PART 1

3.4K 101 2
                                    

Hai. Nama saya Shaverra Kayla. Saya ada tiga orang adik-beradik. Saya anak pertama. Adik saya, kembar lelaki, 14 tahun. Yang abang, Zairel Rafael. Yang adik, Zafran Daniel. Papa saya orang Cina. Mama saya pula orang Dusun. Sino la tu kan? I'm Muslim. Papa mualaf.

Saya tidak juga cantik. Cukup-cukup makan saja. Hahaha. Tidak bah. Okey. Saya berkulit putih. Pipi pau. Selalu jadi mangsa cubitan dari datuk, nenek, anty, uncle, sepupu dan juga kawan-kawan saya, tidak kira lelaki atau perempuan. Haish.

Saya boleh dikategorikan dalam budak pandai juga lah. Sentiasa berada di kelas pertama setiap tahun dan berada dalam kedudukan top5 di sekolah.

Boyfriend? Saya tiada boyfriend. Dulu saya pernah ada boyfriend. Tapi itulah, cinta monyet lah katakan. Hahahah!

Enjoy!!

**********

"Sila bentuk enam kumpulan sekarang. Cikgu mau dalam satu kumpulan ada lima orang."

Mata saya meliar untuk mencari kumpulan perempuan tapi nampaknya semua kumpulan sudah penuh. Tiba-tiba, saya ditegur oleh rakan di sebelah saya, Erine.

"Kayla, kau cari kumpulan lain lah. Sini full."

Saya hanya mengangguk perlahan. Mata saya masih meliar mencari kumpulan. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Cikgu Aina, menuju ke arah saya.

"Mana kumpulan kamu?"

"Tiada."

Cikgu terus mencari kumpulan untuk saya.

"Kayla, pergi di kumpulan sana. Diorang kurang satu orang."

Cikgu Aina tunjuk satu kumpulan lelaki di belakang. Saya mengangkat buku dan terus duduk di sana.

"Hai mandak."

Salah seorang lelaki di kumpulan itu menegur saya. Saya bagi senyuman manis.

"Ok. Cikgu mau kamu semua bentang hasil kerja kumpulan kamu nanti."

Semua murid mengangguk kepala tanda faham.

🔔KRINGGGG KRINGGGG🔔

Bunyi lonceng menandakan waktu rehat. Selepas cikgu keluar, murid-murid yang lain bergegas meninggalkan kelas. Tinggallah saya seorang. Maklumlah. Kelas baru. Orang baru juga.

Saya sebenarnya ada bestfriend tapi kami putus kawan bila saya tau dia sama bekas boyfriend saya ada hubungan. Aihh, biarlah tu. Sudah berlalu.

Sekarang saya belum ada kawan. Nampaknya saya perlu rehat sendiri saja lah.

"Hai mandak."

Saya toleh belakang. Ehh, lelaki yang 'hai' saya masa saya masuk di kumpulan diorang tadi. Baru saya perasan, handsome pula dia. Putih-putih kulit dia. Mata kecil. Hidung mancung. Tiada jerawat lagi.

"Hai."

Saya senyum ke arah dia, dan dia balas senyuman saya.

𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now