Episod 1: Part 1

40 9 3
                                    

Sudah lama Eunbi tidak ke bukit Kem Mowuru. Kali pertama dia ke situ sehari sebelum balik Australia. Pemandangan dari atas bukit ini sudah banyak berubah.

Bukit batu yang nampak gah suatu masa dulu, kini kelihatan seperti tin kosong yang kemik. Padang hijau yang menyejukkan mata apabila dipandang kini bertukar hitam seperti berada di dalam kegelapan.

Bukit tempat Eunbi berdiri kelihatan seperti kubur diselaputi debu. Hanya langit yang masih sama.

Langit begitu cerah seolah-olah tidak menghiraukan kesakitan yang dialami manusia. Melihat pemandangan yang luas itu, Eunbi mula rasa kekosongan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.

Manusia memang tidak berdaya bila tragedi menimpa. Walau sekuat mana pun mencuba, masih ada perkara yang tidak dapat dihalang.

Begitu juga dengan cinta. Cinta yang tidak kesampaian juga merupakan satu tragedi. Ketika cinta ditolak, remuknya sama seperti dilanda gempa bumi. Begitulah gambaran hati Eunbi sekarang.

Seseorang yang terselamat dari kesengsaraan tidak mungkin dapat dilupakan hingga ke akhir hayat. Mungkin seperti luka cinta yang terpendam dalam hati, akan terus dibawa hingga ke kubur.

Bagi Eunbi, luka yang disebabkan oleh Taehyung belum seteruk itu. Tapi bila lelaki itu berulang kali menolak cintanya, hatinya hancur berkecai.

Taehyung ibarat burung biru yang diselaputi kabus dan tidak mungkin dapat ditangkap sebelum ia terbang bebas.

*************************

Senja mula melabuhkan tirai. Lampu mula dihidupkan di kawasan kem menerangi berek dan kawasan di sekeliling Bighit Cube.

Asap putih berkepul-kepul keluar dari corong berek. Mungkin ada pegawai sedang bertugas di dapur untuk menyediakan makan malam.

Eunbi yang tersedar dari lamunan menghentak-hentakkan kasutnya, cuba untuk membuang debu dan perlahan-lahan melangkah menuruni bukit.

Alunan muzik kedengaran entah dari mana. Nampaknya Yoongi sudah berjaya membaiki piano yang rosak akibat gempa bumi. Tangannya memang berbakat.

Sebagai ahli Bangtan ataupun dikenali sebagai Bulletproof, Yoongi diterima sebagai salah seorang doktor di Bighit Cube. Pada masa lapang, dia menghabiskan masa di bilik muzik.

Alunan piano oleh Yoongi kedengaran di kawasan kem dan berek. Sekaligus mendamaikan pesakit yang terlantar di Bighit Cube. Perlahan-lahan alunan muzik itu menusuk masuk ke dalam jiwa Eunbi yang terluka.

Eunbi cuba mencari dari mana datangnya muzik itu. Rupa-rupanya dari bilik gerakan.

Yoongi yang sedang menghayati lagu sambil memejamkan mata terus tersedar apabila terdengar pintu dibuka. Ketika itu Eunbi perlahan-lahan masuk sambil mengangkat ibu jari.

"Lepas ni lagu apa pula?" Tanya Eunbi sambil melabuhkan punggung di atas meja.

"Entahlah. Rasanya lagu yang dipilih oleh Dr. Kim Taehyung," Ujar Yoongi sambil menunjukkan telefon yang tersambung ke pembesar suara. Telefon milik Taehyung ada di situ.

Eunbi dapat rasakan bahawa bukan muzik yang membawanya ke situ tetapi jiwa Taehyung yang menarik perhatian tanpa mengetahui hati gadis itu.

Eunbi seperti tidak percaya dengan apa yang didengar. Sebaik sahaja alunan muzik berakhir, suara Taehyung berkumandang di corong pembesar suara.

Rakaman pesanan suara di telefon!

Suara yang bercampur-baur dengan bunyi air dan runtuhan termasuklah enjin kenderaan. Pastinya rakaman dibuat ketika dia tersangkut di hujung tebing!

"Huhu... Kalaulah aku tahu nak mati dekat negara orang, tak ingin aku nak jadi doktor. Lebih baik aku habiskan masa dengan benda yang aku suka... Tak! Aku tak boleh tinggalkan mesej macam ni sebelum mati... Huhu!" Keluhnya walaupun tangan sedang berpaut pada batu.

"Hwang Eunbi... Kau akan datang sini kan? Huhu... Tak! Kau takkan datang selamatkan aku. Kalau aku mati, aku harap kaulah orang pertama jumpa mayat aku."

"Tapi kalau aku betul-betul mati dalam keadaan macam ni, baik aku mengaku je. Aku sayang kau! Huhu..." Tiba-tiba sahaja rakaman pesanan itu ditutup. Sepantas kilat Taehyung merampas telefonnya lalu berlari keluar seperti lipas kudung.

"Muzik memang dapat mengubah banyak benda.," Ujar Yoongi sambil tersenyum penuh makna.

Eunbi ketawa kecil memandang Yoongi sebelum melompat ke luar tingkap untuk mengejar Taehyung. Pintu ada, tapi tingkap juga yang diguna. Tak patut...

"Oh mak kau terbang!" Taehyung menjerit kerana terkejut apabila Eunbi tiba-tiba muncul di hujung koridor berek kem. Dengan muka yang terkejut, lelaki itu bertanya.

"Laju betul kau kejar aku. Kau ni bekas atlet yang tak berjaya ke apa sebelum jadi tentera?"

"Kalau kau nak tahu, inilah salah satu kelebihan yang aku belajar masa latihan ketenteraan dua tahun lepas." Jawab Eunbi dengan rasa megah.

"Jadi kau guna latihan tu untuk melindungi negara dengan cara macam ni? Atau demi kepentingan diri sendiri?"

"Sebab ada orang luahkan perasaan secara terbuka." Usik Eunbi.

"Aih kau ni memang teruk. Sesuka hati je dengar rakaman orang."

"Eh bukan aku yang nak dengar. Benda tu yang terpasang sendiri. So aku dengar jelah bila nama aku yang indah tu disebut."

"Kalau terpasang sendiri pun, kau dengar je ke? Tak nak buat apa-apa?"

"Sebelum kau mati, kau mesti ada niat nak buat pengakuan tentang perasaan kau pada aku. Tapi bila dah selamat dan umur dipanjangkan, lain pula ceritanya. Kau tahu tak dah berapa lama aku tunggu kau?" Sambung Eunbi lagi.

"Me... Mengaku? Tu bukan pengakuanlah," Tergagap-gagap Taehyung macam budak kecil tak pandai menipu.

Mata Eunbi yang ditutup kini terbuka luas. Kebenaran yang selama ini boleh dilihat depan mata kini terserlah melalui telinga.

Muka Taehyung yang merah seperti dakwat bagaikan sedang menulis perkataan 'suka'. Manakala anak mata yang hitam pekat bak lohong hitam milik Eunbi seolah-olah menyedut seluruh jiwa kelelakiannya.

Selepas mengetahui perasaan Taehyung, Eunbi merasakan hatinya yang gelap kembali bercahaya. Dia juga merasakan hatinya seperti sedang terbang di angkasa.

-To be continued-

-Terima kasih kepada yang sudi membaca 😉. Jangan lupa vote tau!(/'♡')/

-shaa_helmi13

Creature Of Creation [Kim Taehyung]+[Malay Fanfiction]Where stories live. Discover now