Bab 1

92 4 0
                                    

Di pagi yang indah Eryni Aimi berlari-lari anak sambil memegang buku fizik,kimia dan addmath. Tanpa mempedulikan pelajar-pelajar lain yang melihatnya dan mengetawakannya, dia telah biasa dengan suasa begitu.

"Eryni Aimi nerd, busuk , hodoh! "
Kata salah seorang pelajar. Dia terus menoleh ke arah gerangan tersebut.

Tanpa disedarinya, salah seorang pelajar menyekat kakinya lalu dia tergilincir antara 3 anak tangga. Dia terus terjatuh, buku-buku yang dipegangnya tadi bertaburan di atas lantai.

"Aduh sakitnya." Adu Eryni Aimi sambil memandang ke arah kakinya yang berdarah akibat terjatuh tadi.

"Buah nangka busuk jatuh derrrr!!! HAHAHAHAHAHA" pelajar yang lain mengetawakannya.

Eryni Aimi terus memandang ke bawah. Tanpa disedarinya air mata jatuh menuruni pipinya.

Tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang memandang ke arahnya, dia terus berlari melintasi pintu pagar sekolah.

                                  ***

"Aimi bukak pintu ni! Kenapa Aimi ponteng! Kalau ayah tahu ni nanti dia marah! Aimi! Aimi!" Laung Puan Suraya.

Aimi yang mendengar laungan ibunya itu terus menarik selimut nenutupi kepalanya.

"Aimi taknak dah sekolah kat situ! Tu bukan sekolah! Tu neraka! Eiks Eiks" Jeritnya menangis tersendu. Dia terus mengelap hinggus yang mengalir menghampiri pipinya dengan telapak tangan.

"Janganlah macam ni Aimi. Cuba Aimi bagitau ibu apr yang dah jadi kat sekolah tadi." Pujuk ibunya dengan lembut

"Mana budak tu! Aimi baik kau keluar sekarang. Sebelum ayah pecahkan pintu bilik kau ni!" Laung Encik Ariffin yang baru sahaja balik dari kerja, setelah mendapat panggilan dari guru sekolah anaknya bahawa anaknya poteng sekolah . Dia segera pulang ke rumah.

Aimi yang mendengar amaran tegas ayahnya itu terus membuka pintu. Dia terus menundukkan wajahnya kerana tidak berani memandang  wajah bengis ayah.

"Ape nak jadi dengan kau ni hah?! Kau kalau taknak sekolah cakap! Baik kau kawin takde lah nak menyusahkan aku dengan ibu kau ni!" Marah Encik Ariffin apabila wajah anaknya muncul di muka pintu.

"Ayah ibu , Aimi taknak dah sekolah kat situ. Aimi nak belajar kat asrama.   Ujar Aimi perlahan dengan wajah yang muram.

"Kenapa kau taknak sekolah kat situ? Tu bukan calang-calang pelajar boleh masuj sekolah tu? Kau tak rasa rugi ke?"tanya ayahnya

"Tolang lah ayah ibu. Aimi dah tak tahan kena perli, kena buli dengan budak sekolah tu."jawabnya perlahan.

Melihat muka  suram anaknya itu, Encik Ariffin terus memandang ke arah isterinya.

Puan Suraya terus menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tawar.
Dia sayang akan anaknya itu, Aimi sorang je anak bongsu perempuan mereka.Manakala, anak-anak lelakinya adalah 3 orang . Yang sulung sudah bekerja dan memilik keluarga, 2 orang lagi masih belajar di university.

Encik Arrifin terus mengeluh perlahan.

"Baiklah, esok ayah akan hantar kau ke asrama. Harini biar ayah uruskan keluaran kau dari sekolah tu.

Aimi terus memandang kearah ibu bapanya dengan mata yang bersinar.

"Betul ke ayah ibu? Terima kasih ayah ibu ni yang Aimi sayang sangat ! " Aimi terus memeluk kedua-dua orang tuanya dengan perasaan yang gembira.

"Yela duk kat sana nanti jangan nakal-nakal, jangan ponteng sekolah. Kalau tak, tak payah sekolah dah." Ucap Puan Suraya turut
membalas pelukan anaknya itu.

Aimi terus menganggukkan kepalanya sambil mencium kedua2 belah pipi ibunya.

'Yesssss Finally aku bebas! ' getus hatinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Black Devil Prince & White Charming PrinceWhere stories live. Discover now