Episod 1: Part 2

32 7 4
                                    

Masih ada seseorang yang menyembunyikan kebenaran dengan menipu diri sendiri dan hampir dimusnahkan oleh cintanya.

Orang itu ialah Son Seung-Wan tetapi dikenali sebagai Wendy. Dengan tuala tersangkut di leher, dia membasuh muka ketika muzik memenuhi seluruh kem tentera.

Muzik yang menusuk masuk ke telinga membuatkan seluruh organnya kaku dan terus menambah beban di hati. Sangat merimaskan!

Dia cedera ke? Adakah dia ketakutan semasa gempa bumi melanda? Dia dah makan ke? Tidur dia cukup ke tidak? Dia rindukan aku ke?

Wendy cuba menahan diri dari mencari Yoongi dan bertanyakan soalan ini tetapi muzik yang berkumandang semakin menggoyahkan hati.

Usai mencuci muka dan meluruskan pinggang, tiba-tiba seseorang datang mengambil tualanya. Rupa-rupanya Yoongi ada di situ.

Matanya bulat seperti menyalahkan lelaki itu kerana tidak datang mencarinya. Apabila dua pasang mata bertaut, Yoongi cepat-cepat mengalihkan pandangan dan dia mula mengelap muka Wendy menggunakan tuala yang diambilnya tadi.

"Kau ke sini sebab rela atau kerana arahan ayah aku?"

Suara itu kedengaran kaku. Wendy tidak tahu jawapan yang sesuai untuk dibalas. Dia kelu.

Cuma yang dia tahu, bila mendapati Yoongi dalam bahaya, dia seolah-olah tidak boleh bernafas dan mahu segera meluahkan perasaan. Tetapi sekali lagi dia menahan diri dan berkata,

"Menghantar pegawai paling berkebolehan ke tempat paling bahaya adalah tanggungjawab seorang komander." Jawab Wendy dengan nada biasa.

"Aku tak tahu apa niat sebenar kau. Sama ada kau nak mengambil hati orang lain atau tidak. Tapi yang pasti, bukan aku." Keluh Yoongi.

"Yoongi... Aku rasa kau patut hubungi dia... Mesti dia risaukan kau." Ujar Wendy lalu mengambil tuala dari tangan Yoongi.

"Macam mana dengan kau?" Soal Yoongi kedengaran seperti tidak sabar.

"Kalau aku tak selamat, kau pula macam mana?" Suara gadis itu bergetar menyebabkan hati Yoongi retak seolah disimbah air panas biarpun sebelum itu hatinya beku bak ais di Kutub Utara.

Ya! Dia tidak mahu membuatkan gadis itu menangis lagi. Lantas dia berpusing lalu memandang tepat ke arah anak mata Wendy.

"Aku memang menyesal setiap kali aku cuba larikan diri dari kau," Luah Yoongi.

"Habis tu, takkan kau nak berdiri macam tu je?" Mata Yoongi mula berkaca. Tanpa menunggu lama, tangan sasa itu lantas merangkul si gadis ke dalam pelukan. Cahaya bintang tiba-tiba terasa cukup untuk menerangi gelap langit malam.

*************************

Selepas peristiwa 'pengakuan tanpa sengaja', Eunbi kerap mengusik Taehyung. Manakala Taehyung pula berusaha untuk mengelak dari bertemu gadis itu.

Dia seolah-olah tidak reti bahasa. Eunbi tetap mengekori Taehyung.

Taehyung pernah cakap, latihan ketenteraan yang dipelajari sepatutnya digunakan untuk melindungi negara. Tetapi Eunbi pula guna untuk kepentingan peribadi.

Secara tidak rasmi, hubungan mereka bukan sekadar antara pegawai tentera dengan pegawai perubatan.

Taehyung cuba menafikannya tetapi seluruh warga Kem Mowuru di Bighit Cube menerima hubungan mereka dengan terbuka.

Bukan setakat itu, mereka juga mengakui bahawa Eunbi dan Taehyung sememangnya pasangan yang amat sepadan.

Awal pagi lagi Eunbi sudah bangun, membersihkan kasut dan memastikan uniform tampak sempurna. Hari ini, dia mahu berdua-duaan bersama si teruna atas urusan kerja.

Mereka akan mewakili pegawai Kem Mowuru dan Bighit Cube menghadiri mesyuarat bersama RBB. Untuk ke tempat mesyuarat, masa yang diperlukan lebih kurang dua jam.

Jadi, sepanjang berada di atas jalan raya nanti, Taehyung pasti tiada pilihan selain bersama Eunbi.

Dan Eunbi juga tahu, dia tidak mungkin lepaskan peluang tersebut. Setelah bersiap, dia segera keluar mencari Taehyung.

"Kau tak nampak ke aku tengah sibuk ni? Aku nak pergi mesyuaratlah. Bye aku pergi dulu!" Ujar Taehyung kasar.

"Woi aku pun nak pergi mesyuarat tulah! Hmm... Nampaknya kau dah ada orang yang akan tumpangkan kau," Ujar Eunbi cuba menghalang lelaki itu.

"Aku nak pergi sendirilah!"

"Kau nak tersangkut dekat tepi tebing lagi ke?" Ujar Eunbi dalam nada perli.

"Tak payah risau. Aku telefon kau kalau tersangkut lagi."

"Kenapa kau ni asyik nak lari je dari aku? Lepas buat pengakuan, kau lari. Hari ni, lepas buat wasiat pun kau nak lari juga ke?"

"Tu bukan wasiat."

"Berdebar-debar?"

"Tu bukan akulah!"

"Aku tak tanya pun pasal perasaan kau. Tak payahlah malu sebab aku dah tahu perasaan kau. Kalau kau malu, makin aku sukakan kau. Tapi hari ni, kau nampak handsome lah!"

"Ih dahlah!" Muka Taehyung mula merah. Tapi tiada sebarang riak benci. Dia tersipu-sipu dan cuba menahan senyum.

-To be continued-

-Terima kasih kepada yang sudi membaca 😉. Jangan lupa vote tau!(/'♡')/

-shaa_helmi13

Creature Of Creation [Kim Taehyung]+[Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now