Kisah Sekolah Menengah di Sarawak

97 0 0
                                    

Hi semua saya perkenalkan diri saya sebagai Deq..ini kisah benar yang pernah di alami saya semasa zaman sekolah dulu...pada tahun 5 tahun yang lalu..saya gunakan bukan nama sebenar dan nama sekolah saya rahsiakan untuk menjaga sensitiviti pihak yang berkenaan. Ok sekolah menengah ini terletak di sebuah daerah terpencil di Sarawak. Kedudukannya tidak juga terlalu jauh dari bandar. Kebanyakkan pelajar akan tinggal di asrama memandangkan kampung mereka berada di pendalaman. Di asrama sekolah ini pula terdapat 1001 cerita seram sejak dari zaman senior- senior dahulu. Untung ketika saya masuk ke sekolah menengah, dibina satu asrama baru untuk pelajar perempuan. Namun malang pula bila dapat tahu bahawa tapak asrama itu dahulunya adalah tasik semulajadi yang ditambak untuk dijadikan tapak bangunan. Dahulunya tasik itu "keras" dan mempunyai pelbagai cerita misteri daripada senior- senior. 

Ok bila sudah tinggal di bangunan asrama baru ini ingat selesa lah sikit sebab tak payah nak risau apa-apa. Namun terdapat juga pelbagai cerita yang di alami oleh pelajar asrama dan warden- warden asrama. Pada masa tersebut saya merupakan pengawas asrama, jadi sekali sekala ikutlqh warden meronda kawasan asrama untuk memastikan semua lampu sudah ditutup dan pelajar asrama sudah kembali ke bilik masing- masing.

Salah satu kejadian yang tak dapat dilupakan bila saya dan beberapa rakan pengawas yang lain menjaga seorang budak Tingkatan 1 yang demam. Sebagai pengawas menjaga pelajar Tingkatan 1 adalah satu tugas sampingan memandangkan ibu bapa mereka jauh di pendalaman.  Nak dijadikan cerita kami membawa  Olga (Bukan nama sebenar) ke beranda disebabkan dia ingin muntah. Namun tiba- tiba dia ternampak 1 lembaga di hujung bangunan dan mengigil ketakutan, wajahnya pucat. Saya yang ketika itu tidak berbuat apa terus jumpa ketua warden d dewan makan dan memaklumkan keadaan Olga. Namun, ketua warden marah pula "yang kamu bawa dia keluar kenapa?"..Saya terdiam tidak tahu berkata apa..Beliay menyambung "Kejap, saya sudah mesej Cikgu Danny(Bukan Nama sebenar) untuk uruskan". Saya pun terus bergegas mendapatkan Olgah sementara menunggu Cikgu Danny merupakan warden asrama yang menguruskan pelajar kristian.

Kami sepakat membawa Olga ke bilik study. Tidak lama, Cikgu Danny sampai dengan membawa air kudus(kristian) dan al kitab. Kami berdoa untuk Olga lebih kurang dalam 20 minit. Setelah Olga tenang kami menghantar Olga ke biliknya untuk berehat. Dalam jam 9 malam kami menyertai Cikgu Danny untuk meronda kawasan sekitar asrama perempuan. Dalam kami rancak bercerita tiba-tiba Cikgu Danny terdiam dan terpaku memandang ke atap asrama lelaki. Buat pengetahuan, asrama lelaki adalah bertentangan dengan asrama perempuan. Hanya dipisahkan oleh sebuah jalan raya dan pagar. Kami terdiam melihat Cikgu Danny menutup matanya dan memegang dahinya. Lebih kurang 10 minit kemudian, kami kembali ke depan gate asrama dan barulah beliau menceritakan bahawa beliau ternampak pocong di atap asrama lelaki sebentar tadi. Kami yang ketika itu terkaku dan meminta diri untuk masuk ke bilik masing- masing. 

Tidak terhenti di situ bila kami terjumpa Cikgu Danny di dewan makan beliau menceritakan bahawa malam tersebut dia diganggu. Ketika duduk menyemak kerja rumah pelajarnya beliau mendapati terdapat tompokan darah di atas buku latihan yang disemaknya. Beliau bergegas ke bilik air kerana menyangka hidungnya berdarah. Tapi bila sampai di bilik air tiada langsung pendarahan. Beliau kembali ke mejanya namun beliau gugup bila mendapati darah tersebut hilang. Beliau lalu mengambil keputusan untuk tidur dan mambatalkan hasratnya untuk menyemak buku latihan pelajar.

 Cerita ini tidaklah seseram mana namun jika anda mengalaminya pasti terasa gugup jugalah. Ok next part saya akan menceritakan kejadian kerasukan di asrama yang sama.






Cerita SeramWhere stories live. Discover now