五 Wu

148 18 8
                                    

Tidak lama lagi, Tahun Baru Cina bakal menjelang dan ramai yang sibuk untuk membuat persediaan untuk menyambut perayaan tersebut dan juga saudara-mara akan pulang setelah lama tidak bersua muka.

Lucas dan Renjun tidak terkecuali juga daripadanya, mereka juga sedang sibuk untuk menyambut perayaan tersebut.

Mereka mengecat rumah dengan cat baru, menukar langsir dan memasang perhiasan didalam dan luar rumah supaya kelihatan meriah kerana ramai yang akan datang ke rumah mereka.

"Baba, pokok buluh ni nak letak kat bahagian mana?" Renjun tunjuk hiasan pokok buluh yang mereka baru beli.

"Biar je, nanti baba letak kat luar, Renjun pergi susun kasut kat luar" Balas Lucas sambil menampal kata-kata dan ucapan bertuah di dinding.

"Aip aip kapten! " Renjun tabik dan berlari ke luar dan susun kasut yang berselerak kemudian didatangi seseorang daripada belakang.

"Tao shushu! (Pakcik) " Renjun terus memeluknya dengan erat dan Tao terus senyum lebar lalu mengusap rambutnya.

"Sibuknya Renjun hari ni, bersemangat membara-bara nak sambut Tahun Baru Cina. " Tao cubit pipinya dan Renjun hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa melepaskan pelukan.

Lucas segera keluar rumah kerana terdengar bunyi bising dan mencekak pinggang melihat Renjun sudah comot dengan debu tanah.

"Renjun sayang, baju shushu dah kotor dah, sebab kamu peluk dia walaupun kamu dah comot" Lucas memakai selipar dan pergi ke arah Renjun.

Renjun sudah ketakutan walaupun Lucas cuma menegurnya dan tidak tinggikan suara.

"Alah biarlah dia, baju aku tak kotor mana pun. Boleh basuh lepas aku balik nanti" Balas Tao kepada Lucas supaya tidak terlalu tegas pada Renjun.

"Sekarang Renjun masuk dalam dan mandi sampai bersih lepastu bersiap nak makan tengahari. Kerja-kerja ni semua biar baba selesaikan" Ujar Lucas dan Renjun segera menurut arahannya.

Tao menggeleng-geleng kepala perlahan melihat Lucas dan menepuk bahu Lucas.

"Jangan lah tegas sangat dengan dia, umur Renjun baru masuk 16 tahun. Nanti dia memberontak baru tahu" Nasihat Tao kepada Lucas.

"Aku cuma takut baju kau kotor sangat sebab badan dia terkena debu pasir masa susun kasut dan selipar kat luar. Baju kau baju mahal" Balas Lucas dan mengajak Tao masuk ke dalam rumah.

"Biar baju ni kotor tapi jangan buat dia sedih. Jangan buat macam tu lagi" Ujar Tao lagi dan Lucas hanya mengganguk perlahan.

"Tapi kenapa kau datang sini? Ada perlukan bantuan ke? " Soal Lucas kepada Tao. Tao menggeleng dan senyum kepada Lucas.

"Aku nak bagi limau mandarin dengan kuih bakul ni. Aku dapat banyak kat tempat kerja " Tao berikan 2 plastik berisi barangan makanan tersebut kepada Lucas.

"Terima kasih, buat susah-susah kau je. Tapi limau mandarin ni lambat lah nak habis sebab seorang je yang makan" Balas Lucas dengan terketawa kecil.

"Kenapa pula kau seorang je yang makan? Bukan ke Renjun pun suka limau mandarin? Dah tukar selera ke?" Soal Tao yang tidak tahu tentang pantang larang Renjun.

"Sebenarnya Renjun ada alahan kalau makan limau mandarin dan kekacang. Dia dapat alergik ni daripada mama dia. Kalau ikut aku, semua makanan aku bantai" Balas Lucas dan mengundang ketawa Tao tetapi Tao hanya ketawa sekejap kerana rasa bersalah.

"Maafkan aku sebab tak larang mama daripada bagi Renjun makan limau masa hari tu. Aku taktahu yang dia alergik, teruk tak kalau dia termakan?" Soal Tao dan Lucas hanya mengganguk perlahan.

[S2] My Brother • 黄仁俊 Huang RenjunWhere stories live. Discover now