Bab 5

763 31 12
                                    

Pagi-pagi lagi selepas Subuh Tok Aki ke kaunter motel dan meminta pekerja menelefon ambulans. Dia tidak tahan lagi menahan bisa kuku Vampira. Sepanjang malam lukanya berdenyut dan badannya terasa bisa di sana sini. Malah badannya terasa seram sejuk dan ada kalanya berpeluh. Apabila paramedik datang dia hanya menunjukkan lukanya dan membuat isyarat ular tedung. Paramedik itu faham dan membawanya segera ke hospital. Apabila sampai Tok Aki meminta kakitangan hospital menghubungi anaknya melalui nombor telefon yang dicatat. Sebaik sahaja permintaan disampaikan Tok Aki terus pengsan tidak sedarkan diri.

Pagi itu Malek Bach bersarapan dengan anaknya selepas solat Subuh. Mereka bersarapan nasi lemak yang disediakan oleh isterinya. Sejak berkahwin memang Malek Bach mengajar isterinya masak masakan Melayu. Dia sendiri pandai masak masakan Melayu hasil tunjuk ajar arwah emaknya. Anak beranak berbual mengenai berita tentang pembunuhan sekeluarga semalam yang hangat disiarkan di kaca televisyen. Media menyatakan mungkin perbuatan pengamal ajaran sesat atau mereka yang mempunyai masalah mental. Salim Bach pula tidak ke universiti kerana diberikan cuti seminggu sehingga kecederaannya pulih. Malek Bach pula akan ke pejabat selepas sarapan. Tiba-tiba telefon rumah berbunyi. Salim Bach bangun menjawab panggilan.

"Ayah! Panggilan untuk ayah dari hospital!" laung Salim Bach.

Malek Bach memandang isterinya kehairanan. Siapa pula dari hospital yang menelefonnya? Isterinya menyuruhnya menjawab telefon. Dengan malas Malek Bach bangun dari duduk dan pergi ke ruang tamu. Dia menyambut gagang telefon yang diletakkan anaknya di atas meja. Dia bercakap kemudian dia meletakkan gagang. Malek Bach menggelengkan kepala. Dengan siapa pula Tok Aki bertarung malam tadi sehingga tercedera. Patutlah cincinnya berkelip semalam yang menunjukkan abahnya di dalam bahaya. Orang tua ni!

"Why honey?" Tanya isterinya.

"Orang tua semalam masuk hospital. Ala saudara yang abang yang datang dari Malaysia tu. Kena patuk ular," jawab Malek Bach.

Salim Bach memandang ayahnya dengan wajah kehairanan. Kenapa ayahnya masih belum berterus terang kepada mamanya Tok Aki itu siapa. Malek Bach melarikan pandangan memandang wajah isterinya.

"Kasihannya. Jadi abang mahu pergi melawat?" soal isterinya.

Malek Bach mengangguk.

"Abang bawa Salim. Awak pergilah kerja. Biar abang uruskan," putus Malek Bach.

Di dalam kereta mereka berdua diam seribu bahasa selepas menghantar mama Salim ke tempat kerja di sebuah sekolah. Mamanya bekerja sebagai guru.

"Kenapa ayah masih belum berterus terang dengan mama pasal Tok Aki?" soal Salim Bach.

Ayahnya diam seketika sebelum melepaskan keluhan.

"Sama macam kamu.. ayah beritahu Tok Aki dah takde. Semua keluarga di Malaysia sudah mati. Macam mana ayah nak beritahu tiba-tiba Tok Aki kamu tidak mati? Dan yang datang semalam ayah mertuanya?" soal ayahnya semula.

Salim terdiam.

"Tapi ayah berterus terang dengan saya."

"Berterus terang dengan anak lain berbanding berterus terang dengan isteri. Orang perempuan ini sukar dijelaskan reaksinya nanti bila kita berterus terang," jelas Salim Bach.

"Sampai bila ayah?"

Malek melepaskan keluhan. Diapun tidak tahu sampai bila. Kenapalah orang tua itu datang pada ketika ini. Malah sempat pula berlawan dengan makhluk durjana. Apa yang dilawannya semalam?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 19, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SaktiWhere stories live. Discover now