Ada sebuah bas yang boleh memuatkan 50 orang penumpang sedang menunggu di depan kem. Bas ini akan membawa pesakit dan pegawai perubatan balik ke Korea.
Orang pertama yang naik dan ambil tempat duduk di belakang sebaik sahaja pintu bas dibuka ialah Kim Seokjin.
Dia terus duduk di sudut belakang bas seperti sedang bermain sorok-sorok. Dia juga menyembunyikan wajah dengan topi hitam, bagaikan mengelak dilihat seseorang.
Akan tetapi, tiada sesiapa pun menghiraukannya. Para pesakit sedang bersiap sedia manakala pegawai perubatan pula saling mengucapkan selamat tinggal.
Bas akan bertolak sebentar lagi. Hingga saat bas bergerak, barulah Jin mengangkat kepala dan memandang ke luar.
Tentera dan pegawai perubatan melambai-lambai ke arah bas yang mula meninggalkan kem.
Jung Hoseok kelihatan sedih kerana dia seolah-olah seperti penyelamat Jin. Jin berpeluang untuk pulang ke tanah air kerana jasa baik lelaki itu.
Semalam Jin jumpa Kim Namjoon. Tetapi kini dia kelihatan seperti mahu melarikan diri dari Namjoon dengan secepat mungkin. Dia menuju ke Bighit Cube.
Jin mendapat khabar tentang mangsa gempa bumi akan dipindahkan ke hospital di Korea. Itulah sebabnya dia pergi ke Bighit Cube dengan niat untuk melarikan diri dari Namjoon.
Sebaik sahaja melangkah masuk ke Bighit Cube, Jin memegang tengkuknya dan berpura-pura seperti mahu pengsan dan meminta agar dihantar balik ke Korea untuk menjalani pemeriksaan MRI.
Malangnya tiada seorang pun pegawai perubatan mahu mendengar permintaannya. Kerana terdesak, Jin terus meniarap sambil menjerit-jerit.
Akibat jeritannya, para tentera masuk ke dalam Bighit Cube dan mencekak leher bajunya sebelum mengheretnya keluar. Tetapi dia langsung tidak gentar.
Sebaliknya Jin meninggikan suara serta mengeluarkan kata-kata kesat. Sesiapa pun tidak berani menghalang sama ada Jin patut mati di muncung pistol Namjoon atau mati dibelasah tentera.
Jika tidak dapat pulang, Jin pasti akan mati. Jadi, tiada cara lain lagi.
Ketika itu, datang seorang pegawai perubatan yang tidak dikenali dan sanggup memberikan tempatnya dalam penerbangan esok.
Bagi Jin, itu bagaikan pertolongan yang turun dari langit. Pegawai perubatan yang dimaksudkan adalah Jung Hoseok.
Jika rancangan Jin berjaya, dia terfikir untuk menghadiahkan sebutir berlian yang berada di dalam perutnya kepada Hoseok.
Ya. Ada berlian yang disembunyikan di dalam perut. Dia bersusah payah mencari berlian yang tertimbus di bawah stesen janakuasa solar.
Dia tidak mahu melepaskan berlian itu meskipun ia bakal jatuh ke tangan Namjoon. Seperti yang dirancang sejak mula, Jin mahu lari bersama berlian itu.
Tapi dia terlewat sehari dan hari sepatutnya dia serahkan berlian tersebut. Dengan mata merah akibat menahan marah, Namjoon sudah menunggu sambil mengacukan pistol.
Dia merayu agar diberikan sedikit masa kerana gempa bumi telah meranapkan bangunan tetapi semua itu alasan yang tidak berguna.
Sebaliknya Namjoon mengatakan bencana alam dan peperangan tiada beza. Namjoon juga mengugut untuk mengakhiri hayat Jin jika dia gagal menepati janji.
Sebab itulah Jin tiada pilihan dan terpaksa menyelinap ke dalam bangunan yang runtuh demi mencari berlian tersebut. Pendek kata, dia mempertaruhkan nyawanya sehabis mungkin.
Jin turun ke dalam bangunan mencari berlian tersebut dengan fikiran yang kusut. Jika tersilap langkah, dia bukan saja kehilangan berlian malah nyawanya juga.
Dia hanya ada satu cara. Berlian itu harus menjadi sebahagian daripada dirinya. Lalu dia pun menelan segenggam berlian itu sekali gus.
Kemudian dia menghentak pintu peti besi sampai rosak. Selepas memastikan berlian tersebut telah masuk ke dalam badan, dia melangkah keluar bersama peti besi yang rosak.
Namjoon menanti ketibaan Jin di kawasan tapak stesen penjanakuasa solar. Jin terus melutut di depan Namjoon seperti hamba yang menghadap pembesar. Lalu dia pun mengeluarkan peti besi itu.
"Aku hampir-hampir tak dapat cari. Tapi macam kau tengok ni, kunci dia dah rosak. Jadi aku bawa peti ni untuk kau buka..."
"Tapi kau lewat 24 jam 13 minit." Tiba-tiba Namjoon mengacukan pistol ke dahi Jin.
"Tolonglah lepaskan aku. Ni semua sebab gempa bumi." Rayu Jin menggeletar.
"Kau tahu tak persamaan antara perang dengan bencana alam? Tak ada orang pun peduli dengan mayat yang bergelimpangan!" Marah Namjoon kerana tidak dapat memiliki berlian itu kerana kunci peti besi sudah rosak. Dia merenung tajam ke arah Jin.
"To... Tolong lepaskan aku. Aku sanggup buat apa je, ya semua benda yang kau suruh!" Rayu Jin sambil memeluk kaki Namjoon.
"Kau tak perlu buat semuanya. Asalkan kau buat benda yang aku suruh dengan baik. Tu je!" Kata Namjoon sambil menendang Jin bagaikan mengusir haiwan yang jijik dan kotor.
"Okay, sure. No problem! Yes... Yes. I'll do anything for you!"
Jin cuba menjilat kaki Namjoon seolah-olah lelaki itu melemparkan seguni wang kepadanya yang mengemis. Tidak lama selepas itu, Namjoon berlalu meninggalkan Jin bersama peti besi.
Jin terus melutut di tanah sambil tertunduk hingga keadaan sekeliling menjadi sunyi. Beberapa minit kemudian, apabila tiada sesiapa di situ, dia bingkas bangun dan menuju ke Bighit Cube dengan cubaan untuk mendapatkan 'peluang' pulang ke tanah air.
Akhirnya bas tersebut tiba di lapangan terbang. Jin tidak menunggu lama untuk keluar dari bas tersebut sebaik saja ia berhenti.
Jantungnya berdebar-debar bagaikan hendak tersembul keluar. Jin berlari ke kaunter tiket untuk menjalani prosedur menaiki kapal terbang.
Ketika itulah, beberapa orang yang bermuka bengis memerhati melalui tingkap seperti mencari seseorang.
Mereka ada konco-konco Namjoon. Jin terkejut dengan kehadiran mereka terus berlari ke tempat lain sebelum bersembunyi di sebaik tiang.
-To be continued-
-Terima kasih kepada yang sudi membaca 😉. Jangan lupa vote tau!(/'♡')/
-shaa_helmi13
YOU ARE READING
Creature Of Creation [Kim Taehyung]+[Malay Fanfiction]
FanfictionFitrah yang hilang kerana kesibukan hidup. Tenggelam dalam cinta biasa tanpa terluka seperti yang dijanjikan. Kami akan menyediakan wasiat sebelum memulakan dan melaksanakan sesuatu misi. Aku amat berharap agar surat ini tidak sampai ke tangan Dr. K...