三 San

193 28 6
                                    

Lucas memberhentikan kereta kerana menunggu pagar dibuka oleh pengawal keselamatan. Setelah pagar itu dibuka, Lucas sambung memandu ke rumahnya. Mereka duduk di perumahan mewah.

Lucas keluar dari kereta dan membuka pagar untuk masukkan kereta. Setelah Lucas buka, dia sambung memandu dan selesai meletakkan kereta. Lucas tutup semula pagar itu dan keluarkan barang-barang dari bonet.

"Sayang, bangun lah. Dah sampai rumah, kalau mengantuk lagi. Tidur dalam bilik" Lucas membuka kunci rumah.

Renjun mengosok mata lalu menguap.
Renjun melangkah keluar dari kereta dan tutup pintu.

Renjun menghempaskan tubuh pada sofa dan sambung tidur semula.

"Ya tuhan, kenapa tidur kat sini? Baba kan suruh tidur kat bilik. Bangun sayang" Lucas duduk disebelah dan mengusap rambutnya dan mengecup dahinya lembut.

Renjun bangun dan letakkan kepala di peha Lucas.

"Baba, jangan tinggalkan Renjun kat sini. Renjun taknak dengan nenek tu lagi. Nenek tu orang gila, dia taknak lepaskan Renjun" Renjun mendongak memandang Lucas dan bangun memeluk ayahnya yang tersayang.

Lucas membalas pelukan tersebut lalu mengusap belakang badannya. Lucas mencium pipinya supaya berhenti menangis.

Renjun sudah menitiskan airmata ketika bercakap tentang Puan Huang tadi.

"Selagi baba ada di sisi kamu, tiada siapa boleh rampas kamu. Itu janji baba pada kamu dan mama kamu" Lucas menepuk badannya dan ambil ubat-ubatan di atas meja.

"Sayang belum makan ubat lagi kan? Kita makan ya? Macam mana nak sihat kalau tak mahu makan ubat? " Lucas keluarkan satu persatu ubat dari beg plastik.

Renjun mengganguk dan mengesat sisa airmata di pipi.

"Baba pergi ambilkan air ya? " Lucas bangun dari kerusi dan menuju ke dapur.

Renjun buka televisyen dan tonton kartun yang ditayangkan. Lucas kembali dan letakkan segelas air suam di atas meja.

"Kita minum ubat demam dulu, lepastu selsema, batuk-batuk. Teruk kamu sekarang" Ujar Lucas apabila Renjun mula batuk-batuk teruk.

Lucas beri ubat serta air kepadanya. Renjun segera telan kerana tidak tahan rasa pahit. Setelah semua ubat telah diminum.

Lucas angkat badan Renjun dan letakkan di atas riba.

"Kesayangan baba nak makan apa? Nanti baba masakkan untuk kamu" Lucas menghirup bau badan Renjun, Renjun sedaya-upaya tahan geli apabila  Lucas cium badannya.

"Baba, Renjun takde selera nak makan. Tekak Renjun kering sangat-sangat" Balas Renjun.

"Eh, mana boleh macam tu. Sayang kena makan, isi tenaga tu. Nanti tak larat nak bangun"  Lucas menggoyangkan jari telunjuk dan menggeleng.

Ketika Lucas sedang membebel, pada waktu itu juga dia dapat mesej dari seseorang.

Lucas ambil telefon bimbit dan baca mesej yang diterima.

"Sayang, kawan baba nak jumpa. Kita makan kat luar" Ujar Lucas dan letakkan telefon ke tepi.

"Oh, yang putih melepak tu ya?" Soal Renjun.

Lucas mengganguk.

"Yeah!! Nanti Renjun ada kawan! Uhuk uhuk" Renjun berhenti melompat kerana batuk. Lucas segera tengok anaknya.

"Sayang okay? Janganlah lompat-lompat. Nanti batuk tu jadi lagi teruk. Dah, pergi siap. Kita nak keluar" Ujar Lucas sambil menarik tangan Renjun untuk pergi mandi.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now