Tepat jam 6 pagi aku berkemas untuk balik memandangkan Christine, kawan sekerja ku untuk morning shift sudah terpacak di kaunter. Selesai saja hand over duit serta guest report aku mengangkat timbunan buku ku dari kelas semalam. Baru saja aku mula melangkah menuruni tangga kaunter kedengaran tapak kaki berlari anak dari arah belakang.
“Morning girl! How’s your mascara?”
Suara sumbang milik guest lelaki bermata biru semalam. Aku tidak menjawab sebab hati aku masih bengkak dengan kejadian dia main telefon. Lagipun, aku Sudah terbiasa dengan pelbagai ragam guest lelaki di hotel ini membuatkan aku sudah lali dengan usikan-usikan nakal mereka.Aku teruskan melangkah tanpa menjawab pun soalan dia.
Hey! Lets have a breakfast together,”
Dia yang mengekori ku menyambung kata-kata dia tanpa memperdulikan aku yang membisu seribu bahasa.“No,thanks!”
“Aku menjawab pendek sambil menoleh ke arah dia yang berbaju T hitam dengan gambar Eminem serta berseluar Denim pendek paras lutut namun masih memakai mask dan berhoodie.
“Oh wow! You look like shit!”
Dia menegur sambil menekup mulut dia ketawa. Macam mau saja ku sumbat mulut dia dengan tuala. Orang kerja night shift apa dia expect? Macam beauty queen??
“Look, saya bukan macam ko tidur sepanjang malam. Saya langsung nda dapat tidur sebab ada orang gila terlepas asyik main telefon semalam!!”
Aku merengus kasar sambil membuka pintu hotel dan keluar. Dia mengekori dari belakang sambil masih menekup mulut dia.
Macam mau saja ku tampar mulut dia supaya dia berhenti ketawa. Entah apa yang lucu betul dia nampak. Does my nose turn up side down or I lost one of my eyes?
“Sorry about that but it’s not my fault right? How about lunch?”
Dia masih tidak berputus asa terus mengekoriku dari belakang. Aku berhenti sekejap lalu berpusing cepat sehingga dia hampir terlanggarku.
“Nope,”
“May I know why?”
“What do you mean why?? I don’t know you so why should I follow you??”
“Come on! Don’t tell me no male guest ever ask you out before,”
Dia tersenyum sinis dengan expression “ko kerja di hotel, mesti ko selalu keluar dengan guest lelaki”.“Look Mister! Just because I work at the hotel doesn’t mean I go out with every male guest that stay there! I am just trying to make end meet here!"
Saya menjawab kasar dan terus berjalan laju meninggalkan lelaki itu termangu-mangu di belakang ku.
Beginilah mentality sesetengah orang. Mentang-mentanglah kita ini kerja di hotel difikirnya kita ini tidur dengan semua guest lelaki yang menginap di sana.Aku sampai di rumah sewa dengan disambut bau masakan yang wangi lagi sedap. Beg sandang serta buku-buku aku letakkan di atas meja lalu menuju ke ruang dapur.
Avilla sedang masak udang masak merah. Tanpa menunggu lama, aku mengaut nasi lalu menyenduk udang masak merah yang masih berasap-asap. Sedap hingga menjilat jari. Avilla memang pandai memasak, tidak seperti aku.
“Buli buka restorant sudah ko ni tau,”
“Kaut saja lagi kalau mau menambah, nda payah la memuji-muji lagi”
Avilla menjawab dengan senyuman separuh sinis seperti biasa. Mulut dia ni memang berbisa sebab dia suka cakap lepas, tapi hati dia baik. Sangat baik.Selesai makan dan mandi serta membasuh pakaian, aku berehat di bilik sementara menunggu petang di mana kelas aku pada hari ini bermula. Ingatan ku melayang kepada Ira. Wajah dia menangis kuat kerana ingin mengikut ku menari-nari di ruang mata.
“Mommy, I want to go with you!”
“Don’t leave me alone here!”
“I want to stay with you!”
“I need you!”
Antara bait-bait kata yang dituturkan oleh Ira setiap kali aku berangkat balik kerja semula di KK ini. Baris-baris kata yang biarpun pendek tetapi mempunyai kuasa setajam pisau belati yang menyiat-nyiat hati ku.

YOU ARE READING
Devil In Disguises (SLOW UPDATE)
Roman d'amourBASED ON TRUE STORY. What happened when the man you once love turned into a psycopath crazy abusive husband who tortured you day and night?