六 Liu

108 15 34
                                    

Selepas melawat orang tersayang yang telah tiada. Mereka bergerak menuju ke hospital untuk melawat Puan Huang.

Sepanjang perjalanan, Renjun hanya mendiamkan diri dan tidak buat bising seperti kebiasaan sehingga Lucas hairan.

"Renjun sayang, kenapa senyap je ni? Merajuk ke dengan baba? " Soal Lucas lalu mencubit pipi Renjun.

"Renjun pun tak tahu kenapa Renjun senyap je" Renjun mencebikkan bibir, menyilangkan tangan dan menggeleng.

Lucas hanya tersenyum mendengar balasan si anak.

"Pandai ya buat lawak sekarang ni? " Ujar Lucas sambil cubit pipi Renjun lagi dan fokus pada pemanduan.

Renjun yang mencebik bibir mula mengukirkan senyuman perlahan-lahan.

"Renjun, baba nak tanya kamu ni" Ujar Lucas.

"Kenapa, baba? " Soal Renjun sambil memandang wajah Lucas.

"Kamu betul-betul sayangkan mama Huang? Bukan main-main? " Soal Lucas kepada Renjun.

"Mestilah Renjun sayangkan mama, sebab dia dah bagi kasih sayang yang Renjun perlukan selama ni!" Balas Renjun dengan bersemangat.

"Baba nak minta maaf dekat Renjun, sebab sibuk sangat bekerja sebelum sampai buat Renjun terabai. Tak dapat kasih sayang yang cukup macam anak-anak orang lain " Ujar Lucas dengan kesal.

"Baba janganlah sedih, Renjun tak marah baba pun. Baba bagi kasih sayang yang cukup dekat Renjun. Renjun cuma perlukan kasih sayang seorang ibu je, baba jangan lah sedih. Baba kalau sedih, muka baba hodoh tau" Balas Renjun dengan jujur.

Lucas ketawa kerana kata-kata Renjun.

"Ya lah, baba takkan sedih-sedih lagi" Balas Lucas.

Mereka berdua senyap semula kerana Lucas perlu fokus memandu. Tidak lama kemudian, telefon Lucas dalam beg berbunyi.

Oleh sebab Lucas tidak boleh ambil kerana sedang memandu. Renjun ambil dan jawab panggilan tersebut.

"Baba, Tao shushu (pakcik) telefon" Ujar Renjun setelah melihat nama pemanggil.

"Cakap lah, baba tengah bawa kereta ni" Balas Lucas.

"Wei? (Hello) " Renjun letakkan telefon pada telinga. Renjun juga tidak lupa untuk pasang pembesar suara supaya Lucas boleh dengar.

"Renjun, Tao shushu pergi singgah kedai sekejap ya. Nak beli barang sikit. Cakap dengan baba, pergi dulu. Nanti shushu datang menyusul" Ujar Tao.

"Okay, Tao shushu, nanti Renjun bagitahu kat baba. Bye bye" Balas Renjun.

"Bye bye, jumpa kat sana ya. Nanti dah sampai, Renjun jangan lupa call Tao shushu" Tao mematikan panggilan tersebut dan masuk ke dalam pusat beli belah.

"Tao shushu suruh kita pergi sana dulu" Ujar Renjun kepada Lucas.

"Okay, kita tunggu kat lobi dulu ya. Tunggu Tao shushu datang baru kita melawat mama" Balas Lucas.

"Kenapa pula? Renjun bukan
rancang nak bunuh mama pun" Renjun mencebik bibir geram.

"Mana boleh, kita ni takde pertalian darah dengan mama. Kita kena datang dengan Tao shushu sekali, sebab dia penjaga sah mama. Mana tahu sesuatu berlaku kat mana" Balas Lucas dengan tenang.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now