Hantu Tinggi

49 0 0
                                    


Perkara ini berlaku semasa penulis berada di sekolah rendah pada sekitar tahun  2007. Seperti biasa kanak- kanak dahulu masih lagi fokus kepada permainan yang bergaul dengan kawan-kawan sekampung jauh daripada gajet. Seperti biasa selepas tamat waktu sekolah pukul 1.20 pm maka saya dan vrakan- rakan akan "stay" di sekolah sementara menanti waktu kelas tuisyen yang berlangsung pada 2pm-4 pm. Selepas saja tamat kelas tuisyen maka seperti biasa saya dan kawan- kawan akan bermain permainan seperti "siapa jadi", Hide and seek, baling buah bunga sampai baju putih sekolah jadi kuning..

Pada hari Khamis tersebut ibu lewat menjemput kami. Lalu kami mrngambil keputusan untuk bermain hide and seek. Hari semakin senja dan kami tidak sedar masa pantas berlalu. Sedang asyik bersembunyi dan bermain berkejaran di belakang sekolah. Saya bersembunyi di belakang  bangunan RMT dqn kawan saya di belakang Tandas guru bersembunyi dari dikejar dan ditangkap oleh Julio yang mencari kami . Tiba- tiba zuppp! Seseorang yang tinggi dan pastas berlari sekilas. Menyangka ia Julio saya menunduk dan menyusup ke belakang tandas menemui rakan-rakan. Kira-kira 15 minit menunggu..tiada kelibat Julio. Kami bersetuju mencari Julio di Pondok depan pagar sekolah.

Cynthia tersenyum dan mengakat tangan dan memberitahu kami Julio balik awal dijemput saudaranya jam 4.30pm. Kami kehairanan melihat jam sudah 5.50pm. Saling berpandangan saya menceritakan lelaki tinggi yang pantas berlari tadi. Kawan saya juga terkejut kerana dia ada melihat lelaki yang sama zuppp! Tidak sempat melihat wajahnya. Kami tergamam dan masing-masing mendiamkan diri. Sehinggalah ibu menjemput kami dan kami mendiamkan perkara tersebut. Ustaz memberitahu bahawa belakang sekolah tersebut keras kerana terdapat perkuburan askar Jepun pada suatu ketika dahulu. Kami serik dan tidak mahu bermain di belakang sekolah lagi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita SeramWhere stories live. Discover now