-FIRAS-
"Gila lah,Fi. Kau berjaya tutup mulut busuk Wan." Puji Akid. Aku anggap itu satu pujian.
Sindiran dari rakan-rakan sekelas aku kepada Najwan tak pernah putus. Jangan mental koyak sudah mamat ni. Kami semua berpusu-pusu keluar dari kelas untuk menjamu selera sebelum kelas tambahan bermula. "Dah, jom lah. Lapar ni..." Akid bangun dari kerusi. Aku memasukkan buku yang berada di atas meja ke dalam beg.
"Firas!" Panggil seseorang. Aku pandang ke arah punca suara. Fawwaz,Nik, Danish dan dua orang watak yang tak penting pandang aku. Tiba-tiba mereka mengangkat tangan kanan, tabik hormat. Aku tersengih sambil menggeleng kepala. Dah kenapa diorang ni?
"Cepat lah, hanat. Aku lapar ni." Akid yang sudah berdiri di muka pintu kelas memanggil. Tak reti sabar dia ni. Aku berjalan ke muka pintu dan dalam waktu yang sama aku bertembung dengan Najwan yang ingin turut keluar. Dia langgar bahu aku dari arah belakang, membuatkan aku terdorong ke depan. Aku berdecit. Apa masalah dia ni?
Dia teruskan berjalan macam tiada apa yang berlaku. Akid yang berdiri di depan pintu kelas, nampak apa yang berlaku, menahan Najwan dari keluar.
"Kau pahal, brother?" Akid soal. Dia menolak kasar tubuh Akid. Nasib baik Akid dapat kawal keseimbangan badannya daripada jatuh. Melihat tindakan Najwan, mulut aku spontan melontar kata.
"Woi,bodoh!" Najwan berhenti, pandang aku dengan muka bengis. Tak sangka pulak dia pandang. Lagipun aku secara spesifiknya bukan panggil dia. Adakah dia mengaku dirinya bodoh? Aku mengurut tengkuk. Aduh...aku malas lah nak gaduh waktu ni. Aku tengah lapar ni. Kalau lambat, nanti nasi bajet makcik kantin habis.
"Aku malas nak gaduh dengan kau." Kata aku sambil berjalan melepasi dia. Ingat aku ada masa ke nak gaduh? bukan boleh buat aku kenyang. Selang beberapa minit, bahu kanan aku ditarik kasar dari belakang. Tanpa dapat melakukan apa-apa satu tumbukan hinggap di perut aku. Aku terdorong ke belakang sedikit. Damn..sakit. Nasib baik aku tak makan lagi. Kalau iya, memang aku muntah nasi bajet makcik kantin.
Budak-budak yang tabik hormat aku tadi pantas menahan Najwan yang ingin membalas tumbukan yang kedua. "Bertenang,Wan!" Nik cuba menenangkan Najwan. Mulut Najwan juga tak henti menyumpah seranah aku. Alahai...tak relaks, cepat 'koyak' dia ni. Aku membongkok sambil merintih, berkerut dahi aku menahan sakit. Bongoklah, kalau iya pun tumbuk lah tempat lain. Perut adalah tempat paling sensitif bagi aku. Menyesal aku tak workout, baru lah ada 'abs' bagi menahan segala tumbukan mamat ni.
"Kau okey tak?" Akid menanyakan soalan klise. Aku jeling dia sambil menahan sakit.
"Kau nampak...aku okey ke?"
"Hehe tak." Dia tersengih. Aku pandang depan, bertentang mata dengan Najwan. Dia berjaya ditenangkan oleh 'askar-askar' aku. Apa aku nak buat dengan dia ni? Biarkan, dan pergi beli nasi bajet makcik kantin? Gila, dia baru lepas tumbuk aku, aku nak biarkan? Memang tak lah. Takkan nak balas balik dengan tumbukan padu milik aku. Tapi bagi aku, balas kekerasan dengan kekerasan mudah sangat. Jadi...aku ada idea gila, walaupun kena mengorbankan sesuatu yang berharga.
Aku mendekatkan sedikit wajah aku ke telinga Akid sebelum berbisik. "Jangan buat apa-apa selagi aku tak suruh." Akid tak membalas. Aku tak tahu lah dia faham ke tak. Mata aku masih melekat ke anak mata Najwan.
"Kau pandang apa? Tak puas hati lagi? Kalau tak puas...meh lah,fight. Hand-to-hand. Kau attack aku time aku tak ready tadi." Ujar aku sambil menggerakkan jari telunjuk. Najwan tidak memberi sebarang tindak balas. Dia seakan teragak-agak. Akid disebelah aku tiba-tiba bersuara.
"Bodoh! Penakut! Kerek je lebih. Sekali Firas rembat, bersepai gigi kau. Tak puas hati, fight lah,gampang! Kau jantan ke tak?" Aku pandang Akid dengan riak tak percaya. Eh dia ni, rampas 'sportlight' aku. Tanpa sempat aku membuat apa-apa, Najwan meluru ke arah aku dan menarik kasar kolar baju. Satu tumbukan padu dilayangkan ke pipi kiri. Berkesan jugak provokasi Akid ni. Tapi kalau iya pun marah dengan apa yang Akid kata, tumbuk lah Akid. Kenapa aku? Tapi takpe, sekurang-kurangnya plan aku jadi.
YOU ARE READING
MUSIBAT
БоевикFIRAS AMSYAR, seorang remaja 17 tahun. Hidupnya biasa sahaja seperti remaja 17 tahun di luar sana, sedang menunggu tarikh peperiksaan SPM tiba. Ketika menjalani kehidupan sebagai 'calon SPM', abangnya terlibat dalam kemalangan yang dirancang. Dunian...