“Tidak Pa, saya sama anak saya saja ini”
“Bah! Ko tunggu sana. Ini malam juga kami cari charter pigi ambil kau,”
“Bisuk-bisuk pun buli bah itu Pa. Janganlah terlalu rush. Saya jalan-jalan dulu sini KK,”
“Bah..nanti tengok macam mana,”Aku mengakhiri panggilan dengan linangan air mata. Sungguh aku tidak menyangka yang Bapa bukan saja tidak memarahi aku, malah kedengaran sangat risau.
Masih seperti dulu. Adakah mereka sudah memaafkan aku? Adakah mereka boleh menerima Ira? Aku tertidur memeluk Ira dengan fikiran yang berserabut.
Keesokannya, lebih jam 10.30 pagi Bapa, abang serta mama sudah terpacak dibawah Hotel Budget tempat kami menginap. Aku melangkah mendekati mereka dengan ragu-ragu.
Penuh ketakutan, tetapi mama meluru cepat ke arah lalu terus memeluk ku erat sambil menangis. Begitu juga dengan bapa dan abangku. Kami berpeluk-pelukan sambil menangis kerana saling merindui satu sama lain.
Mereka langsung tidak mengungkit tentang kesalahan yang pernah aku buat. Mereka malah memarahi aku kerana tidak balik menemui mereka lebih awal sehingga membawa Ira tinggal ditempat yang tidak sepatutnya.
Hari itu juga, mereka membawa aku dan Ira balik kampung menggunakan kereta yang abang scharter dengan tambang sebanyak RM600. Air mata ku mengalir tidak berhenti kerana sangat terharu.
Mati-mati aku ingatkan yang ahli keluarga ku betul-betul akan membuang aku sekiranya aku menukar agama. Ternyata sangkaan ku meleset. Mereka langsung tidak bertanya sedikit pun tentang keputusan ku menukar agama.
Apa yang mereka kesalkan cuma kenapa aku tidak menghubungi mereka lebih awal.
Sesampainya kami di kampung, Bapa terus ke tanah dan menangkap seekor ayam jantan lalu memanggil guru Muslim yang tinggal di kuarter guru untuk menyembelihnya.
“Ini ayam ko masak la supaya kamu dua beranak dapat makan. Ko cuci pakai tanah saja itu periuk dan mangkuk. Saya keluar sama mama ko keluar sekejap,” Bapa bersuara setelah keluar dari dapur. Aku hanya mengangguk terharu.
Betul-betul sangat terharu. Dalam sangkaan ku, mereka pasti akan memujuk ku balik ke agama asal. Tapi sekali lagi aku salah. Mereka bah kan cuba menjaga agama yang ku anuti. Maafkan aku Bapa,Mama,Abang!
Lebih kurang satu jam kemudian, Bapa kembali dengan membawa banyak peralatan dapur. Beberapa set periuk, kuali, piring,sudu, gelas dan keperluan lain untuk aku dan Ira.
Masa itu juga, mereka set up sebuah dapur kecil untuk aku. Sekali lagi aku tersentuh dan rasa sangat berdosa. Sudah seminggu lebih aku di kampung, dalam seminggu itu jugalah Haflee tidak berhenti menelefon menyuruh balik ke Sarawak tetapi hati ku sudah tawar.
Aku bagi dia dua pilihan iaitu datang ke Sabah dan cari kerja di sini atau kami berpisah saja. Dia tidak memberi jawapan tetapi tetap juga mendesak ku untuk balik, namun aku sudah nekad.
Dalam seminggu lebih aku kembali ke kampung bersama Ira, saudara mara tidak putus-putus berkunjung ke rumah. Ada yang memberi kata-kata semangat dan tidak kurang juga yang mencemuh depan-depan dengan status aku di mata mereka.
Anak gadis yang keluar belajar di bandar tetapi khawin lari dengan lelaki berbangsa lain dan kembali ke kampung mengusung anak, bukan ijazah! Ya..itulah status yang aku galas sekarang. Status yang menjadi buah mulut saudara mara dan orang kampung.
Tidak kurang juga saudara mara yang datang ke rumah dan menasihati ku untuk keluar dari agama Islam dan kembali kepada agama asal. Dalam fikiran mereka aku memeluk agama Islam hanya kerana aku berkhawin dengan Haflee, tetapi mereka salah dan aku hanya mendiamkan diri setiap kali isu agama menjadi tajuk perbualan.
YOU ARE READING
Devil In Disguises (SLOW UPDATE)
RomanceBASED ON TRUE STORY. What happened when the man you once love turned into a psycopath crazy abusive husband who tortured you day and night?