~killer's revenge~
*
*
*
*
*
*3 tahun kemudian selepas kematian Claudia.. Claudine masih berhubungan dengan Fross. Mereka telah menamatkan persekolahan setahun yang lalu dan kini mereka mula hidup bersama di sebuah rumah sewa. Walaupun ibubapanya melarang keras, tetapi Claudine tidak mengendahkan mereka. Dia malah melawan dan tidak mahu mendengar kata. Ibu bapanya terpaksa akur dengan kemahuan Claudine. Claudia yang sebetulnya tidak pernah melawan ibubapa mereka, tetapi Claudine yang dianggap mereka Claudia ini sering mencetuskan pergaduhan di dalam keluarga. Ibu bapanya menjadi pelik dengan perangai 'Claudia' yang tiba-tiba berubah semenjak kematian 'Claudine'.
Claudine dan Fross mula bekerja sementara di sebuah pasaraya sambil menunggu panggilan dari pusat pengajian untuk menyambung pelajaran mereka. Pada awalnya, semua baik-baik sahaja. Tetapi selepas sebulan, Fross mula bergaul rapat dengan beberapa orang gadis yang bekerja di pasaraya itu. Perasaan Claudine mulai tumbuh bibit-bibit cemburu di dalam hati.
Setiap kali dia terlihat Fross bergelak ketawa dengan mereka, hatinya bagai disengat tebuan. Ia sakit sekali! Wajah kacak Fross itu sememangnya akan menarik perhatian pekerja pasaraya serta pelanggan wanita muda. Ia mencetuskan iri hati di dalam sanubari Claudine terhadap mereka. Tetapi, dia bertahan dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara itu. Baginya, Fross hanya mencintai dia seorang dan pasti lelaki itu tidak akan curang terhadapnya.
Pekerja-pekerja di sana semua tahu tentang hubungan Fross dan Claudine, tetapi mereka seperti tidak mempedulikan perasaan si pembunuh itu. Mereka masih bermanja-manja dengannya walaupun mereka tahu Claudine sedang sakit hati. Namun nun jauh di lubuk hati sang pembunuh, dia akan menghapuskan sesiapa saja yang cuba merampas Fross dari tangannya. Sama seperti apa yang telah dia lakukan terhadap kakak kandungnya sendiri!
~~~~~~
"Fross, awak cintakan saya seorang saja kan?" Claudine menyoal teman lelakinya sewaktu mereka berada di rumah sewa mereka.
"Yes, only you. Kenapa tanya?" Balas Fross sambil menekan-nekan butang telefon bimbitnya seperti sedang berbalas mesej dengan seseorang.
Claudine berpura-pura memeluk badannya untuk cuba bermesra kerana ingin melihat Fross berbalas mesej dengan siapa di atas katil tempat mereka beradu.
"Saya tanya sebab saya takut awak curang," Claudine berterus terang. Matanya melirik ke arah skrin telefon bimbit.
"Haha.. nak curang apa pula? Kita kan dah lama bersama. Lagipun, hanya awak seorang saja yang buat saya.. tergoda, Claudia.." jawab Fross. Nama Claudia disebutnya dengan lembut. Telefon bimbitnya segera ditekup pada tilam supaya gadis itu tidak ternampak perbualan pada ruang mesej.
YOU ARE READING
TWINS; CLAUDINE ✅
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 GENRE : THRILLER 🔞🔞 LANGUAGE : MALAY, ENGLISH CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. IA DATANG DARI OTAK SAYA YANG GILA2 NI. PEMBACA BERUMUR 21 TAHUN KE BAWAH JANGAN PANDAI2 BACA SEBAB CERITA INI MENGANDUNGI...