PSYCHO
*
*Rangka milik Mirella telah ditemui oleh pekerja pengangkut sampah yang sedang melakukan kerja pembersihan di tempat pembuangan sampah. Ia sungguh mengejutkan mereka bila melihat rangka-rangka yang sudah terlerai antara satu sama lain di dalam sebuah beg plastik berwarna hitam.
Perkara itu dilaporkan serta merta kepada pihak berkuasa. Ia menjadi berita hangat di negara itu. Penemuan rangka tanpa identiti itu telah disiasat oleh polis penyiasat Paris.
Billiejoe dan Mike terkejut setelah mengetahui kes tersebut. Kehilangan Mirella satu hari lalu menjadi tanda tanya orang ramai. Adakah rangka itu milik Mirella atau sebaliknya? Namun, setelah autopsi dijalankan terhadap rangka itu, ternyata ia adalah rangka Mirella! Susulan dari kejadian tersebut, Armado telah ditahan semasa bekerja di restoran. Kerana hanya dia saja suspek utama dalam kes kehilangan dan pembunuhan Mirella.
~~~~~~~
"No, i didn't do it!! Saya tak tahu apa-apa tuan! Tolonglah percaya.." Armado cuba menyembunyikan perkara yang sebenarnya. Dia menjadi sangat takut sekarang.
"Encik, kami dah mengesan cap jari encik pada rangka cik Mirella. Begitu juga di dalam kediaman tempat tinggalnya." Kata polis penyiasat itu semasa berada di dalam bilik tahanan.
Armado menggelengkan kepalanya. Perbuatan Claudine itu sekarang telah terpalit pada diri lelaki itu sendiri.
"Bukan saya yang lakukannya! Kawan serumah Mirella yang bunuh dia! Saya saksi kejadian!" Armado berterus terang kerana tidak mahu dituduh membunuh.
"Maksudnya, kamu bersubahat? Tapi kenapa tiada satu pun cap jari kawan perempuannya pada bahan bukti? Botol-botol asid semuanya bercap jari awak, encik Armado! Jangan nak menipu!" Bentak polis penyiasat itu lagi.
Armado agak terkejut mendengar ulasan itu. Dia bagaikan tidak percaya, padahal Claudine yang telah membunuh dan menghapuskan mayat Mirella!
"Baiklah.. saya akan beritahu segalanya. Ya, memang kami merancang pembunuhan tu. Tapi, Claudia yang lakukan semuanya, saya tak buat apa-apa! Dia jerut leher Mirella, lepas tu.. dia siram menggunakan asid." Armado menerangkan perbuatan Claudine kepada mereka.
"Hm.. dari mana dia dapatkan asid tu? Dan apa motif kamu terhadap mangsa?" Polis penyiasat itu menyoal semula.
Armado tergugup-gugup berbicara. Perasaannya tidak menentu ketika ini.
"Cl.. Claudia kata, dia.. suruh Mirella ambil dari makmal sains di universiti tanpa pengetahuan pensyarah. Sa.. saya langsung tak tahu yang dia akan buat macam tu, tuan.." jelas Armado lagi. Dia mulai berkeringat.
YOU ARE READING
TWINS; CLAUDINE ✅
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 GENRE : THRILLER 🔞🔞 LANGUAGE : MALAY, ENGLISH CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. IA DATANG DARI OTAK SAYA YANG GILA2 NI. PEMBACA BERUMUR 21 TAHUN KE BAWAH JANGAN PANDAI2 BACA SEBAB CERITA INI MENGANDUNGI...