Kemarahan Namjoon meletus bak lahar gunung berapi. Dengan mata yang penuh dengan api kemarahan, tanpa teragak-agak dia terus menembak beberapa orang konco-konconya.
Walaupun baru semalam mereka menerima peti besi dari Jin, tetapi dia merasakan tempoh tersebut seperti 10 tahun.
Mereka sudah arif benar apa yang terjadi kalau Namjoon naik angin. Bagi lelaki itu, perkataan setia atau moral tiada sebarang makna.
Namjoon seorang pembunuh yang gila dan tiada siapa akan percaya lelaki yang tiada belas kasihan ini sebenarnya bekas tentera.
"Dia tak ada di lapangan terbang. Mungkin dia dah tahu kedatangan kita. Tapi aku dah sepakat dengan polis untuk pasang perangkap." Beritahu orang suruhan Namjoon yang sekali lagi mendapat kepercayaan dan terlepas dari ancaman pistol.
"Dia akan cari jalan keluar dari negara ni. Kalau dapat tangkap, aku akan siat-siat dia. Kau sediakan Song Jihyo sebagai ganti bekalan pistol dan hantar perempuan tu kepada Dr. Jungkook." Arah Namjoon sambil mengetap gigi.
"Baik!" Sahut konconya.
Namjoon memandang konco-konconya lalu berjalan keluar. Sebaik sahaja bos mereka hilang dari pandangan, mereka menghembuskan nafas lega dan terus terduduk.
Nampak saja gengster tapi bila berdepan dengan Namjoon, semuanya macam tikus! Ini kerana mereka tahu betapa kejamnya lelaki bernama Namjoon itu.
Banyak kumpulan samseng bergaduh berebut kawasan. Tapi bila Namjoon muncul, mereka kembali bersatu.
Ini kerana Namjoon adalah ketua dan orang pertama yang memungut wang di lorong itu untuk membeli senjata.
Kemudian dia beri senjata itu kepada Dr. Jungkook. Walaupun tidak pasti hubungan mereka, jelas sekali Dr. Jungkook menerima rasuah atas perniagaan senjata haram Namjoon termasuklah proses jual beli berlian serta anak-anak gadis.
Dan salah satu mangsa gadis yang dijual ialah Song Jihyo. Gadis itu tinggal di kawasan penginapan anak-anak yatim dan mangsa perang.
Tempat ini tiada di dalam peta. Namjoon menguruskan tempat itu dan kerap berpindah-randah.
Kanak-kanak yang tinggal di situ adalah punca pendapatan Namjoon.
Kanak-kanak perempuan yang cantik dilatih menjadi perempuan simpanan sebelum diserahkan kepada Dr. Jungkook ataupun dijual kepada orang kaya. Manakala yang selebihnya dijadikan pelacur, orang gaji dan sebagainya.
Kanak-kanak lelaki pula jika ada potensi akan dijadikan orang suruhan Namjoon. Mereka akan dilatih guna senjata manakala yang berpenyakit dibiarkan mati kelaparan.
*************************
Ramai menyangka Hoseok dilahirkan di atas 'silver spoon'. Ya, dia dilahirkan di dalam keluarga yang berada dan bijak selain dianugerahkan rupa paras yang kacak.
Tiada yang kurang di dalam hidup lelaki itu. Dia juga mempunyai isteri yang cantik. Tentu sahaja dia tidak mempunyai sebab untuk tidak bahagia.
Tetapi, dia tidak gembira sebenarnya. Dalam dunia ini, jiwanyalah yang paling miskin. Gempa bumi di Urk seolah-olah telah mencarik-carik jiwanya.
Tempoh perkhidmatan sukarela sudah tamat. Begitu juga dengan kerja penyelamat mangsa gempa bumi.
Walaupun tidak semua boleh pulang ke tanah air kerana tiket kapal terbang yang tidak mencukupi, namun dia boleh sahaja pulang dengan jet peribadi jika mahu. Tapi Hoseok enggan.
Dia tidak memberi tempat kepada pesakit yang memerlukan pemeriksaan MRI kerana semangat Hippocrates seperti Jururawat Rose miliki. Dan juga bukan kerana segan dengan pegawai perubatan yang lain.
Tambahan pula Taehyung sudah masukkan namanya dalam senarai pulang kerana tahu bahawa isteri Hoseok sedang sarat mengandung. Tetapi dia tetap memilih untuk tidak pulang.
-To be continued-
-Terima kasih kepada yang sudi membaca 😉. Jangan lupa vote tau!(/'♡')/
-shaa_helmi13
YOU ARE READING
Creature Of Creation [Kim Taehyung]+[Malay Fanfiction]
FanfictionFitrah yang hilang kerana kesibukan hidup. Tenggelam dalam cinta biasa tanpa terluka seperti yang dijanjikan. Kami akan menyediakan wasiat sebelum memulakan dan melaksanakan sesuatu misi. Aku amat berharap agar surat ini tidak sampai ke tangan Dr. K...