4>> WOMANIZER

582 83 15
                                    

“Don’t worry about that okey. I’m single and available. So, is it a yes?”
Dia berkata lagi sambil masih berdiri di kaunter tanpa mempedulikan orang yang lalu lalang.
“Okey! Okey! Tapi restorant next door saja ah!”
Aku berkata supaya dia cepat-cepat beredar dari kaunter. Tetapi dalam hati aku tidak berniat untuk menunaikannya.

Dia tersenyum lebar menampakkan lesung pipit dia dan berlalu naik perlahan-lahan. Sempat ku perhatikan kaki dia yang tegap berurat dan juga punggung dia nampak begitu menonjol. Oh..wow! What an arse!

“Sudah-sudah la tengok punggung orang tu! Takut nanti ko sendiri yang pergi ketuk pintu bilik dia."

Aku dikejutkan oleh suara Nicole, Lena,Vivian serta Lily. Kawan baik yang ku kenali ketika menghadiri sambutan hari jadi seorang kawan.

Nicole merupakan anak bongsu yang mewarisi sejumlah wang tunai dari mendiang mama dia, disebabkan itu dia tidak berminat untuk bekerja. Planning dia untuk berniaga sendiri tetapi belum ada satu pun planning dia yang menjadi.

Lena pula ada bisnes printing kecil-kecilan yang dia kongsi bersama kawan dia beberapa tahun lepas. Vivian ada kedai kecantikan sendiri dan sudah berkhawin serta mempunyai dua orang anak sementara Lily pula bekerja sebagai Beautician.

Kesemua mereka berdarah Cina dan hanya aku seorang saja yang native. Mereka memang memiliki kecantikan yang mampu menambat hati mana-mana jejaka yang melihat.

Persahabatan kami bertambah erat kerana mempunyai hobi yang sama iaitu bermain bowling, hiking serta menonton wayang.

Pada mulanya, kami hanya berjumpa ketika main bowling atau hiking serta menonton wayang tetapi lama-kelamaan hubungan kami semua menjadi lebih rapat seperti adik beradik sehinggakan apa-apa masalah pun kami kongsi bersama.

Selain Avilla, merekalah yang selalu memberi kata-kata semangat bila aku sedang bersedih memikirkan Ira. Mereka dengan setia mendengar setiap rintihan dan kesedihan ku.

“Oiii! Handsome betul ka itu kusai sampai ko nda terkata apa-apa sudah?”
Lena menepuk bahu ku lembut membuatkan lamunan ku terhenti. Aku cuma tertawa renyah mendengar usikan mereka.

“Tiadalah! Macam guest yang lain saja, tapi yang funnynya satu malam main telefon bilik baru itu alasan dia sangat nda munasabah.”
“Nahh! Dia suka ko itu?? Apalah alasan dia??”
“Dia cakap, barangkali dia tertekan. Macamlah telefon yang melekat sana dinding itu boleh terbang.”

Berderai ketawa diorang semua mendengar kata-kata ku sebentar tadi. Vivian mencuit pinggangku sambil berkata dengan nada berseloroh.

“Confirm love at first sight! Dia sengaja mau tarik perhatian ko tu!”
“Ishh! Adakah begitu. Bah! Kenapa kamurang datang ramai-ramai ini?”
Aku sengaja menukar topik perbualan sebab kalau tidak pasti usikan mereka akan meleret-leret lagi.

“Oh my god!! Ko lupa ka ini??”
“Lupa apa Lil??
“Kan hari ini kita sudah janji pergi makan! Cousin Vivian belanja kita makan seafood sana Suang Tian!”
“My God! Saya lupa oh! Tapi jam 7 bah kan? Awal juga kamurang ni,”
“Kami singgah remind ko saja. Kami mau shopping dress sana Wisma Merdeka dulu. Mau pakai nanti birthday Nicole.”
“I see..bah, shoping la kamurang. Saya kerja dulu.
“Alright! See you at 7. Nanti kami ambil ko”
Nicole bersuara sambil mengekori Vivian keluar dari hotel. Saya menghantar mereka dengan lambaian tangan.

Rasa sangat bersyukur ada kawan-kawan yang mengambil berat seperti mereka. Meskipun kami semua dari different background dan life style tetapi mereka melayan saya sangat baik.

Sedang saya sibuk-sibuk key in customer record dalam komputer aku terdengar bunyi bising dari pintu masuk, tapi tidak ku endahkan. Aku sudah masak dengan pelbagai karenah manusia yang datang menginap di hotel ini.

Devil In Disguises (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now