Bab 4❤

38.5K 1.6K 167
                                    

   Setelah selesai 'kerja' itu, dia menyuruh anak² buahnya menguruskan mayat si tak guna itu.

"Macam biasa" arah Qiz. Dia tidak perlu bercakap panjang memandangkan urus mayat musuh seperti biasa. Iaitu bagi makan pada haiwan liar.(😏)

Dia membersihkan diri apabila sampai diruang biliknya. Dia bersiap ala kadar sahaja. Pakai baju tshirt hitam, seluar jeans,spek hitam.(gambar diatas sebagai rujukan.😁)

Dia masuk kedalam kereta audi kesayangannya itu dan memecut ke hospital.

Jam sudah berganjak pukul 4petang. Baharulaa dia tiba di hospital. Bilik pesakit Humaira dimasuknya.

Qiz mengetuk pintu beberapa kali terdahulu tapi tanpa mendengar penghuni bilik menjawab, dia terus terjah bilik itu. Terkaku dia melihat pemandangan dihadapannya kini.

Shaza yg baharu sahaja keluar dari bilik mandi dengan mengeringkan rambut menggunakan tuala.

'Cantik!' Tak berkelip Qiz dibuatnya.

Shaza seolah olah baru tersedar seperti ada mata² lain melihat dirinya.

"Owhh encik! Dah lama ke sampai?" teguran Shaza menghentikan lamunan si lelaki.

"Hahh? Owhh baru je" Qiz menapak kearah Shaza yg berpakaian baju kurung hitam, baju yg Qiz menjumpai Shaza pada malam itu.

"En.. Encik kenapa ni?" soal Shaza dengan cuak apabila Qiz melangkah kearahnya dengan mata helang tusuk ke anak mata Shaza. Gerun.

"Panggil aku Tuan Raf." kedengaran suara Qiz agak tegas tpi baginya sudah lembut untuk menakut nakutkan Shaza.

Setelah itu Qiz menjarakkan dirinya dari Shaza. Nanti tak pasal² kena kahwin free.(😂)

"Ok Tuan Raf. Tuan Raf boleh panggil saya Shaza.Shaza Humaira." sambil tersenyum bangga Shaza menghulurkan tangan kearah Qiz.

Qiz seolah olah terkaku dengan senyuman manis Humaira.

Shaza seolah olah mengutuk dirinya.'Ishh takkan laa dia nak sambut tangan kau ni Shaza.' Shaza terus menarik tangannya.

"Ehemm. Cepat sikit berkemas, ikut aku pulang nanti." Dah keluar dahh arahan dari majikan. Qiz keluar dari bilik itu dan menuju ke kaunter.(kalau tak igt rujuk bab 2😐)

***

"Encik... Eh Tuan Raf, kita nak pergi mana ni?" soal Shaza terpinga pinga apabila melihat kereta ini meluncur kearah kawasan hutan. Dah cuak dahh si Shaza ni.

"Pergi honeymoon laa sayang." kedengarannya seperti seakan akan memerli Shaza.

"Tuan ni, cakap laa betul²" geram sungguh dengan mamat sebelahnya ini. 'Orang serius dia buat cakadak dia pulak'

"Kutuk laa lagi dalam hati tu. Biar hati tu hitam sebab kutuk majikan yg hensem ni" angkat bakul kain yg bersepah pulak dah si Qiz ni.

"Mm..mana ada saya kutuk Tuan Raf? Saya puji adalah." takut.

"Yeke kau puji? Kau puji apa?" soal Qiz dengan senyuman manisnya.Ini kali pertama Shaza melihat senyuman seperti itu. 'Cair!' Tanpa berkelip mata Shaza merenung anak mata si Qiz yg berwarna biru tua pekat.

Qiz seolah olah sedar apa yg dilamunkan oleh Shaza. 'Ni laa nasib bila aku senyum. Sebab tu aku malas senyum.'

Qiz memetik jarinya dihadapan muka Shaza.

Shaza tersentak dengan kelakuan si Qiz. Dia memperbetulkan tempat duduknya supaya menghadap depan.

'Malunyaa, mesti dia perasan.' Shaza menekup mukanya yg merah merah itu. Tanpa Shaza sedar ada sepasang mata yg memandang mukanya itu.

Tersenyum Qiz dibuatnya.

***

"Kita kat mana ni?" mata si Shaza melilau tengok kawasan. Memang tak boleh duduk diam mata Shaza ni. (Aish🙊)

"Kau ni, takkan tak kenal. Depan tu kedai mamak kan? Ni laa perempuan, kalau kedai macam ni buat² tak nampak. Kalai mall boleh hafal satu² kedai kat situ." sempat juga si Qiz ni memerli Shaza.

