DETEKTIF BILLIEJOE dan MIKE telah sampai ke Paris, di mana Claudine belajar pada masa ini. Tetapi mereka tidak mahu bertindak melulu terhadap gadis itu kerana Billiejoe mempunyai rancangannya sendiri untuk menangkap Claudine.
Hari pertama mereka menjejakkan kaki di bandar Paris, mereka telah menyiasat universiti tempat Claudine melanjutkan pelajarannya. Setelah berjaya, Billiejoe dan Mike berpisah untuk menjejak tempat tinggal gadis itu pula. Mereka harus berhati-hati agar gadis itu tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang dijejaki oleh detektif-detektif handalan itu.
~~~~~
Hari minggu, hari rehat buat Claudine. Dia bersantai di ruang tamu rumah sewa sambil memakan keropok. Mirella ketika itu tidak ada bersamanya. Tidak lama kemudian, rasa mengantuk mulai terjadi pada diri Claudine. Tanpa dia sedari, dia terlelap di bangku sofa dengan televisyen yang masih bersiaran. Saat Claudine tidur..
'Kakak tak akan maafkan awak, Claudine! Awak buat saya merana!'
'Claudine, awak yang patut mati! Awak akan masuk neraka tidak lama lagi! Hahaha!!'
Mata Claudine terbuka! Badannya berkeringat! Dia tercungap-cungap dan bingkas bangun dari tidur. Suara Claudia dan Amanda di dalam mimpinya tadi menganggu fikirannya.
"Huh..! Sial! Kamu nak apa lagi!? Kalau dah mati, buat cara mati! Jangan ganggu saya, faham!? Perempuan-perempuan sundal!!" Jeritnya sendirian di dalam rumah itu.
Kakinya bergerak laju menuju ke dapur. Air sejuk diteguknya sehingga puas. Setelah itu, dia masuk ke kamar mandi dan mencuci mukanya. Wajahnya ditatap pada cermin..
"Claudine.. jangan biarkan mereka menganggu awak. Teruskan hidup.. mereka layak mati. Awak tak bersalah Claudine, mereka yang bersalah.. haha.." dia berbicara dengan dirinya di dalam cermin sambil tergelak.
Dia keluar semula dan masuk ke dalam dapur. Dicapainya sebilah pisau, kemudian membawanya masuk ke dalam bilik.
Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Claudine mengelamun di tepi tilam dan asyik ketawa sendirian. Jiwa dan mentalnya semakin rosak!
"Saya perlukan sesuatu.. yang seronok.." bisiknya sambil mengenggam pisau.
Dia.. ingin membunuh lagi! Hatinya makin tidak keruan untuk mencari mangsa.
"Saya rindu nak tengok darah.." dia berbisik dengan mata yang terbungkam luas. Senyuman sinisnya melebar hingga ke pipi.
Tiba-tiba kedengaran suara Mirella dan Armado masuk ke dalam rumah. Claudine dengan pantas menyembunyikan pisau tadi di dalam laci meja solek dan bergegas keluar dari bilik.
YOU ARE READING
TWINS; CLAUDINE ✅
Bí ẩn / Giật gânI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 GENRE : THRILLER 🔞🔞 LANGUAGE : MALAY, ENGLISH CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. IA DATANG DARI OTAK SAYA YANG GILA2 NI. PEMBACA BERUMUR 21 TAHUN KE BAWAH JANGAN PANDAI2 BACA SEBAB CERITA INI MENGANDUNGI...