09 - TRAUMA

1.1K 65 2
                                    

Saya terbangun apabila saya terdengar bunyi tembakan. Bila saya buka mata,

OMG!!!!

Saya terkejut dan terus teriak dengan kuat tapi ada satu tangan yang menutup mulut saya dengan kuat. It's Irfan! Dia meletakkan jari telunjuk pada bibir dia.

"What's going on?!"

Saya tanya dengan nada cemas tapi separuh berbisik.

"Later I explain okay? Don't move. Shyyy!"

Dia meletakkan jari telunjuk pada bibir dia semula. Saya cuma mengangguk dan diam.

Kami berada dalam satu tempat tersembunyi yang dikelilingi dengan hutan. Sekarang mungkin mau masuk Maghrib sudah. Di depan kereta Irfan ada satu rumah usang dan di depan rumah usang itu ada Mack, Mikhael, Alex dan lapan orang yang saya tidak kenali.

Tiga orang lelaki sedang bercakap dengan Mack dan yang lain. Dua orang lagi ada di sebelah pintu kereta Irfan. Bahagian kiri dan kanan.

BANGG BANGG BANGGG!!

Cermin di sebelah saya kena ketuk dengan kuat. Saya hampir terteriak tapi saya tutup mulut saya dengan tangan. Kemudian, cermin di sebelah Irfan lagi kena ketuk. Dan akhirnya, cermin kereta diketuk berkali-kali dan bersilih-ganti.

Perasaan saya jangan cakap lah. Memang saya takut. Masa tu saya bergegar sudah. Air mata pun tidak berhenti mengalir.

Tidak puas dengan cermin, pintu kereta pun diorang tendang. Dengan satu tendangan saja, sudah buat saya terkejut. Automatik saya capai tangan Irfan.

Tangan Irfan suam saja. Tangan saya yang terlalu sejuk.

"Don't worry Baby. We'll be okay. Shyyy. Don't cry."

Dia usap air mata saya.

BANGG BANG BANGGG!!

Pintu kereta kena tendang lagi. Lagi kuat dari yang sebelum ini. Saya terus rapatkan badan saya dengan Irfan.

He hug me.

"No no no. Don't worry. Everything will be okay."


Dia usap belakang saya dan berulang kali mengucup dahi saya. Dia lap peluh yang mengalir di dahi saya. Masa ni saya tidak fikir sudah pasal halal atau haram. Yang saya tau, saya takut.

Tiba-tiba banyak das tembakan yang dilepaskan di luar. Saya terus tengok depan. Mack dan yang lain sedang berlawan. Pasal apa? Saya tidak tau. Bangun-bangun saja terus dengar bunyi tembakan.

Dengan sekelip mata, Mack dan yang lain menumpaskan lapan orang. Mereka bergegas masuk ke dalam kereta Irfan.

"Alex, you drive!"

Dengan pantas Alex dan Irfan bertukar tempat.

Semasa kereta Irfan meluncur laju keluar dari kawasan itu, satu das tembakan sempat dilepaskan dan mengenai cermin di sebelah saya.

𝐅𝐀𝐋𝐋 𝐈𝐍 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐖𝐈𝐓𝐇 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 ✔️ ( 𝑪𝑶𝑴𝑷𝑳𝑬𝑻𝑬𝑫 )Where stories live. Discover now