Paris, Perancis.
CLAUDINE sudah berada di Paris selama sebulan. Sikapnya yang peramah membuatkan pelajar di sana sangat menyukainya. Berada di negara asing tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan pelajarannya. Sebulan yang lalu dia berasa janggal, tetapi selepas itu tidak lagi. Dia menetap dengan seorang kawan barunya yang berwarganegara Paris, iaitu Mirella. Mereka adalah rakan sekelas di sebuah universiti.
Sambil Claudine belajar, dia bekerja sementara di sebuah restoran yang berdekatan dengan tempat tinggalnya bersama dengan Mirella. Rupa parasnya yang cantik itu kadang-kadang menarik para pelanggan lelaki yang datang. Tetapi dia tidak sekalipun tidak terpikat dengan mereka.
Mirella mempunyai seorang teman lelaki yang bernama Armado. Dia ialah pekerja tetap di restoran yang sama dengan Mirella dan Claudine. Lelaki bertubuh sasa itu sememangnya seorang yang berhati lembut. Dia sangat menyayangi Mirella dan setiap bulan, dia akan memberi sedikit wang kepada Mirella untuk menampung pelajarannya. Namun, di sebalik kekuatan cintanya, Mirella tidak setia. Tanpa pengetahuan Armado, dia bermain kayu tiga dengan lelaki lain yang belajar bersamanya di universiti.
Claudine tahu akan hal itu, tetapi dia tidak mahu bercampur urusan tentang Mirella. Dia menganggap ianya normal bagi seorang manusia. Kerana, tiada cinta yang akan kekal abadi. Sepertimana Fross lakukan kepadanya dulu. Dia begitu setia kepada lelaki itu, tetapi dia hanya dijadikan boneka tempat melempiaskan nafsu saja. Claudine tidak akan percaya dengan lelaki lagi..
Kisah pembunuhannya yang lalu tiada siapa yang tahu. Dia bagaikan malaikat pembunuh yang licik. Kes kematian Claudia, Amanda dan Phoebe sebenarnya belum berakhir. Dia tidak tahu yang kes itu sebenarnya masih disiasat hingga kini.
Penyiasat terulung Amerika, detektif Billiejoe Nell dan Mike Shiro sedang menyiasat kes itu secara senyap-senyap. Berita tentang kes pembunuhan yang berlaku pada tahun lalu itu dan hukuman mati Fross tidak memuaskan hati mereka. Kerana ia terlalu cepat dan tidak munasabah. Pihak polis terlalu terburu-buru dalam menyelesaikan kes tersebut. Billiejoe yang telah membaca setiap berita tentang hal itu, tidak puas hati dengan tindakan pihak polis yang dianggapnya tidak profesional.
Mike Shiro ialah teman karibnya yang berketurunan Jepun. Ibunya berasal dari Jepun dan bapanya pula berwarganegara Amerika. Setiap kes yang mereka siasat pasti menemui jalan penyelesaiannya. Termasuk kes-kes bunuh seperti yang terjadi kepada Amanda dan Phoebe.
Billiejoe Nell ialah seorang penyiasat yang hebat. Dia tahu Claudia yang dianggap Claudine itu tidak akan sesekali membunuh diri kerana gadis itu tidak hidup di dalam keluarga yang bermasalah. Billiejoe telah menyiasat latar belakang Claudine, dari keluarga sehinggalah hal peribadinya bersama Fross. Dan Fross juga telah berkait rapat dengan Amanda serta Phoebe. Dari situlah Billiejoe tahu, Fross bukan pembunuh Amanda dan Phoebe. Tetapi dia ingin memastikan buktinya kukuh dahulu sebelum menangkap pembunuhnya yang sebenar.
YOU ARE READING
TWINS; CLAUDINE ✅
Mystery / ThrillerI'jien Gracevon@copyright protected ©2019 GENRE : THRILLER 🔞🔞 LANGUAGE : MALAY, ENGLISH CERITA INI HANYA REKAAN SEMATA-MATA. IA DATANG DARI OTAK SAYA YANG GILA2 NI. PEMBACA BERUMUR 21 TAHUN KE BAWAH JANGAN PANDAI2 BACA SEBAB CERITA INI MENGANDUNGI...