Salim Bach membuka matanya perlahan. Telinga mendengar bunyi bip beberapa kali. Dia bangun dan melihat orang tua tidur di sofa. Dia melihat ibu jarinya dipasangkan dengan alat denyutan nadi. Tahulah kini dia berada di hospital. Bahunya tidak lagi sakit. Hanya kakinya sahaja berasa pedih. Dia melihat kakinya sudahpun berbalut.
"Kau dah jaga? Eloklah," tegur orang tua yang telah jaga.
"Kamu siapa uncle?" soal Salim Bach.
"Uncle? Aku ni datuk kaulah," jawab lelaki tua itu marah.
Salim Bach terpempan. Ayahnya memberitahu datuknya telah meninggal dunia. Lalu membawa diri ke London menyambung pengajian dan bekerja di sini. Ayahnya pernah menceritakan dia berasal dari Malaysia. Disebabkan tidak ada sesiapa di sana dia mengambil keputusan ke London dan berkahwin seterusnya menetap di sini.
"Kenapa kau termenung?" soal lelaki tua tersebut.
"Kenapa ekori saya?" soal Salim Bach.
"Aku.."
Pintu biliknya dikuak kasar. Pandangan Salim Bach terarah ke arah pintu. Mamanya menerpa masuk.
"My son!" jeritnya lalu mendapatkan Salim Bach.
Mamanya memeluk Salim Bach sambil menangis. Salim Bach membiarkan sahaja.
"Im ok mum," Salim Bach cuba memujuk mamanya.
Lemas juga diperlakukan seperti budak kecil. Ayahnya masuk tetapi terpaku di muka pintu apabila melihat orang tua di sofa.
"Abah..." katanya walaupun perlahan didengari oleh Salim Bach.
Maknanya itu memang datuk aku? Soal Salim Bach di dalam hati.
Kini mereka bertiga di dalam bilik. Ayahnya Malek Bach mengarahkan mamanya menguruskan proses keluar hospital Salim Bach. Pada mulanya mamanya enggan, tetapi Malek Bach bertegas mahu isterinya keluar dari bilik ini. Dia mahu berbincang dengan abahnya dan anak secara peribadi.
"Kau tak kenalkan abah dengan bini kau?" soal datuk Salim Bach.
Ayahnya hanya menggelengkan kepala.
"Kau beritahu cucu aku dan isteri kau aku dah mati ya?" tempelak datuk Salim Bach.
Malek Bach mengangguk lemah.
"Ini datuk kamu. Tok Aki," kata Malek Bach.
Salim Bach terkeliru. Dia memandangnya ayahnya tajam. Dia inginkan kepastian sebab dahulu ayahnya berkata semua keluarganya telah mati di Malaysia.
"Ayah kamu menipu kamu. Dia taknak warisi cincin ini. Nak belajar di England kononnya. Sampai sanggup buang keluarga," jelas Tok Aki.
Tok Aki menunjukkan cincin birunya yang bersinar. Rahim Bach berasa pelik. Kenapa pula ayahnya enggan mewarisi cincin datuknya yang pada pengamatannya seperti mahal sehingga sanggup melarikan diri. Buang keluarga semua?
"Sebab abah paksa saya jadi Ghostbuster! Saya tidak mahu. Saya nak belajar di England ! Saya tidak mahu jadi bomoh semua tu menghalau hantu !" bentak Malek Bach.
Salim Bach terkejut dengan kata kata ayahnya. Jadi pemburu hantu? Bomoh? Apa ni? Berserabut fikiran Salim Bach.
"Aku hanya mahu kau menuntut selama setahun. Tangguhkan pengajian kau di England selama setahun. Aku hanya perlukan masa selama setahun sahaja untuk ajar kau kuasai cincin ini dan jadi pengganti aku. Bukannya selama lamanya kau tak boleh pergi England !" balas Tok Aki.
YOU ARE READING
Sakti
Horror"Hanya yang berdarah asli sahaja dapat mewarisi cincin yang membuka dunia terhijab"