"Itu la nama perempuan. Dah jom, saya lapar ni." kata Shaza dengan menggosok perutnya dengan kasar.

Belum sempat Qiz memanggil tuan mamak itu, Shaza sudah memanggilnya. "Bang! Sini!" sambil mengangkat tangan kearah tuan mamak itu.

'kejap, dia panggil mamak tu 'Abang?' wth!?' terus matanya tajam menikam anak mata si Shaza yg memesan makanan.

"Ehh awak nak makan apa?" soal Shaza apabila Qiz memandangnya seperti ingin telan. Tajam woii pandangan orang cemburu ni.. Jangan buat main, sekali pandang di hati habis dipanahnya.(😂)

"sama dengan kau." nada Qiz sudah bertukar menjadi tinggi.

"Nak dua ya." Mamak itu hanya mengangguk okay.

Setelah mamak itu berlalu.
"Kau panggil apa kat mamak tu? 'Abang'?!" soal Qiz dalam nada cemburu. Nampak sangat riaksi mukanya yg ganas menjadi comel.

"Dah tu nak panggil apa?" selalunya bukan ke orang panggil macam tu..

"Dengan aku kau panggil encik bukan abang." perlahan sahaja suara Qiz.

"Hahh apa? Saya tak dengar." soal Shaza.

"Xde apa² laa." terus senyap antara Qiz dan Shaza. Sehinggalaa sampai di muka hadapan vila itu.

'TQR Vila' "Waaaa, cantiknya vila ni. Ni ke tempat kerja saya?" teruja sungguh Shaza dibuatnya. Tapi bila difikirkan balik, rumah sebesar ni takkanlaa dia kemas sesorang?

"Ni tempat kau bekerja dan ni jugak tempat kau tinggal. Jom masuk." tanpa membantah Shaza terus mengikuti langkah Qiz dari belakang.

Shaza memerhati kawasan vila itu, dari tadi dia asyik terfikir kenapalaa ada ramai sangat pengawal jaga vila ni.

"Tuan Raf, kenapa ramai sangat orang² macam tu kat luar ni?" soal Humaira dengan perlahan.

"Untuk jaga keselamatan laa. Kau ni itu pun tak tahu." Qiz melangkah masuk kedalam vila itu.

Semua anak² buah si Qiz menunduk hormat kepada Qiz. Qiz hanya membuat tak endah dan terus melangkah kearah lif ditepi tangga itu. Tanpa menunggu lama, Shaza juga mengikutinya masuk kedalam lif itu.

Lif tertutup dan tingkat ketiga,lif itu terbuka. Jika dilihat hanya ada 3 bilik sahaja di aras ini.

"Yang hujung tu, tu bilik kerja aku. Kau perlu kemas waktu aku pergi kerja je. Yang tengah ni, ni bilik aku. Kau nak pergi kemas waktu malam pun boleh.." sengihan gatal sudah menguasai muka si Qiz dan mendapat jelingan dari Shaza.

"Dan ni pulak, bilik kau."

"kenapa bilik saya bersebelahan dengan bilik tuan? Bukan ke kalau maid kena tinggal kat kawasan dapur?" soal Shaza.

"semua ruangan bilik kat vila ni dah penuh. Kau patut bertuah tau dapat bersebelahan bilik dengan aku yg hensem ni." angkat bakul lagi.

"Dah pergi bersiap, kita akan keluar malam nanti. Pakaian kau dah ada tersedia kat dalam." seusai berkata, Qiz terus menapak masuk kedalam bilik tidurnya.

Tanpa membuang masa, Shaza terus melangkah masuk kedalam bilik itu. Hanya satu je ayat yg keluar dari mulut Shaza.

"Wwaaaaaaaa!" Shaza menerokai bilik itu. 'shantikknyee.' Shaza terpandang pakaian yg berlipat cantik di penjuru katil.

Tanpa berlengah, Shaza terus rembat dan masuk kedalam bilik air. Yelaa rumah sebesar ni takkanlaa takde cctv kan..




Macam mana?😂 Mafia pun boleh jealous tau ngn mamak pulak tu..
Hehehe. Nak tahu ke tak macam mana si Qiz ni buli  kesayangannya Shaza?  Chapt seterusnya adaa..
See you.😉
Vote okay.

He's MAFIA  [DONE] ✅Where stories live. Discover now