Bab 4

641 35 4
                                    


Bab 4

Kini Tok Aki terawang-awang di udara menuju ke arah gua dimana Vampira itu bersembunyi. Keupayaan dia terbang dia udara adalah dengan izin ALLAH Taala hasil menuntut dan melakukan amal tertentu selama beberapa tahun. Sebab itulah dia perlu mencari dan mendidik cucunya dari sekarang kerana ilmu perlu dikuasai beberapa tahun. Bukannya sebulan dua. Sepanjang perjalanan Tok Aki berselawat dan berzikir. Bersyukur atas keistimewaan diberikan oleh ALLAH kepadanya.

Dia hampir sampai dan dia yang tadinya terbang tinggi kini makin merendah hingga mendarat di hadapan pintu gua yang tertutup. Tok Aki menadah tangan dan mula membaca ayat suci dan berdoa. Tiba-tiba batu yang menutupi gua bergegar. Begitu juga tanah tempat dia berdiri. Tok Aki tetap gagah berdiri dan menguatkan bacaannya. Apabila batu gua berhenti bergerak nampaklah keadaan dalam gua yang gelap gelita.

"Who are you!" marah seseorang bergema dari dalam gua.

"Kau tak payah nak speaking dengan aku. Aku tahu kau faham bahasa aku! Keluarlah! Aku ingin memberi kau tawaran," balas Tok Aki.

"Ha ! Ha! Ha! Siapa pula dari dunia Melayu ini menganggu lenaku yang sedang kenyang menghirup darah manusia ha? Sampai ke sini kau mencari aku? Agaknya teringin benar kau nak berlawan dengan makhluk orang putih ya," balas Vampira.

Kedengaran seseorang sedang melangkah dari dalam gua. Seketika kemudian terpancul seorang lelaki orang putih yang tampan berwajah manusia. Pucat lesi mukanya. Berpakaian kot seperti semalam dan bermantel merah.

"Kau nak apa orang tua?" soal Vampira.

"Aku hendak memberikan tawaran. Hentikan perbuatan menghirup dan membunuh manusia!" kata Tok Aki tegas.

"Ha! Ha! Ha! Kau ni orang tua dah gila agaknya. Berapa banyak orang macam kau cuba menghalang dan membunuh aku tetapi gagal. Malah aku suka menghirup darah mereka kerana segala kekuatan mereka akan berpindah kepadaku!

Tidakkah kau tahu kekuatanku? 10 kali ganda kekuatan aku berbanding kau orang tua! Baliklah orang tua. Aku tidak mahu membunuhmu!" kata Vampira berlagak.

Tok Aki hanya tersenyum. Dia mengusap cincinnya. Dia perlu bersedia dengan helah dan muslihat makhluk ini.

"ALLAH yang maha berkuasa. Segala isi bumi dan langit adalah di bawah kekuasaanNYA. Segala apa yang aku ada dan kau ada juga di bawah kekuasaanNYA. Dan aku diperintahkan untuk menentang makhluk seperti kau. ALLAHUAKBAR !" laung Tok Aki.

Wajah makhluk itu bertukar marah. Wajahnya yang tadi pucat lesi mula memerah. Dia mengetap giginya.

"Nampaknya engkau yang beriya-iya menjual. Aku akan membelinya. Tapi kau jangan menyesal orang tua."

Wajah Vampira itu mula bertukar. Gigi taring mula keluar dari mulutnya. Kulitnya mula merekah, matanya mula memerah dan terbit kuku tajam dari jari jemarinya.

"Wargghhhhh!" jeritnya yang bergema di dalam hutan yang sunyi.

Mulut Tok Aki terkumat kamit membaca ayat suci dan berzikir. Dia sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Tangan kanannya memegang hulu keris yang akan digunakan untuk mempertahankan dirinya. Tiba-tiba Vampira melompat tinggi. Tok Aki mengusap cincinnya.

Cincin itu mengeluarkan cahaya merah yang terang seperti lampu spotlight. Vampira itu menggunakan mantelnya untuk melindungi mukanya dari cahaya kepanasan yang dipancarkan oleh cahaya cincin. Vampira berhenti terapung di udara. Wajahnya bertukar bengis.

"Kau guna cahaya matahari. Kau tahu akan tak boleh menghadap cahaya matahari. Celaka kau!" marah Vampira lalu meluncur laju menghulurkan kedua kaki untuk menendang Tok Aki.

SaktiWhere stories live. Discover now