"Kita dah sampai ke Kota Frown,tuan." Bisik seorang lelaki itu kepada tuannya yang berpakaian jubah hitam.
"Chokey.."
Tuannya menyebut nama lelaki itu dan muncullah kelibat seseorang lelaki di depan matanya.
"Ya,tuan. Ada yang saya boleh tolong?" Soal Chokey kepada tuannya. Chokey berpakaian kemas serta rambutnya yang berwarna kelabu itu membuatnya lebih menawan.
"Sekarang aku nak kau cari tempat untuk kita berteduh pada waktu malam nanti dan .."
"Aina.."
Sekali lagi tuannya menyebut nama seorang perempuan dan muncul kelibat seorang perempuan yang mempunyai wajah yang sangat serius.
"Aina,aku nak kau ikut bersama Chokey un.." Belum habis tuannya bercakap. Aina sudah berkata dengan dingin.
"Aku tahu,jom Chokey." Kelibat Aina sudah menjauh dari pandangan Chokey dan tuannya.
"Maaf dengan kelakuan Aina,tuan." Chokey menunduk hormat sekali lagi dan dia terus mengikut Aina.
.
.
.Suasana menjadi sunyi , Chokey dan Aina masih mencari tempat berteduh. Chokey memandang Aina seperti ingin bertanya kepada Aina dengan pelbagai soalan. Tetapi Aina langsung tidak perasan dengan pandangan yang diberi oleh Chokey.
Chokey sekali lagi memandang Aina dengan mukanya yang penuh harapan agar Aina bersuara.
Dan akhirnya!
"Kau dah kenapa pandang aku macam orang gila?" Kata Aina yang masih dingin.
"Tak ada..cuma" kata Chokey terhenti,Aina hanya memberi isyarat 'APA?'
"Kenapa kau layan tuan macam tu?" Sambung Chokey.
"Aku benci dengan tuan. Pernah ke tuan layan kita dengan baik? Dia anggap kita seperti hamba dia! " Amarah Aina.
"Tapi Ai,kalau dia tak ambil kita. Mungkin kita akan jadi roh yang berkeliaran atau menjadi.." Chokey menunduk kata-kata disambung oleh Aina.
"Jadi syaitan yang akan merasuk manusia,aku sanggup jadi begitu Cho! Daripada di maki hamun oleh tuan." Kata Aina yang masih dingin.
"Kau mesti tahu Ai yang tuan bukan nak maki hamun kita,mungkin dia tak nak kita jadi lemah. Takkan kau tak ingat apa yang jadi pada tuan sebelum ni?" Balas Chokey.
"Maksud kau 'Yuki' ?"
.
.
.
Sementara menunggu kedatangan Chokey dan Aina. Dia berjalan mengelilingi bandar frown lalu dia menuju ke pantai untuk menenangkan dirinya tetapi hatinya merasa pelbagai aura sihir yang berdekatan dengan persisiran pantai itu. Dia melirik matanya untuk melihat sebuah bangunan yang berhampiran dengan pantai itu. Ia seperti sebuah istana tetapi bukan."Guild?"
Ianya sebuah guild?
Dia baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam guild ,tetapi langkahnya terhenti kerana dia merasa sakit di bahagian tengkuknya seperti ditusuk oleh pisau. Dia mengerat kesakitan sehingga tersungkur.
"Cih,Apalah dua budak ni buat dekat belakang aku! Argh Aina.."
.
.
.Kay masih mengikut jejak langkah Namisha,Namisha mula merasa terganggu dengan sifat Kay yang asyik mengikutinya.
"Okay,kita akan pergi guild!" Kata Namisha secara mengejut.
"Betul?" Kay menjongket keningnya.
"Ya,tapi please jangan ikut aku!"
"Tapi kenapa?" Kay bertanya sekali lagi.
"Err..sebab..oh yah! Bukankah kau k
Janji nak pergi dengan Hanani untuk bekerja?""Aduhh,kenapalah aku boleh lupa benda ni! Aku pergi dulu ya Namisha,terima kasih ingatkan aku." Kay terus berlari seperti lipas kudung putus ekor. Tak menentu betul !
Namisha menghela nafas lega. Sekiranya dia ingin pergi ke cafe,dia dah cukup terlambat untuk bekerja. Dia cuba menuju ke guild ,
"Hm,singgah je lah. Alang-alang dah hampir ni.." Namisha menghempus nafasnya sekali lagi,berat? Sungguh berat untuknya menyinggah ke guild ini. Sudah 5 bulan dia tidak munculkan dirinya.
Ketika dia menghampiri guild tersebut,dia terlihat seorang lelaki berbaju jubah hitam tersungkur.
"Bukankah itu.."
Dia segera berlari ke arah lelaki itu.
"Kau okay?"
Lelaki itu tidak membalas soalan Namisha,Namisha cuba memberanikan dirinya untuk menyelak topi yang dipakai oleh lelaki itu.
"Dia pengsan ke tidur?"
Tiba-tiba dua orang ahli dari guild itu keluar dari pintu guild. Dua orang itu terkejut dengan kehadiran Namisha lalu badan mereka bergetar kerana ketakutan.
"Eh, Cik Namisha. Selamat petang." Mereka berdua menunduk hormat.
"Zex ! Roy ! Tolong aku angkat lelaki ni dalam bilik kesihatan." Arah Namisha.
"Tapi cik Namisha,kami.."
"Kalau korang berdua buat kerja dengan cepat,cepatlah korang berdua siapkan kerja tu. Jadi cepat! " Jerit Namisha dengan lantangnya.
.
.
.
.
.Perasan tak ? Banyak persoalan dalam EPs ni?
Kenapa Chokey cakap kepada Aina tentang roh?
Macam mana Tuan dia boleh rasa yang mereka berdua mengumpat atau cuba memburukkannya?
Kenapa Namisha tak pergi ke guild selama 5bulan?
Last!
Kenapa orang ahli guild Namisha ,takut pada Namisha?
Hiho ,so waiting for next EPs untuk mengetahuinya lebih lanjut.
YOU ARE READING
ACHAVA
FantasyAchava? Apa maksud Achava? Apa kaitan Achava dengan Kerajaan Clemmie? Siapa Namisha kepada Kerajaan Clemmie ? Adakah dia seorang puteri? Kemungkinan? Tapi apa hubungan dia dengan Achava? Kenapa Namisha bersama Hanani yang memang berketurunan dar...