" NA WOO-JAEEEE!!"
"Ye noona. Kenapa terjerit-jerit pagi-pagi ni? Nak test pitch suara ke?" balas Woojae dengan selamba. Acah innesen lepas buat dosa , ha dasar bahenol cissss.
"YAHHHHHHH MANA WOOJAE LETAK BEG HITAM NOONA SEMALAM?!" suara aku dah mula meninggi naik dua oktaf ghagahgaa. Panik gais panik!
"Ouhh beg tu ada je kat bilik noona dalam almari atas meja kerja. Ha tu lah sapa suruh buat kerja banyak sangat kan dah penat pastu tak ingat mana Woojae letak.huh"
Aku berlari sepantas yang mungkin mencari beg hitam ke almari yang Woojae bagitau tadi. Bebelan dia aku tak amik kesah . Oh wahai beg tunggu aku datang mencarimu!
"Nasib tak hilang" monolog aku sendirian. Agak-agak Woojae ada tak bukak beg aku? Harap-harap tak lah, kalau tak mesti tak memasal aku dah bukak kaunter pertanyaan .
"Woojae cepat siap, nanti noona hantar ke rumah omma tau!" jerit aku dari bilik berharap budak tu dengar.
Haih ini kalau sampai rumah omma confirm berbekas-bekas dia bagi aku makanan sampingan. Malas shiyut nak makn banyak-banyak.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Sejong, kau pasti dengan maklumat ni?"
"Pastilah. Wae? " Keningnya dijungkitkan.
"Gambar suspek ni dah dapat?"
Kepala digelengkan menandakan gambar tersebut tidak dapat diperolehinya.
"Tapi kita boleh buat rupa montaj suspek berdasarkan kenyataan mangsa. Cuma aku tak tahu siapa yang sesuai untuk pujuk mangsa tu beri kenyataan sebab mangsa masih dalam keadaan trauma. Aku rasa kita perlukan orang yang pakar"
"Pasal tu nanti aku selesaikan. Aku nak minta tolong kau siasat latar belakang dia ni. Pastikan semua data pasal dia ni diperolehi."
Sekeping gambar yang dipegangnya bertukar tangan. Aku percaya orang ini pasti ada kaitan dengan kes yang aku siasat. Petunjuk demi petunjuk aku akan cari.
"Ouh ya, Ketua Lee nak jumpa kita kat pejabat dia sekarang. Jom nanti lambat"
BIG HIT ENTERTAINMAINT BUILDING
MANAGER'S ROOM
Aku mula melabuhkan punggung atas sofa panjang yang disediakan dalam bilik itu. Mataku ligat meneliti jadual syif kerja yang telah ditetapkan di dalam notespad phone aku.
"Gosh, seriously, banyaknya aku kena ganti Sejin hyung punya syif. Haihhh" ya sekarang ni manager yang diperuntukkan dah dikurangkan so tinggal aku dengan Sejin hyung je. Memang lunyai badan aku ni makin menimbun kerja dengan Sejin hyung amik cuti seminggu. Pergh gila bapak lah.
Ouh btw jangan la pelik bebenau ye ku panggil 'hyung' . Aku geli la nak panggil 'oppa'. Yeah lagipun Sejin hyung tak kesah. Sedang aku sibuk mengenangkan nasib aku, pintu bilik diketuk dan ditolak oleh seseorang.
"Eo-? noona je ke yang ada ? Mana Sejin Hyung? " soal Taehyung bertubi-tubi.
"Nampak orang lain ke dalam ni? Haih , Sejin Hyung amik cuti seminggu so apa-apa cari noona je. Ha ni kenapa?"
"Actually- Jin hyung kan...dia..." ayatnya terjeda seketika dan itu membuatkan kening aku dijungkitkan
"Cuba cakap"
Sesungguhnya aku penuh dengan kesabaran kalau tak mahu muka comel dia dah berpusing aku lempang laju-laju.
"Jin hyung accident. Orang tu lari lepas langgar Jin hyung."
YOU ARE READING
Choice. OR Choose? || ksj
Fanfiction" Its your choice to make her safe or not" -------------------------------------------------------------------------------------------- "Pernah dengar tak pepatah ni, Hutang darah dibayar darah. Tapi untuk kau aku mudah kan." ...