LIMA

968 8 1
                                    

Kali ini kaki Azam menjadi lemah dia rasa bagaikan mahu rebah. Jantungnya terus laju berdegup namun dia tetap kuatkan semangatnya sehinggalah dia tiba di penghujung hutan simpan itu.

Tidak jauh, terdapat perkampungan tanah rancangan dan dia berhenti bawah pondok menunggu bas untuk berehat selepas letih berjalan.

Jam pada waktu itu sudah pukul 3 pagi dan Azam tidak dapat meneruskan perjalanan sebaliknya tertidur di pondok bas itu sehinggalah dia dikejutkan dengan bunyi motosikal seorang pemuda yang mahu pergi menoreh getah.

"Hang nak pi mana ni? Awat... tidoq (tidur) sini," tanya pemuda itu.

"Saya nak balik kampung, bas habis... penat berjalan kaki, terlena bawah pondok ni," ujar Azam lalu dia menceritakan apa yang berlaku.

Ketika itu jam sudah pukul 6.30 pagi dan Azam bernasib baik kerana pemuda itu sanggup menghantarnya pulang ke rumah.

Setiba di kampung, Azam bersyukur kerana sempat bertemu ayahnya yang sedang tenat sebelum meninggal dunia tengah hari kemudian.

Kisah Azam itu membuatkan dia menjadi serik untuk melalui kawasan itu lagi pada waktu malam.

Benarlah kata penduduk setempat, tiada siapa berani melalui kawasan hutan Pondok Tanjung selepas pukul 10 malam kerana ada kisah menakutkan tersembunyi di sebalik kelam hutan itu.



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISTERI PONDOK TANJUNGWhere stories live. Discover now