Bab 1

1.4K 40 6
                                    

Bab 1

Salim Bach segera masuk ke kedai kopi Universiti Manchester tempat belajarnya. Dia ke kaunter dan segera memesan kopi kegemarannya Latte. Dia cuba menenangkan dirinya dan berkelakuan seperti biasa. Ini kerana dia tahu sedang diekori oleh seorang tua sejak 2 minggu lagi. Seorang lelaki asia pada hematnya berumur hampir 70an. Berpakaian pelik serba putih. Bersongkok. Berjambang dan berjanggut dan sentiasa ada tasbih di tangan kanannya. Paling pelik ada cincin besar berbatu biru di jari manis tangannya.

Hari ini dia mahu pastikan lelaki tua itu betul-betul mengekorinya. Dari tadi dia sengaja berjalan sekitar kampus. Dari kelas ke perpustakaan, kemudian ke kafé. Dia masuk semula ke kelas. Dan akhir sekali ke kedai kopi ini. Lelaki tua itu tetap mengekorinya. Walau dari jauh. Malah semasa dia di perpustakaan lelaki tua itu duduk di lobi perpustakaan. Apabila dia keluar 2 jam kemudian lelaki tua itu mengekorinya keluar.

Salim Bach sekilas pandang di tempat duduk kafe. Dia nampak lelaki tua itu duduk di salah satu kerusi agak jauh darinya. Salim Bach cepat-cepat menoleh semula ke hadapan. Siapa lelaki tua tu? Kenapa dia ikut aku seminggu ini? Apa dia nak? Dia nak rompak aku? Dia nak culik aku? Soalnya di dalam hati.

"Sir you drink," sapa barista menghentikan lamunannya.

Salim Bach tersenyum lalu mengambil cawan minumannya. Dia duduk agak jauh dari lelaki tua itu. Dia membuka laptopnya. Ingin berlakon membuat kerja. Dia melihat lelaki tua itu tidak memesan minuman. Hanya membaca suratkhabar. Salim Bach membuat keputusan untuk duduk di kafe itu sejam dua. Ingin melihat sama ada lelaki tua itu duduk atau terus keluar. Nampaknya kalau keadaan memaksa dia perlu buat laporan polis. Manalah tahu orang tua orang gila. Masyarakat sekarang ini semakin mental. Pernah ada kes di universiti ini penculikan berlaku. Dan yang mengerunkan mangsa dibunuh dan organnya diambil. Universiti ini terlalu terbuka menyebabkan mudah orang keluar dan masuk.

Sudah dua jam Salim Bach duduk sambil memerhatikan orang tua. Orang tua itu hanya memesan air mineral dan membaca suratkhabar. Tidakpun bermain membaca satu buku usang berwarna merah. Kadang kala mulut orang tua itu terkumat kamit seolah-olah membaca mantera. Kadang kala orang tua itu menjeling ke arahnya. Salim Bach berpura-pura membaca buku atau melihat tabnya. Otaknya ligat berfikir bagaimana dia ingin lari dari diekori. Dia takut orang tua itu akan mengekorinya sampai ke rumah.

Salim Bach mendapat satu akal. Dia segera menghabiskan minumannya dan mengemas barang masuk ke dalam beg. Dia bergegas keluar lalu menuju ke arah terminal basikal O Bike. Dia mahu mengenakan orang tua berkenaan. Dia perasan orang tua tersebut bangun mengikutnya. Salim segera menggunakan aplikasi telefonnya untuk menyewa basikal tersebut. Setelah selesai dia segera mengimbas kod pada satu alat di kepala basikal. Kunci basikal terlerai dan Salim Bach segera naik basikal dan mengayuhnya laju. Orang tua itu berlari anak dan menjerit kepadanya.

"Tunggu nak! Tunggu !" laung orang tua tersebut.

Orang Melayu? Soal Salim Bach di dalam hati.

Tanpa mempedulikan jeritan orang tua tersebut Salim Bach terus mengayuh laju basikalnya meninggalkan kawasan universiti. Apabila agak jauh Salim Bach menoleh ke belakang. Dia melihat lelaki tua itu segera mendapatkan salah satu basikal dan merentapnya. Pada mulanya gagal tetapi pada rentapan akhir yang sangat kuat kunci yang mengikat basikal itu patah dan orang tua itu menunggang lalu mengejarnya.

"Kuatnya orang tua tu. Kunci basikal boleh direntap begitu sahaja," kata Salim Bach panic.

Dia mengayuh basikalnya lagi laju. Salim Bach mendapat satu akal. Dia akan menggunakan jalan lorong yang bersimpang siur di belakang perumahan dan kedai yang terletak luar universiti. Keluar dari perkarangan universiti Salim Bach mengayuh basikal memasuki lorong kedai.

SaktiWhere stories live. Discover now