Kejadian kerasukan

66 0 0
                                    

Kejadian ini berlaku di depan mata saya sendiri. Sudah menjadi kelaziman untuk pelajar beragama Kristian untuk pergi ke Gereja pada malam Jumaat dari pukul 6 hingga 8.40 malam. Manakala pelajar yang lain pula akan belajar di bilik study atau prep dari jam 7 hingga 10 malam. Pada malam berkenaan kami sampai ke asrama kira - kira jam 9 malam. Selalunya kami akan terus singgah ke dewan makan untuk minum malam. Namun, suasana asrama pada malam tersebut riuh rendah dengan lampu yang berpasang. Selalunya bila pelajar prep malam di bilik study...lampu bilik wajib dipadam. Kami membatalkan hasrat ke dewan makan apabila mendapati  aras 1 asrama perempuan dikerumuni pelajar kerana menyangka ada "spotcheck" , kami nergegas ke sana.. 

Apabila sampai saja di aras 1 berkenaan, kedengaran riuh rendah di sebuah bilik, kami mendapati terdapat seorang Ustaz luar dan juga Pastor di bilik berkenaan.Saya menjenguk dan mendapati terdapat 2 orang pelajar duduk di lantai bilik dengan keadaan rambut yang serabai dan ketawa mengekek. Pelajar itu non muslim, ketika ustaz tersebut cuba untuk berkomunikasi..keadaan mula tidak terkawal. Pelajar berkenaan hanya merenung tajam dan ketawa yang tajam bunyinya hingga sampai ke blok sebelah. Buluh roma saya meremang. Melihat keadaan itu saya tersedar ada sesuatu yang tidak kena lalu mendekati kawan- kawan lain untuk mendapat cerita berkenaan kejadian berkenaan. Ustaz tersebut keluar dan Pastor tersebut masuk, belum sempat kami menyaksikan kejadian seterusnya, Kami diarahkan oleh warden untuk berkumpul di bilik study bersama pelajar lain.


Hasil cerita Eba keesokkan harinya,, Eba menemani Angel naik ke bilik untuk mengambil buku yang tertinggal. Namun ketika Eba menekan suis lampu..Angel yang ketika itu membuka pintu almari tiba-tiba ketawa nyaring "hikhikhikhik......". Eba yang berasa seram menyentuh bahu Angel dan tiba-tiba terpelanting ke belakang. Selepas itu Eba tidak tahu apa yang berlaku. Manakala hasil cerita kawan- kawan di bilik study pula, pada jam 8 setengah mereka mendengar bunyi ketawa nyaring dari aras 1 blok sebelah. Menyangka ada lelajar escape di bilik dan membuat bising, pengawas pergi ke aras berkenaan dan mendapati Eba berada di atas katil sambil ketawa manakala Angel (Bukan nama sebenar) di lantai terbaring dalam keadaan tidak terurus. Menyedari ada yang tidak kena mereka bergegas mendapatkan warden asrama. 

Malam kesokkannya, warden memberitahu cerita daripada Pastor bahawa yang menganggu keduanya bukanlah "benda" lain tapi penjaga Keluarga si Eba. "Penjaga" tersebut berasa marah sebab si Eba Mengikut rakanya bersembayang di gereja. Yang lebih menghairankan bila Eba sendiri tidak tahu bahawa dia dan keluarganya mempunyai penjaga. Disebabkan ia penjaga keluarga Eba, maka Ustaz dan Pastor tidak dapat berbuat apa- apa kerana tidak menginginkan kejadian lebih buruk berlaku. Pihak sekolah memberikan kebenaran pulang kepada Eba untuk menyelesaikan perkara tersebut bersama keluarganya, memandangkan ia hal keluarga. 

Namun jujur saya mengakui pertama kali menyaksikan kejadian kerasukan di mata sendiri dan mengalami perasaan seram apabila bertentang mata dengan mangsa kerasukan tersebut. Ada yang menyatakan bahawa jika lemah semangat adalah lebih baik untuk menggelakkan diri daripada bertentang mata dengan mangsa kerasukkan kerana ia boleh berjangkit.


Cerita SeramWhere stories live. Discover now