia ke sekolah agama untuk belajar,”“Baiklah…Jika kamu berdua sudah sepakat, maka dengan ini saya mengesahkan kamu berdua bercerai Talak Satu. Surat cerai kamu boleh dapatkan sebulan daripada tarikh hari ini,”
“Terima kasih tuan,”Dan bermula dari hari itu, aku secara rasminya memegang gelaran Janda Muda. Gelaran yang paling digeruni oleh golongan wanita, tetapi bagi aku gelaran itu bererti kebebasan. Freedom! Kebebasan dari diperlakukan seperti hamba.
***
“Bagilah saya balik ke Sabah melawat keluarga saya bang. Saya rindu betul dengan diorang bah. Sudah 2 tahun saya tidak nampak wajah diorang. Setiap malam saya bermimpikan diorang,”
“Sudah banyak kali abang cakap, tunggulah ada duit baru ko balik. Ko tidak faham-faham lagi ka ini?!! Balik-balik cakap benda yang sama. Bosan saya dengar kau tau kah?!!! Sudah, pergi masak..aku lapar. Lepas ini aku mau keluar main bola dengan kawan-kawan. Ada pertandingan!!” begitulah perbualan kami selalu berakhir.
Aku berlalu masuk ke dapur dengan linangan air mata yang ku sembunyikan. Sejak berkhawin dengan dia dua tahun lepas, belum pernah sekalipun aku menjejakkan kaki ke kampung untuk melawat ibu bapaku.
Mungkin inilah balasan bagi perbuatanku. Aku tau, aku telah melukakan hati kedua ibu bapaku dengan berkhawin tanpa izin mereka. Bapa adalah seorang yang berjawatan tinggi dalam gereja.
Rata-rata ahli keluargka kami memegang jawatan dalam gereja dan bapa pernah berpesan yang sekiranya aku menganut agama lain, dia sendiri akan menembak aku dengan senapang dia.
Kata-kata itulah yang menakutkan aku, sehingga aku berkeputusan untuk khawin di kampung suami tanpa izin mereka.
Aku tahu memang besar dosaku terhadap mereka dan ingin saja aku sujud dikaki mereka untuk memohon keampunan dan berharap agar mereka sudi menerima aku kembali, tetapi harapan hanyalah tinggal harapan.

YOU ARE READING
Devil In Disguises (SLOW UPDATE)
RomanceBASED ON TRUE STORY. What happened when the man you once love turned into a psycopath crazy abusive husband who tortured you day and night?