DUA

1.2K 9 2
                                    

Lantas Azam tiada pilihan lain, melainkan dia perlu menaiki teksi walaupun dia tahu, caj yang akan dikenakan berlipat kali ganda kerana jarak dan masa.

Ketika bergerak ke hentian teksi yang tidak jauh dari situ, Azam mendekati seorang lelaki berusia lewat 40-an dengan memberitahu dia mahu pulang ke Kubu Gajah.

"Apa... Kubu Gajah? Hisshh.. Kalau saya ambik pun tambang mahal ni dik. Dah tengah malam. Tempat tu jauh. Pergi ada orang, balik... takdak orang. Lagipun... takut juga dari sana nak balik nanti," terang pemandu teksi tu.

Jam dah hampir 10 malam. Dia perlu sampai ke kampung untuk segera bertemu ayah.

Malang sekali, tiada pemandu teksi yang sudi mengambil Azam sebagai penumpang.

Dalam keadaan fikiran yang agak serabut, Azam kembali ke hentian bas dan dia mundar-mandir di situ. Tiba-tiba seorang lelaki pertengahan usia menghampirinya.

"Adik nak ke mana? Dari tadi pakcik tengok macam susah hati,"  tanya pakcik yang seolah-olah faham akan wajah cemas Azam ketika itu.

Akhirnya Azam menceritakan sehinggalah menimbulkan rasa simpati pakcik berkenaan.

"Pakcik nak balik Batu Kurau, ni baru lepas hantar anak, dia balik KL, naik bas jam 10 (malam) tadi. Kalau adik nak pakcik hantar boleh... tapi separuh jalan sajalah, sebelum hutan Pondok Tanjung. Sebab pakcik nak kena patah balik, nak ke Batu Kurau.

"Terus terang, pakcik memang tak berani lalu hutan Pondok Tanjung tu, nak pulak tengah malam gini," ujar pakcik itu.

Azam tiada pilihan, disebabkan pengalamannya sebagai anggota tentera yang sudah biasa dengan aktiviti lasak, dia bersetuju dengan cadangan pakcik tadi.

MISTERI PONDOK TANJUNGWhere stories live. Discover now