Lidah Tao kelu ketika menemui seseorang yang amat seiras dengan seseorang yang istimewa dalam hidup Tao seketika masa dulu sebelum semuanya berubah 100% disebabkan takdir yang telah ditentukan oleh yang Maha berkuasa.
Tao menitiskan airmata jantan kerana terlampau sebak. Bertahun-tahun Tao merasai kesepian yang teramat.
Sekali lagi airmatanya menitis.
"Gege rindukan kamu.. "
Remaja lelaki itu mengerutkan dahi. Dia pelik kenapa pula lelaki tua itu rindukan dirinya? Bahkan ini kali pertama mereka bertemu di krematorium ini.
Tao tidak mempedulikan orang disekeliling yang lalu-lalang. Yang pasti dia perlu peluk remaja lelaki didepannya untuk melepaskan rasa rindu walaupun sebentar.
Tao memeluknya dengan erat. Seperti tidak mahu lepaskan kerana berat hati.
"Abang, saya bukan ahli keluarga abang. Cuma muka saya saja yang mirip dengan mendiang adik abang yang telah lama meninggal dunia" Remaja itu segera lepaskan diri daripada Tao. Remaja lelaki itu, atau mempunyai nama sama dengan mendiang adik Tao. Huang Renjun.
Dia mengundurkan diri secara perlahan-lahan. Menjauhkan diri daripada Tao. Dia tidak pernah dipeluk oleh orang asing seperti Tao seumur hidupnya.
"Maafkan abang sebab tak dapat kawal diri daripada peluk adik. Tapi muka adik sangat seiras dengan adik abang. Nama kamu berdua pun sama. Huang Renjun" Tao mengesat sisa airmata dengan hujung lengan baju sehingga tiada lagi sisa terlihat di kelompak mata.
Renjun diam, dia mulai kasihan kepada Tao. Dia juga pernah merasai kehilangan seseorang yang disayangi. Lebih menyedihkan lagi, Renjun tidak pernah melihat mukanya secara langsung kerana orang itu telah meninggal semasa dia dilahirkan.
"Mungkin dia rindu sangat adik dia. Aku pun pernah rasa kehilangan macam mana. " Monolog hati Renjun sendirian sambil melihat Tao dari rambut sehingga hujung kaki.
"Renjun sayang! Kenapa tak masuk dulu? Kan baba suruh masuk dulu sementara baba cari telefon bimbit baba. Mesti mama dah tertunggu-tunggu kat dalam tu menunggu kedatangan kita " Jerit seseorang dari jauh yang menarik perhatian Renjun.
Renjun senyum lebar melihat ayahnya datang sambil membawa sejambak bunga mawar merah. Renjun terus berlari mendapatkan ayah tercintanya.
"Baba! " Renjun terus memeluk ayah kesayangan yang telah bersabar menjaganya dari lahir sehingga sekarang.
Tao mendekati mereka berdua yang masih bermesra sementara tidak masuk kedalam ruang.
Tao terkejut, dia sangat kenal dengan muka ini. Orang yang datang tadi ada hubungan dengan Renjun semasa hidup.
"Llu-lucas..? Wong Yukhei aka Huang Xuxi.. " Tao perlahan-lahan mendekatinya. Renjun pandang Tao yang datang kepada mereka.
Terdengar namanya disebut dengan kuat. Dia menoleh ke arah suara tadi dan terkejut juga kerana telah lama tidak bertemu.
"Siapa abang ni? Kenapa dia tahu nama penuh baba? " Renjun mengoyangkan bahu Lucas supaya beritahu semua perkara di antara mereka.
Lucas menitiskan airmata lalu memeluk kenalannya yang telah lama tidak bersua muka.
"Tao, macam mana kau sekarang ni? " Lucas menepuk-nepuk bahu Tao lalu mengelap airmata tidak mahu orang lain nampak.
Renjun melihat mereka bergantian. Renjun pelik, adakah ini kenalan lama ayahnya?
"Baba, dia ni siapa? Kawan baba ke? " Renjun menghentakkan kaki tanda protes selagi soalannya tidak dibalas.
Lucas mengusap rambutnya, cuba untuk menenangkan anak tunggalnya yang mula membuat perangai di tempat awam.
YOU ARE READING
[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang Renjun
FanfictionSelepas apa yang terjadi, Tao tidak menyangka dia akan dipertemukan dengan seseorang. Apa yang berlaku sebenarnya sehingga Tao terkedu? #Tolong baca My Brother yang pertama supaya tidak spoil semasa baca yang kedua.